Rahmat dan Berkat daripada Pelbagai Ujian (Yakobus 1)

Oleh Mary Kroeger (terjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Lazarus Gideon)

Surat ini ditulis oleh Yakobus, saudara tiri Yesus Kristus. Dia memang mengambil berat terhadap dua belas suku Israil yang tersebar ke luar negara asal mereka akibat penindasan yang mereka deritai kerana mereka beriman dalam Kristus. Segala ujian yang mndatang akibat penganiayaan, penderitaan, ketidakadilan, dll., mudah dikenalpasti namun sukar diatasi.

Semua ujian memerlukan keyakinan dan penyerahan diri kepada kehendak Allah supaya mereka kelak dapat melangkah dalam kemenangan setelah berjaya mengatasi segala ujian yang dihadapi itu.

Di samping ujian-ujian yang agak mudah dikenalpasti, ada satu lagi ujian yang tidak sebegitu mudah untuk dikenalpasti iaitu ujian yang datang bersama-sama dengan keberkatan.

Keberkatan akan membicarakan fasal keselesaan dan kegembiraan, fasal ketenteraman serta penunaian atau pencapaian segala keinginan kita. Ujian dan cubaan di tengah-tengah pelbagai rahmat yang tersebut itu muncul secara licik dalam pemikiran kita mengenai kehidupan.

Maka, biarpun tumpuan kita sepatutnya berfokus pada Kristus serta kebergantungan kita secara berterus-terusan kepada-Nya, kita tergoda untuk memuji diri sendiri sebagai punca bagi segala berkat itu. Minda semula jadi kita yang berorientasi duniawi dan penuh nafsu sememangnya sentiasa mahu menyesatkan kita.

Ia mahu agar fokus kita adalah pada diri sendiri. Mungkin Allah memberkati kita sebab kita sentiasa menjalankan segala hukum dan perintah-nya, lazim ke gereja, setia membaca Al-Kitab, berdoa panjang-panjang, menyokong kerja-kerja misi, dan mengerjakan segala kerja-kerja baik sedrmikian. Set minda yang begitu memang merompak kemuliaan yang semestinya milik Allah dan datang daripada Allah.

Sepatutnya kita mengiktiraf kasih kurnia Allah, tetapi sebaliknya dengan menipu diri sendiri kita terfikir betapa kita sendiri boleh menghasilkan sedikit kewajaran dengan kekuatan kita sendiri. Inilah ruang atau bidang yang kita harus begitu berwaspada dan berjaga-jaga. Segala keberkatan (daripada) Allah memang sumbernya ialah Allah dan bukan diri kita sendiri!

Yakobus bukan memperkatakan fasal ujian jenis ini, tetapi fasal ujian luaran atau ke arah luar yang menjejaskan kesejahteraan jasmani kita, reputasi kita, ketakutan kita terhadap rasa sakit, kelaparan dan kematian, dan hal-hal yang sedemikian.

Dalam suatu wawancara fasal pelbagai masalah kehidupan ini, Rick Warren berkata, “Kehidupan sememangnya satu siri masalah: Sama ada anda kini menghadapi satu masalah, atau sedang dalam proses untuk keluar daripada kancahnya, atau sedang bersedia untuk mengalami satu lagi masalah.

Punca bagi keadaan ini ialah hakikat bahawa Allah lebih berminat fasal watak anda daripada keselesaan anda.

Allah lebih berminat menguduskan kehidupan anda daripada membahagiakan kehidupan anda.

Kita boleh berbahagia secara berpatutan di bumi ini, tetapi itu bukanlah matlamat kehidupan. Matlamatnya ialah untuk bertumbuh dari segi perwatakan kita menurut dan menyerupai watak Kristus.” Demi pertumbuhan kerohanian kita, perlulah kita menghadapi pelbagai ujian serta masalah!

Yakobus mengiktiraf betapa lazimnya ‘tawar hati, beriring-iringan dengan cubaan hidup yang berat-berat. Jadi, ayuh kita lihat bagaimana dia (Yakobus) memberi galakan kepada kalangan umat yang sedang disakiti oleh pelbagai ujian!

Dengan mengambil kira peri pentingnya memberi galakan, Yakobus menulis, ” Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan, kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap imanmu menghasilkan ketabahan. Pastikan bahawa ketabahanmu itu berterusan, sehingga kamu menjadi sempurna tanpa sebarang kekurangan pun.” (Yakobus 1:2-4)

Kita kaget yakni terkejut sebab bukan sahaja Yakobus tidak memberikan simpatinya kepada kalangan umat yang ‘sedang rasa sakit’ itu bahkan Yakobus menyuruh mereka untuk menganggap kepayahan yang dihadapi oleh mereka itu sebagai satu keseronokan.

Dalam kita menanggung penderitaan dan penganiayaan sedemikian, bahagian diri kita yang duniawi meyakinkan kita bahawa memang kita ada sebab untuk berasa pilu menerima nasib malang sedemikian. Tetapi, rasional berupa “kasihan diriku ini” BUKAN untuk warga Kristian. Bahagian Duniawi kita senantiasa menentang bahagian Roh kita sebab yang duniawi TIDAK MAMPU memahami realiti yang spiritual. (1 Kor. 2:14) maka tidak hairanlah betapa bahagian Roh kita menentang minda kita yang bersifat duniawi!

Kedua-duanya (yakni yang rohani dan yang duniawi) mustahil boleh bercampur! Yang dilahirkan daripada daging tetap daging, dan yang dilahirkan daripada Roh tetap roh Adalah begitu penting sekali bagi fikiran kita untuk bersumberkan minda dan fikiran Kristus!

Yakobus tidak berkata bahawa ujian merupakan pengalaman yang menyeronokkan, namun kita perlu menganggap bahawa ujian itu suatu kegembiraan!

Mengapa? Sebab segala ujian dan kesukaran itu perlu untuk membenihkan kebaikan ala-Kristus dalam diri kita. Misalnya operasi iaitu pembedahan, bukan perkara yang menyeronokkan, tetapi kita suka untuk menahan rasa sakit – lazimnya kita dibius dan tidak merasa sakitnya – dengan gembira kita rela menahan rasa sakit itu sebab ia akan menghasilkan suatu rasa kebersatuan.

Dalam kembara spiritual kita, pelbagai cubaan, dugaan dan kesukaran memang perlu demi mentransformasikan kita ke dalam arca Kristus! Transformasi ini begitu jauh melewati semua kemampuan pemahaman insaniah, dan untuk menyertainya, kita perlukan situasi-situasi yang tidak mampu diselesaikan oleh minda yakni pemikiran duniawi.

Untuk dapat berjaya mengembara menerusi pelbagai kesukaran itu, satu-satunya pilihan kita adalah untuk menaruh kepercayaan seratus peratus kepada Allah!

Tanpa iman, kita akan jatuh ke dalam kancah kemurungan dengan pasangannya iaitu putus asa. Atas sebab satu-satunya cara pembebasan kita adalah menerusi iman, maka kita tertekan untuk berjalan dalam kepatuhan pada iman! Apabila sumber segala fikiran kita adalah minda Kristus, pastinya perubahan akan terjadi dalam diri kita.

Di tengah-tengah ujian sedemikian, kita perlu melihat pada matlamat Allah bagi kita, dan peranan yang dimainkan oleh segala matlamat itu dalam perjalanan kita menuju matlamat itul! Pelbagai penderitaan dan ujian itu perlu demi menghasilkan ketaatan terhadap faktor iman. DIA mahu agar para warga Kristian melihat nilai yang ada pada penderitaan dan cubaan!

Ramai warga Kristian tidak tahu bahawa minda Kristus memang termasuk dalam kejadian baru kita iaitu diri kita dalam Kristus. Di dalam 1 Korintus 2:16, Paulus menulis bahawa kita mempunyai minda Kristus. Apabila saya terbaca itu, pada hemat saya Allah telah terlepas perhatian pada diri saya. Tetapi setelah saya membaca firman itu berulang-ulang kali, saya merumuskan betapa kesilapan bukan sifat Allah dan Dia memang senantiasa betul, bukankah begitu?

Namun buktinya tidak kelihatan pada saya! Keinginan melihat bukti nyata bukanlah ‘kehidupan dalam iman’. Minda insaniah kita tidak mahu kita mengetahui perkara-perkara yang hakiki, lantas ia menjeritkan dengan lantang: “Tidak adil, tidak adil,” serta juga kata-kata lain yang berunsur kebencian dan berdendam.

Namun begitu pemikaran baru kita dalam Kristus tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh minda. Minda-Nya mengingatkan kita betapa memang menjadi hakikat bahawa cubaan serta ujian memang amat perlu agar kita dapat berubah menjadi arca Kristus! Kristus itu cinta kasih, dan Dia senantiasa mengasihi dan mengampuni kita!

Tanpa latihan dan pengalaman dalam hal mengatasi ujian yang kecil-kecil dalam kehidupan dalam iman kita, mustahil kita menjadi pemenang apabila perjalanan kita menjadi begitu sukar. Kita akan kekurangan daya tahan untuk menjadi umat yang lengkap serta sempurna!

Malahan Kristus sendiri perlu mempelajari unsur-unsur kepatuhan menerusi pelbagai penyiksaan yang terpaksa dilalui dan dideritai oleh-Nya!

Sepanjang tempoh pelayanan-Nya, Dia terpaksa menahan apabila mengalami penolakan daripada para umat-Nya! Selama tempoh 30 tahun semasa Dia masih di bawah (kuasa) undang-undang, Dia menjalani kehidupan yang normal. Dai tidak melakukan apa-apa mukjizat dan Dia tidak ditolak oleh para umat. Tetapi setelah dia bertaubat daripada berada di bawah perintah hukum selepas Dia diimadkan yakni dibaptiskan oleh Yohanes, bermulahlah penolakan terhadap-Nya.

Selepas diimadkan yakni dibaptiskan, turunlah Roh Allah seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian, pada Hari Pentakosta, Roh Kudus mendatangi para pengikut-Nya dalam bentuk seperti lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api. Mengapa ada perbezaan sedemikian? Sebabnya ialah Kristus tidak memerlukan api yang menghanguskan daripada Allah untuk menghanguskan sebarang sifat duniawi, atas sebab Dia tidak pernah berdosa.

Selepas pengalaman itu, Dia senantiasa dipimpin oleh Roh Kudus. Itulah detik bermulanya segala kepayahan bagi-Nya, dan kepayahan itu berterusan dan semakin teruk sehingga keadaan itu berakhir dengan kedahsyatan berupa penderitaan, penyiksaan, dan kewafatan-Nya di atas kayu salib!

Dalam sesemua bentuk ujian itu Dia tetap taat kepada kehendak Bapa-nya atas-Nya! Begitu sempurna keyakinan-Nya terhadap kehendak Bapa-Nya bagi diri-Nya! Tumpuan pandangan-Nya adalah atas apa yang kelak dicapai (hasil penyeksaan yang diterima dan dialami-nya itu)!

“Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib.” (Ibrani 12:2) Apakah kebahagiaan itu?

Itu ialah kebahagiaan mengetahui bahawa Dia akan menjadi Juruselamat bagi dunia ini! Dia mengetahui betapa berbaloinya mentaati kehendak Bapa-Nya sebab kehendak Allah senantiasa yang terbaik, dahulu, kini dan selamanya! Kehendak-Nya juga yang terunggul lagi terbaik bagi kita!

Kita juga amat perlu untuk diyakinkan bahawa kehendak Allah adalah yang terbaik dan terunggul bagi kita! Itulah kebijaksanaan!

“Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka..” (ayat 5)

Apakah yang akan meyakinkan kita fasal betapa kita memerlukan kebijaksanaan? Apa bila segala-galanya berjalan dengan baik-baik sahaja, dan kita menepuk-nepuk bahu memberi tahniah kepada diri sendiri, menyimpulkan bahawa itu semua kerana kita begitu baik? Tidak sekali-kali! Tetapi apabila pelbagai ujian dan kesukaran mendatangi kita, dan kita tidak tahu mahu berpaling ke mana dan kepada siapa, barulah kita mengiktiraf bahawa kita memerlukan kebijaksanaan.

Ujian-ujian yang kita lalui juga menguji iman dan keyakinan kita terhadap Allah! Ketika itu, akan terserlah kekuatan serta kelemahan kita, dan akan jelas bagaimanakah kefahaman kita fasal Allah!

Tanpa kebijaksanaan, kita akan terpinga-pinga untuk mengetahui atas sebab dosa apakah atau yang mana satukah yang kita sedang dihukum oleh Allah.

Mungkin kita akan bertanya “Mengapa,”walhal kita sepatutnya percaya betapa Allah senantiasa mahukan yang terbaik bagi kita, dan bahawa Dia ada di dalam kita dan bersama-sama kita untuk memberikan kemenangan kepada kita!

Allah mahu supaya kita penuh yakin mengenai hakikat bahawa DIA ialah kebijaksanaan kita dan bahawa DIA akan menyerlahkan kebijaksanaan-Nya apabila kita memohon hal itu dengan penuh yakin dan dalam iman!

” Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya.” (Ibrani 11:6) Sekiranya kita tiada iman, pasti mustahil kita boleh menjangka akan mendapat jawapan. ” Akan tetapi, apabila dia memohon, dia mesti beriman sepenuhnya. Dia tidak harus ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu itu umpama ombak laut yang terumbang-ambing ditiup angin. Orang seperti itu tidak boleh berharap untuk menerima apa-apa daripada Tuhan; pendiriannya tidak tetap dan dia sentiasa teragak-agak melakukan sesuatu.” (Yakobus 1:6-8)

Di sini kita ada suatu deskripsi fasal seorang yang ragu-ragu yakni tidak yakin, seorang yang ‘dwiminda’ – yang memberi perhatian kepada dua minda – minda duniawi yang tidak percaya, dan minda spiritual Kristus.

Dia mengangguk-angguk “ya” kepada minda Kristus apabila dia membaca Al-kitab atau apabila dia menyertai jemaah gereja, kemudian apabila berhadapan dengan masalah, dia mendengar dan mematuhi minda duniawinya. Gerakan imannya naik-turun dan turun-naik bagaikan ombak yang ditolak oleh angin atau seperti jongkang-jongket, yang berganti-ganti naik ke atas dan turun ke bawah, mempercayai dan menyangsikan.

Akhirnya, dilakukanlah olehnya apa yang diarahkan oleh minda semula jadinya.

Mindanya itu memberikannya pelbagai sebab untuk menyangsikan Allah. Mungkin Allah tidak mahukan yang terbaik baginya atau mungkin Allah mahu menghukumnya atas begitu banyak dosa dan kegagalannya, atau mungkin keadaan semasa itu di luar kemampuan Allah untuk menyelesaikannya, atau mungkin dia tidak layak untuk mendapat perhatian Allah.

Dengan sedemikian banyak mungkin itu ini dan kesangsian terhadap Allah itu, pada hematnya adalah lebih selamat baginya untuk membantu Allah untuk menjawab doa-doanya.

Ya, tentu saja Allah akan menghargai sedikit usaha kendiri olehnya. Tentunya Allah akan menghargai kerjasama sebegitu daripadanya. Insan ini berfikir betapa dia boleh mengeluarkan dekri fasal sesuatu dan itu akan berlaku. Imannya adalah dalam usaha ataudengan lain perkataan, pergelutan sendiri dalam menentang iman yakni keyakinan terhadap hanji-janji Allah! Semua kesangsian memang berakar-umbi dalam daya usaha kendiri!

Tiada kestabilan dalam manusia dwiminda, sebab minda duniawi sentaiasa menentang kebenaran, maka atas sebab itulah ia tiada kearifan!

Insan ini akan menerima dan melakukan apa sahaja yang tampak sesuai untuk dilakukannya pada ketika itu.

Tiada ruang bagi kebijaksanaan di dalam dua minda!

Sifat tolol insaniah memikirkan bahawa Allah memerlukan bantuan kita! Pada satu ketika, Ibrahim juga ada pemikiran sebegitu. Lantas lahirlah Ismael ke dalam kewujudan lalu bergandalah masalah.

Kebodohan itu memupuk keingkaran manakala kebijaksanaan menghasilkan kepatuhan! Kita memerlukan kebijaksanaan Kristus berada dalam diri kita supaya kita yakini bahawa Allah pasti melakukan apa yang telah dikatakan oleh-nya bahawa Dia akan lakukan begitu.

Janji sememangnya lebih hebat daripada jawapannya atas sebab janji itulah yang menghasilkan jawapannya!

Tampak bahawa Allah sentiasa menanti untuk memberi jawapan sehingga kita telah kehabisan seluruh tenaga kita dan kita sama ada yakin bahawa kita memerlukan-Nya atau kita berfikir bahawa Dia sudah terlalu terlambat!

Dalam diri manusia yang ragu-ragu, minda duniawi yang sentiasa keraguan dan minda spiritual Kristus memang berpasangan secara tidak sepadan, lalu manusia sedemikian tidak berjaya menghasilkan buah Roh!

Berpasangan secara tak sepadan bukan hanya berkaitan dengan perkahwinan tetapi juga ada kaitan dengan banyak situasi lain. Untuk menjadi pemenang, perlu berlaku persaingan antara dua minda tersebut, dan itu hanya boleh terjadi melalui “kematian terhadap dosa”.

Sebagaimana Kristus telah mati iaitu “mati kepada dosa” (Rom. 6:10), begitu jugalah dalam Kristus kita juga perlu mati kepada dosa. Kristus mahu agar kita terikat berpasangan dengan Dia, sebab Dia berfirman, “Pikullah kuk yang Kupasang padamu.” Kuk yakni beban-Nya terdiri daripada sikap berupa keyakinan seratus peratus terhadap kemampuan-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya, dan pengetahuan bahawa kehendak-Nya adalah yang terbaik bagi kita dan itu bakal membawa ganjaran yang terbaik kepada kita.

Dengan pengetahuan ini bolehlah kita merangkul yakni menerima keinginan serta kehendak Bapa syurgawi kita dan menjadikan semuanya kehendak kita sendiri!

Berdasarkan hakikat bahawa minda Kristus senantiasa mematuhi kehendak Bapa Syurgawi, kita tahu bahawa minda-Nya yang bekerja dalam diri kita akan memastikan kita tidak tercela, dan sentiasa mengerjakan kehendak Bapa Syurgawi!

Sepanjang masa makanan rohani kita ialah pengajaran Kristus dan kita menjadi matang di dalam-Nya, keadaan “tidak tercela, dan sentiasa mengerjakan kehendak Bapa “ itu akan menjadi semakin ketara bagi diri kita. Minda-Nya akan menghalang kita daripada berbuat dosa, lalu kita juga akan menjadi pemenang sebab kita ‘berpasangan’ dengan Dia!

Seterusnya, Yakobus memberi galakan kepada kalangan yang miskin dalam hal harta-benda duniawi, sebab mereka seriang berasa rendah diri kepada golongan yang kaya.

Sering juga kalangan yang kaya tidak melayani yang miskin dengan hormat. Kalangan saudara-saudara mereka yang ‘berminda kemakmuran’ mungkin memberitahu mereka betapa para warga miskin itu miskin papa kerana ‘kurang iman’. Kalangan miskIn yang menghadapi pelbagai penghinaan serta rasa malu, akan diberi galakan untuk “bermegah dengan kedudukannya yang tinggi ” (Yakobus 1:9) dan biarpun kekurangan dari segi harta-benda, itu tidak menjejaskan kedudukannya dengan Allah!

Juga ada warga kaya yang sering ‘condong’ pada sikap puas dengan diri sendiri. Hendaklah warga kaya ” bermegah dengan kedudukannya yang rendah, kerana dia boleh lenyap laksana bunga rumput, segala kekayaannya akan lenyap. Sewaktu matahari meninggi, sinarnya yang panas menyebabkan bunga itu layu dan gugur lalu musnah keindahannya. Begitulah halnya dengan orang kaya yang akan lenyap ketika mengurus perniagaannya.” (Yakobus 1:10-11)

Perlulah para warga kaya menyedari betapa segala kekayaan mereka sekadar sementara sahaja. Hakikat itu memalukan bagi mereka lantaran mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh bergantung pada harta kekayaan.

Apabila mereka menyedari bahawa perlu sekali kebetgantungan mereka adalah pada Kristus, dalam diri mereka akan terjadi satu perubahan, dan mereka akan bermegah dalam penghinaan (atas) mereka. Itu akan memerdekakan mereka daripada sifat tamak haloba dan daripada rasa berat untuk melepaskan apa-apa daripada kekayaan mereka. Akan muncul kemurahan hati dan kedermawanan dalam diri mereka.

Namun begitu, biarpun mereka kaya dan ada amalan baik, mereka juga perlu bergantung sepenuhnya kepada Kristus demi kesalihan dan kekuatan mereka. Apabila mereka sedar betapa harta kekayaan mereka itu bukanlah keselamatan bagi mereka, mereka akan mampu memodalkan apa yang mereka ada dengan menggunakan wang ringgit mereka untuk membantu pihak-pihak lain.

Sebaliknya dengan menyimpan segala-galanya untuk diri sendiri sahaja, mereka akan semakin lenyap dalam kesibukan mereka mengejar segala kebendaan itu. Sekiranya mereka memberikannya dengan membantu orang lain, mereka memang menyimpan khazanah kekayaan di syurga untuk diri mereka iaitu di tempat segala harta-benda itu mempunyai nilai yang berkekalan! ” Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.” (ayat 12)

 

Rahmat ini tidak bergantung atas taraf atau kedudukan sosial kita, atas pekerjaan atau jawatan kita atau atas asal usul bangsa kita. Rahmat ini adalah untuk SEMUA UMAT            yang tahan menghadapi pelbagai dugaan! Ketabahan kita apabila menghadapi pelbagai ujian menyerlahkan kasih kita kepada Allah serta keyakinan kita terhadap-Nya! Itulah bukti bahawa kita yakin dengan segala janji-janji yang telah dibuat-Nya!

 

Mahkota kehidupan itu bukan sebuah mahkota lahiriah yang dipakai di atas kepala. Kristus ialah kepala bagi tubuh-Nya, dan kehidupan-Nya mengalir ke dalam tubuh-Nya. Mahkota kehidupan itu melambangkan kehidupan yang menjadi milik kita dalam Kristus, kepaka yakni ketua kita! Dialah kehidupan kita! Kehidupan-nya tulen sepenuhnya dan tanpa dosa, dan itulah kehidupan yang Dia berikan kepada kita! Kehidupan fizikal kita akan musnah dan berakhir, tetapi dalam kehidupan yang Dia berikan kepada kita tiada apa-apa unsur yang boleh musnah, maka itu adalah untuk selama-lamanya!

 

Ramai warga Kristian yang mempunyai fahaman yang silap fasal siapakah Allah kita ini, lalu mereka menyalahkan-Nya apabila apa-apa sahaja tidak berjalan seperti yang sepatutnya! Sesudah Adam berdosa, bermulalah umat menyalahkan Allah! Adam menyalahkan Allah sebab memberikan seorang isteri buatnya dan dia menyalahkan isterinya atas sebab kegagalannya [kegagalan Adam]. Insan sejagat masih suka sangat menyalahkan pihak lain atas sebab sifat kemanusiaan dirinya sendiri serta pelbagai masalah yang wujud dalam diri umat manusia. Malah ia turut menyalahkan Allah sebab mengikutnya sepatutnya Allah hanya memberikan benda-benda yang menyukacitakan mereka sahaja.

 

Allah berkemampuan melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, jadi wajarkah mereka menetapkan kehendak mereka kepada-Nya, dan menjangka bahawa Dia akan menurut sahaja segala kehendak mereka? Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu, atau apabila keadaan tidak seperti yang sepatutnya (menurut kemahuan mereka), Allah yang dipersalahkan. Apabila mereka tunduk kepada segala nafsu syahwat mereka, tetap Allah juga yang dipersalahkan! Mereka tidak menyedari bahawa Allah telah mengurniakan Kristus kepada kita, dan bahawa Dia (Kristus) ialah jawapan bagi semua yang kita perlukan!

 

Seandainya ada sesiapa yang memikirkan bahawa Allah patut dipersalahkan atas timbulnya masalah-masalahnya sendiri, Yakobus memberitahu kita bahawa Allah bukanlah sumber bagi segala godaan yang kita hadapi. Dia menulis, ” Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata,`Godaan ini datang daripada Allah.’ Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa. Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri. Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian. ” (1:13-15)

 

Ayat-ayat ini memberitahu kita apakah sumber segala godaan dan cubaan yang kita hadapi! Rasul Yohanes mengembangkan lagi penjelasan itu dan menulis bahawa godaan itu ialah keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup – bukanlah daripada Allah Bapa tetapi daripada dunia. (1 Yohanes 2:16) Keadaannya seperti (perempuan yang) mengandung. Sebelum kelahiran bayi boleh berlaku, hendaklah terlebih dahulu berlaku kebersatuan antara ovum dan sperma. Dalam hal dosa, nafsu syahwat perlu bersatu dengan ketidakpercayaan kita terhadap Allah untuk membekalkan sesuatu yang terbaik bagi kita!

 

Untuk mengisi kekosongan itu, berlakulah ‘iman berupa keyakinan dalam daya usaha sendiri’. Sesudah berlaku ‘penghamilan’ itu, kian berkembanglah keghairahan terhadap minda duniawi sehingga itu sedia untuk dilahirkan. Kemudian, apabila dosa itu sudah dilakukan, seterusnya berlakulah kematian itu! Dosa mustahil melahirkan kepatuhan. Minda duniawi kita ialah minda kematian. (Rom. 8:6 “Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan. “) Memang dosa itu sentiasa menentang kehidupan di dalam Roh! Maka ini menunjukkan bahawa segala fikiran kita hendaklah sumbernya dalam minda Kristus!

 

” Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terpedaya..” (Yakobus 1:16) Ya, memang amat mudah untuk tertipu oleh benda-benda yang palsu atau lancung yang tampak bagus, dan minda duniawi memang begitu mahir dalam hal menghasilkan benda-benda sedemikian! Kita memerlukan terang cahaya iaitu Kristus, dan bimbingan Roh Kudus untuk membezakan antara apa yang disebut sebagai “agama” (iaitu usaha untuk menjadi orang yang bersifat salih atu muhsin menerusi karya atau daya usaha kita sendiri) dan agama Kristian (yakni dengan Kristus menjadi kewajaran kita).

 

Cubaan akan membuka pintu kepada godaan untuk mengikut hawa nafsu yang bersifat ‘daging’, atas sebab nafsu kita seolah-olah memperagakan nafsu keinginan itu sebagai cara hidup bahagia yang bebas tanpa kerunsingan. Hanya Kristus, iaitu kebenaran, yang boleh memerdekakan kita daripada dikekang oleh dambaan kita yang bernafsu terhadap kehormatan, martabat, kekayaan dan segala kenikmatan duniawi. Kebenaran menyerlahkan segala yang dusta, mengenal pastinya dan menghakimi nya!

 

Kebenaran ialah satu-satunya benda/perkara yang wujud dan yang paling kuat! Ia menghapuskan pembohongan dan pemalsuan! Sekiranya kita tidak ada yakni tidak tahu apakah yang benar, kita akan menerima dan merangkul apa yang palsu, dan kita kan mendakwa bahawa itu ialah kebenaran bagi diri kita! Ayuh, janganlah kita ditipu oleh keghairahan kita, serta tradisi dan nafsu kita yang berakar-umbi dalam diri sendiri dan bagai serigala yang memakai pakaian biri-biri. Kristus ialah hakikat dan yang nyata lagi hakiki!

 

” Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya. Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.” (1:17-18)

 

Di sini kita melihat suatu hakikat yang mengagumkan! Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya.; ia tidak datang dari bumi. Ia tidak bersumberkan kegelapan nafsu syahwat, tetapi dalam Bapa segala terang! Sekali lagi kta diingatkan mengenai hakikat bahawa sumber segala pemikiran kita memang teramat penting! Sebelum ini saya biasa berfikir bahawa saya yang membuat keputusan untuk mengikut Kristus, tetapi di sini kita diberitahu bahawa itu ialah, ” Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.” Sungguh seronok mengetahui bahawa Allah memang ada tujuan apabila Dia membawa kita keluar daripada kegelapan! Dia mengkehendaki kita menjadi “buah sulung’! Buah sulung yang menyerlahkan bagaimana kelak ‘wajah’ atau rupa buah hasil tuaian nanti. Kristus ialah gambaran tepat sekali untuk mewakili Allah yang tidak dapat dilihat. Dalam kita mempelajari siapakah Kristus, kita belajar untuk mengenal siapakah Allah. Begitu jugalah, kita, iaitu buah sulung-nya, berperanan untuk menunjukkan kepada dunia bagaimanakah sifat Kristus. Dalam masa mereka mencerap diri kita, mereka belajar untuk mengenali! Inilah seruan maha tinggi bagi kita dalam Kristus!

 

“Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah. Orang yang marah tidak dapat melakukan perbuatan yang benar dan diredai Allah. Oleh itu, kikislah segala tabiat buruk dan kelakuan jahat. Kemudian terimalah firman yang disemaikan-Nya ke dalam hatimu dengan rendah hati, kerana firman itu dapat menyelamatkanmu.” (1:19-21)

 

Sentiasa ingat bahawa kita adalah para wakil Kristus serta anggota tubuh-Nya, maka tidak hairanlah jika Yakobus menggesa kita untuk berhati-hati mengeluarkan perkataan kita! Yesus hanya melakukan apa yang ditunjukkan oleh Bapa Syurgawi kepada-Nya supaya Dia lakukan! Maka demikian jugalah hendaklah kita hanya melakukan dan memperkatakan perkara-perkara yang Roh Kudus tunjukkan kepada kita! Yesus sekali-kali tidak menurut perasaan-Nya! Dia senantiasa patuh mendengar Bapa-Nya! Apabila telinga kita terlatih untuk mendengar suara Roh, kata-kata hikmat-Nya serta kasih-Nya akan tercurah keluar daripada mulut-mulut kita semua!

 

” Namun, jangan tipu dirimu dengan hanya mendengar firman; lakukanlah firman itu. Seseorang yang mendengar firman tetapi tidak melakukannya adalah ibarat orang yang berdiri di hadapan cermin, meneliti dirinya, kemudian pergi dari situ dan terus lupa akan rupanya.” (1: 22-24)

 

Di sini tampak seorang lelaki yang melihat ke dalam cermin. Mengapa? Tentunya untuk melihat dirinya sendiri! Dia mahu memastikan yang dia kelihatan dalam wajah terbaiknya pada orang lain.

 

Sedarkah anda bahawa anda melihat diri anda secara kebalikan atau songsang (atau “inversi dalam bahasa Indinesia) apabila anda melihat ke dalam cermin? Tangan kanan berada di sebelah kiri dan begitulah juga sebaliknya. Sangka kita kita melihat diri kita seadanya, tetapi sebenarnya tidak begitu. Daripada aspek spiritualnya, cermin orang ini ialah hukum-hukum atau undang-undang, iaitu perundangan berupa rukun-rukun.

 

Lelaki ini mahu melihat betapa dia menepati ukuran atau tidak. Jika berbanding orang lain, pada hematnya dia tampak agak bagus, tetapi pastinya dia tidak nampak dirinya sebagaimana dia seadanya.

 

Dia lihat beberapa cacat-cela, tetapi secara keseluruhannya, diri luarannya yang tampak kepada orang lain kelihatan agak bagus. Dia mematuhi hukum hari Sabat, membayar zakat, membaca doa yang panjang-panjang, menjadi ahli jawatankuasa, dan dari segi spritual, tanggapan orang terhadapnya baik-baik sahaja!

 

Dia menyenangi diri sendirinya. Dengan semakin berkembangnya rasa senang tentang diri sendiri itu, dia melupai fasal cacat celanya.. Rasa puas hatinya menolak keperluannya terhadap keindahan dalaman dirinya. Seolah-olah dia jahil mengenai hakikat bahawa “menilai diri sendiri dan membandingkan diri sama sendiri, mereka tidaklah bertindak dengan bijaksana!” (2 Kor.10:12)

 

Rukun-rukun yang diketengahkan oleh Musa belum berjaya mengajarnya betapa kewajaran rukun dan undang-undang mustahil akan mampu menepati piawaian kewajaran Allah! Dia belum lagi belajar bahawa menerusi rukun dan undang-undang itulah kita mendapat pengetahuan fasal dosa. Manusia memang melihat daripada aspek luaran walhal Allah melihat jauh ke dalam hati dan jiwa kita!

 

Minda semula jadi mustahil mampu membuahkan kefahaman spiritual. Misalnya, Rasul Petrus telah menerima wahyu daripada Allah apabila, demi menjawab soalan Kristus Petrus berkata, ” Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup..” (Matius16:16) Pada masa itu Roh Kudus belum lagi dituangkan keluar, maka Petrus hanya menerima wahyu itu dalam minda aslinya. Maka wahyu itu tidak mengubahnya ataupun terus mengawalnya pada masa datang dugaanl. Pada pembicaraan Kristus, apabila dia ditanya sama ada dia mengenali Kristus, dia menafikan bahawa dia mengenal-Nya malah juga bersumpah bahawa dia tidak mengenal-Nya. Beberapa lama kemudian, selepas dia dipenuhi dengan Roh, dia menjadi seorang lelaki yang begitu berubah sekali dan dia sanggup serta bersedia untuk mati demi-Nya!

 

Kecuali kita mendengar firman Kristus secara spiritual, kita jua kana sekadar menjadi para pendengar perkataan Al-Kitab dan kita akan berpuas hati dengan memiliki reputasi yang baik dan dengan karya-karya yang bersumberkan dayausaha sendiri, dan yang sekadar berusaha untuk menyempurnakan Rukun-rukunMusa.

 

Dalam ayat seterusnya kita melihat seorang lelaki yang begitu berbeza. ” Namun, orang yang meneliti hukum yang sempurna, iaitu hukum yang dapat membebaskan manusia, dan melakukannya, akan diberkati dalam segala tindakannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya. ” (1:25)

 

Ayat ini memperihalkan seorang lelaki yang tidak melihatnya menurut ukuran Rukun-rukun Musa. Sebaliknya dia melihat kepada undang-undang kebebasan yang begitu sempurna. Undang-undang ini tidak seperti rukun-rukun Musa, iaitu undang-undang pengutukan. Kebebasan ialah undang-undang roh kehidupan dalam Yesus Kristus! Undang-undang ini membebaskan kita daripada kekangan undangan dalam hal dosa dan kematian serta daripada kita diperhambakan oleh dosa! Ia juga membebaskan kita daripada pergantungan pada prestasi sendiri, dan membawa kita ke dalam keadaan beriman dalam apa yang Kristus telah laksanakan untuk kita! Kini Dialah kewajaran kita, penyucian kita, penebusan kita dan kebijaksanaan kita! Apalagi yang boleh kita pohon (daripada-Nya)!!!

 

“Jika seseorang menganggap dirinya taat beribadat tetapi tidak mengekang lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu diri sendiri.. (ayat 26)

 

Ada begitu banyak agama di dunia ini! Ada satu perbezaan yang begitu besar antara berada dalam sesebuah agama (sebagai seorang penganut) dengan berada dalam Kristus. Berada dalam atu menganuti suatu agama hanya bererti bahawa kita berpegang pada serta mematuhi segala doktrin organisasi agam itu. Tetapi berada dalam Kristus amat berbeza. Kristus bukan sebuah organisasi; Kristus ada badan dan kita adalah anggota badan-Nya. Ini membawa kita ke dalam sebuah hubungan kehidupan bersama-sama dengan Kristus, yang merupakan kepala badan itu. Kesatuan itu membawa kita ke dalam penjajaran dengan pemikiran-Nya, supaya Dia boleh melaksanakan kerja-Nya menerusi kita! Berada dalam Kristus mengubah diri kita dari dalam. Ini terbukti dalam perkataan yang kita tuturkan dan dalam perkara-perkara yang kita lakukan! Sekiranya hilang atau tiada bukti tersebut, kita cuma berada dalam suatu agama yang tidak bernilai.

 

Dalam ayat berikutnya kita ada ciri-ciri agama yang benar. ” Allah Bapa berfirman bahawa ibadat yang murni dan tulen ialah: menolong anak yatim piatu dan balu yang menanggung kesusahan, serta menjaga diri daripada dicemari kejahatan dunia..” (ayat 27)

 

Perlulah iman kita menyetujui perspektif yakni sudut pandangan Allah dalam hal apakah yang suci dan tidak bernoda. Selagi tumpuan kita adalah pada diri sendiri, selagi itulah kita tidak bebas atau mampu untuk memfokuskan kepada orang lain. Ini membawa kita ke dalam sebuah dilema iaitu keadaan serba salah, sebab kita mendapati yang kita tidak berdaya membebaskan diri kita daripada kekangan dosa terhadap diri kita. Ketidakmampuan kita untuk membebaskan diri sendiri menunjukkan betapa kita begitu memerlukan kasih kurnia dan kebenaran-Nya! Dalam Kristus kita dibebaskan daripada tumpuan atas diri sendiri, pada pencapaian kendiri, kehormatan, kekayaan, tamak haloba dan sifat suka dipuji. Kini kita boleh memberi tumpuan kepada orang lain dan apa-apa keperluan mereka. Yang menjadi prioriti ialah memberi bantuan kepada para janda, balu dan anak-anak yatim! Beginilah agama yang suci dan tidak tercemar yang menjadi milik kita dalam Kristus!

Penebusan Dosa

(Asalnya disunting dan diringkaskan oleh Ernie dan Mary Kroeger daripada karya asal A. P. Adams bertajuk “The Atonement”. Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Lazarus Gideon)

Para pencinta kebenaran tidak berpuas hati dengan ajaran oleh para fanatik agama. Mereka mengiktiraf bahawa ajaran mengenai penebusan dosa Kristus melalui imaginasi merupakan gambaran salah fasal Allah dan gambaran salah fasal Kristus – yang merupakan pendedahan sempurna serta gambaran sempurna bagi Allah. Ia mengherotbenyotkan kebenaran, dan ia juga bertentangan dengan prinsip keadilan.

Mustahil kita dapat mengesan kesilapan jika kita tidak mengetahui kebenaran. Kebenaran itulah cahaya yang memperlihatkan ralat dan kesilapan. Jika kita tidak mengetahui bahawa Allah kita ialah cahaya bagi Kristus, kita akan menerima yang ralat sebagai kebenaran kita. Untuk menemukan sifat sebenar penebusan dosa oleh Kristus, terlebih dahulu kita perlu mengenali Allah kita. Kebenaran lakan membawa kepada lebih bsebarangak kebenaran, dan ralat serta kesilapan akan membawa kepada lebih bsebarangak ralat dan kesilapan. Dalam penyelidikan kita, terlebih dahulu wajib kita mengetahui siapakah Allah kita, dan memahami rencana serta rancangan-Nya untuk seluruh zaman , dan juga keberdayaan-nya untuk melaksanakan kehendak-Nya!

Dalam 1 Yohanes 4:8 kita baca bahawa Allah itu kasih. Kasih bukan suatu emosi; ia ditakrifkan untuk kita di dalam 1 Kor. 13:4-7. Atas sebab Allah itu kasih, itu mendefinisikan siapakah Dia dalam inti pati diri-Nya! Atas sebab Dia itu kasih, tentu sahaja kasih merupakan kuasa penggerak bagi segala-galanya yang Dia lakukan. Itu ialah kuasa penggerak rencana hebat-Nya untuk mencipta manusia menurut gambar dan rupa-Nya. Dia jugalah penggerak utama!   Sebarang doktrin yang sama ada menyanggah atau mengaburi hakikat ini memang terbenam dalam kesilapan.

Maka ayuhlah kita meneliti doktrin dalam hal Kristus wafat sebagai menggantikan kita menurut pencerahan kebenaran ini. Kita sudah diberitahu bahawa hukuman bagi dosa manusia ialah kematian yang abadi dalam seksaan di dalam neraka. Betulkah kenyataan itu? Allah memberitahu Adam bahawa dia akan mati jika dia memakan buah daripada pohon yang terlarang itu. Seandainya kematian tersebut adalah seksaan buat selama-lama di dalam neraka, tentu sahaja Allah akan berfirman sedemikian. Tetapi Allah TIDAK berfirman sedemikian! Dia berfirman bahawa Adam akan mati. Dalam kasih dan pengetahuan lebih dahulu Allah, bagaimana mungkin Dia menjadikan umat manusia yang sebahagian besar daripada mereka akan menderita dalam keperitan penyeksaan di dalam neraka buat selama-lamanya?! Memang gagasan itu menentang segala logik dan juga berlawanan dengan jatidiri Allah.

Tambahan pula, doktrin penggantian ini mengisytiharkan bahawa Allah ingin menyelamatkan manusia, namun begitu Dia tidak boleh berbuat begitu sehinggalah keadilannya telah disempurnakan. Seseorang perlu menerima hukuman berkenaan terlebih dahulu sebelum Dia boleh mengampunkan si pendosa serta mengembalikannya ke bawah lindungan payung rahmat-Nya. Atas sebab hukuman itu berupa penyeksaan yang tiada hujungnya, si pendosa tidak dapat diampuni. Rasa ingin tahu kita digerakkan dan kita cuba membayangkan bagaimanakah piawaian Allah bagi kewajaran dan keadilan. Atas sebab Allah tidak memberitahu Adam dan Hawa bahawa hukuman bagi keingkaran ialah seksaan yang tidak berhujung, adakah betul bagi-Nya jika Dia mengubah hukuman itu kepada kematian tanpa diberitahu demikian terlebih dahulu? Di manakah kewajaran dan keadilan Allah jika Dia ‘secara curi-curi’ memasukkan hukuman yang sedemikian dahsyat iaitu penyeksaan abadi atas sebab cuma satu sahaja pelanggaran (terhadap rukun-rukun-Nya)?

Perbuatan memikirkan bahawa Allah sebegitu keras dan tidak boleh didekati hinggakan Dia memerlukan korban manusia untuk menyejukkan kemurkaan-Nya bukan sahaja melindungkan bahkan bertentangan dengan intipati-Nya iaitu cinta kasih. Manusia bertindak seolah-olah keadilan Allah kejam manakala kasih Yesus pula tida terbatas. Itu memang ralat. Apakah yang diajar kepada kita oleh Al-Kitab? “Kerana seluruh ciptaan telah ditundukkan dalam kebuntuan, bukan dengan pilihannya sendiri, tetapi dengan kehendak Dia yang telah menundukkannya, dengan harapan bahawa ciptaan itu sendiri akan dibebaskan daripada belenggu kemusnahan dan dibawa ke dalam kebebasan penuh kemuliaan anak-anak Allah..” (Rom. 8:20-21) Atas sebab Allah mendatangkan kesiasian atas semua, adalah adil bagi-Nya untuk mengeluarkan semua daripada tercemar oleh kesiasiaan itu. Penebusan itu bukan sahaja karya Kristus, tetapi “Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya” (2 Kor. 5:19). Keadilan Allah tidak menemui penyempurnaan dalam penghukuman umat manusia, tetapi dalam peruntukan-Nya yang berkelimpahan bagi penyelamatan manusia. Allah kita “ ialah “Allah yang adil dan Juruselamat.” (Yes. 45:21). Ini yang membezkan Dia daripada setiap yang lain-lain yang kononnya adalah tuhan.

Ayuh kita meneliti satu lagi ralat dalam doktrin insaniah fasal penebusan dosa. Menurut undang-undang, setiap pelanggaran undang-undang memang patut menerima hukuman yang setimpal. Demi mendukung undang-undang, Putera Allah menawarkan diri untuk menderita yakni menerima hukuman itu bagi pihak umat manusia. Bapa Syurgawi kita menerima penggantian ini lalu mencurahkan amarah-Nya atas putera-Nya yang tidak bersalah itu, maka dengan keampunan melalui Yesus Kristus, kita didamikan dengan Allah. Iadakah ajaran ini menurut Al-Kitab? Adakah dengan ketiadaan hukuman (atas si pendosa) mengubah si pendosa dan membawanya ke dalam arca Kristus? Gagasan ini memang tidak masuk akal! Deria keaidilan kita juga mengisytiharkan bahawa perbuatan yang sanggup membuat seseorang yang tidak bersalah menderita atas sebab pelanggaran dan atau dosa seorang yang bersalah itu amat memeranjatkan lagi melampau-lampau. Bagaimanakah perasaan anda seandainya putera yang amat anda sayangi terpaksa memikul beban kesalahan seorang pembunuh agar si pembunuh itu boleh dibebaskan untuk meneruskan segala perbuatannya yang berdosa itu? Tentu sahaja kita akan menjadi berang dengan ketidakadilan itu, bukankah begitu?!

Maka tidak hairanlah betapa ini bukanlah pengajaran yang kita dapati di dalam Al-Kitab! Tiada tempat di mana-mana pun di dalam Al-Kitab yang mengajar bahawa Kristus terpaksa menderita sebagai pengganti bagi umat manusia yang bersalah, atau bahawa kematian-nya adalah untuk memenuhi keperluan keadilan Allah. Memang Kristus wafat dan bangkit semula supaya Dia boleh membawa umat manusia keluar daripada kematian – di mana manusia sedang berada lalu membawa manusia kembali dalam kehidupan!

Di atas kayu salib itu Kristus menyatukan diri-Nya dengan umat manusia yang penuh dosa lalu mengangkatkan segala dosa itu bersama-sama dengan-Nya dalam kematian dan kebangkitan semula-Nya. Sebenarnya, kebersatuan-Nya dengan umat manusia yang penuh dosa itulah kematian-Nya.

DIA melakukan itu agar Dia menjadi satu dengan umat manusia agar dapat Dia membawa umat manusia keluar daripada kematian mereka lalu diangkat-Nya mereka ke dalam kehidupan bersama-samaNya dalam kebangkitan semula-Nya.

Ini membantu kita untuk memahami bahawa Kristus itu seorang warga korporat. Dalam Adam kesemua umat manusia mati dan dalam Kristus kesemuanya dihidupkan. Kristus ialah lelaki yang kedua, dan dalam-Nya, berakhirlah Adam yang lama itu. “Dan Dia adalah kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama.” (Kol. 1:18) Dia ialah permulaan bagi umat manusia yang baru, yang telah dibangkitkan daripada kematian lantas ke dalam kehidupan Kristus!

Keadilan jenis apakah yang terlibat apabila si pengganti sebetulnya tidak menderita hukuman sepenuhnya? Apabila keseliruhan rencana itu gagal memenuhi tujuan yang digarapkan – iaitu penyelamatan seluruh umat manusia? Satu penipuan akan memerlukan lebih banyak lagi penipuan untuk menyokongnya serta membuat ia boleh dipercayai. Biarpun mereka berkata bahawa Bapa Syurgawi menerima penggantian ini, Yesus tidak menderitai yakni menanggung keseluruhan hukuman itu, sebab dia tidak terseksa oleh kematian yang tiada berhujung, sebab kata mereka bahawa penderitaan yang ditanggung-Nya sebagai seorang yang bersifat ketuhanan memenuhi daripada aspek kualiti apa-apa yang kurang daripada aspek kuantiti. Umat manusia mengatakan bahawa Allah menerima penderitaan sebagai setara dengan hukuman atas undang-undang yang telah dilanggar itu. Maka, memang ada penggantian dari segi mangsa dab juga dari segi hukuman! Hakikat bahawa sifat ilahiah Kristus tidak boleh mati, menambahkan satu lagi kerumitan atau komplikasi. Maka kita diberitahu bahawa Dia wafat sebagai seorang manusia. Keilahian-Nya mustahil akan mati, namun begitu ketuhanan-Nya sepatutnya menjadikan kematian-Nya sebagai menyempurnakan sepenuhnya hukuman atas hukum yang telah dilanggari itu.

Teori penggantian ini juga memperkecil-kecilkan kemampuan Allah, dan mendakwa bahawa syaitan boleh menghalang kemampuan seratus peratus Allah untuk menyelamatkan. Ia mendakwa bahawa sungguhpun Kristus dikorbankan, rencana penyelamatan oleh Allah cuma akan diterima oleh kelompok minoriti; manakala peratusan besar umat manusia pasti masih terpaksa menderitai penyeksaan yang abadi. Ini sememangnya mensia-siakan kedaulatan Allah, sebab gagasan ini mendakwa bahawa Allah tidak mampu mencapai matlamat rencana-Nya untuk menyelamatkan seluruh dunia. (Di dalam sebuah buku teks yang diberikan kepada kami semasa kami di negara Cina itu, ada dinyatakan bahawa syaitan yang menang lantaran buat selama-lamanya, dialah yang menang sebab buat seama-lamanya dia akan menggoyang-goyangkan penumbuknya ke muka Allah dan akan mendakwa bahawa kemenangan itu miliknya – para penyunting.) Teori penggantian menjurus kepada kesimpulan ini. Bertindan-tindanlah penipuan atas penipuan!

Al-Kitab sentiasa memfirmankan bahawa Kristus wafat supaya umat manusia berdamai dengan Allah, bukan Allah dengan umat manusia! Luas sekali jarak perbezaan antara dua kenyataan tersebut iaitu seluas jurang di antara pembohongan dengan kebenaran, dan itu meletakkan Allah serta segala cara serta usaha-Nya di bawah sorotan cahaya yang salah. Kenyataan itu memposisikan Yesus dan Allah dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain. Teori ini memperbesarkan Yesus sebagai DIA yang mengasihi umat manusia, manakala Allah digambarkan sebagai sebegitu tidak henti-henti dalam penghukuman-nya hingga dia tidak dapat mengampuni umat manusia tanpa ada seorang mangsa yang tidak bersalah yang ke atasnya (si mangsa) Dia (Allah) boleh curahkan sepenuh kemurkaan-Nya, dan bahawa Dia begitu tidak adil hinggakan Dia sanggup menerima seorang yang tidak bersalah sebagai menggantikan tempat orang yang bersalah.

Kristus ialah Juruselamat kita – tetapi di bawah Allah! Allah ialah Juruselamat yang maha agung! Di dalam 1 Tim. 2:3 kita baca, “Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita.” DIA bukan Allah yang penuh kemurkaan yang mesti diredakan atau ditenangkan melalui pengorbanan seorang Putera yang begitu penuh kasih sayang. Dia tidak perlu ditenangkan atau diredakan dengan darah seorang mangsa seperti tuhan umat jahiliah.

Al-Kitab mengisytiharkan, “Kerana jika semasa kita seteru Tuhan kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Putera-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya!.” (Rom. 5:10) Kita didamaikan kepada Allah! “Juga melalui Dia, Allah mendamaikan segalanya dengan diri-Nya, baik yang di bumi mahupun di syurga, dengan mengadakan perdamaian melalui pencurahan darah-Nya di atas salib. Kamu dahulu tersisih daripada Allah dan merupakan seteru dalam pemikiranmu kerana perbuatanmu yang jahat. Akan tetapi, sekarang Allah telah mendamaikan kamu dengan diri-Nya melalui kematian tubuh-Nya, supaya Dia dapat memperhadapkan kamu sebagai orang suci, yang tidak bercela dan tidak bersalah di hadapan-Nya.” (Kol. 1:20-22) Anda boleh memeriksa petikan-petikan lain fasal pendamaian.

“Dalam al-Masih, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkannya kepada kami.” (2 Kor. 5:19) Sila ambil perhatian bahawa Allah berusaha mendamaikan dunia dengan diri-Nya sendiri, dan bahawa Dialah penggerak utama dalam hal penebusan dosa! Sungguhpun Kristus wafat demi kita, dan Dialah penyemahan kita dan penyokong yang membela kita di hadapan Bapa Syurgawi kita, namun bukan Kristus yang memulakan did not initiate penebusan itu. “Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal.” (Yohanes 3:16) Allah ialah yang utama dan Yesus Kristus ialah Puteranya yang mentaati-Nya. Begitu sempurna persetujuan antara mereka! Allah ialah Juruselamat kita dan penebus kita.

“tetapi sekarang Dia menyuruh manusia di seluruh dunia ini bertaubat; kerana Dia telah menetapkan bahawa pada suatu hari seisi dunia ini akan dihakimkan dengan adil oleh seorang yang ditentukan-Nya. Allah bersaksi akan hal ini kepada semua manusia dengan membangkitkan-Nya daripada kematian.” (Kis. 17:30b-31) Penghakiman Allah adalah didasarkan atas kebenaran, atas sebab kebenaran menyerlahkan pembohongan. Datangnya Kristus adalah untuk melaksanakan kehendak Bapa Syurgawi, maka Bapalah penggerak utama dalam seluruh rencana pendamaian! Allah tidak berkarya menerusi para pengganti! Bapa sendiri mengasihimu! (Yohanes 16:27)

Perlunya penebusan dosa membawa implikasi bahawa ada dua pihak yang saling tidak sependapat sesama mereka maka perlulah mereka dibawa ke dalam harmoni dan kesatuan. Inilah pengertian dan tujuan penebusan dosa. Dalam hal manusia dengan Allah, kerenggangan ini memang kesemuanya adalah di sebelah pihak manusia. Maka yang perlu diubah ialah manusia! Adalah kufur mengatakan bahawa Allah yang perlu didamaikan dengan manusia sebab itu bererti bahawa Allah yang terpaksa berubah – dan Dia ialah Allah yang langsung tidak pernah dan tidak akan berubah!

“Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Putera-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal.” (1 Yohanes 4:9) Maka kerana kerenggangan itu kesilapan manusia sendiri, kita perlukan pengantara atau untuk menunjukkan kejahilan diri kita kepada kita! Kita memerlukan Kristus untuk menyerlahkan kasih Bapa kepada kita! Kristus itu ialah wajah nyata bagi Allah yang limunan yakni tidak dapat dilihat! Dia ialah pendedahan diri Bapa Syurgawi kepada kita! “tiada yang mengenal Bapa kecuali Putera dan orang yang diberitahu oleh Putera tentang Bapa…” (Matius 11:27) Kita mengasihi-Nya sebab Dia terlebih mengasihi kita! Tetapi, terlebih dahulu, kita perlu belajar dan mengerti bahawa Dia memang mengasihi kita. Dunia tidak mengenali-Nya dan tidak dapat mengenali-Nya kecuali ia menerima pendedahan diri-Nya melalui Kristus.

“ … Dan jika sesiapa berbuat dosa, kita mempunyai seorang Pembela ke hadirat Allah Bapa, iaitu Isa al-Masih Yang Benar itu.” (1 Yohanes 2:1) Istilah “Pembela ke hadirat Allah Bapa” terasa agak ganjil kepada kita. Bukankah Allah itu Bapa Syurgawi kita, jadi mengapa pula kita perlikan pembela ke hadirat-Nya? Adakah seorang anak perlukan khidmat seorang pembela untuk merayukan kesnya kepada bapanya sendiri? Sekiranya si anak renggang daripada si bapa, dia mungkin menyangkakan yang dia memrlukan seorang pembela. Dunia warga Kristian mungkin berasa bahawa seorang pembela diperlukan sebab ia tidak tahu fasal kasih Bapa. Ia tidak tahu bahawa Bapa mengasihi mereka, namun Bapa memang tidak memerlukan pembela sebab Dia tidak pernah tidak berdamai! Walau bagaimanapun, para anak-Nya perlukan pembela supaya mereka diberitahu fasal kasih Bapa kepada mereka. Susulan bagi hakikat bahawa Allah itu kasih ialah hakikat bahawa rencana-Nya bagi kita adalah untuk kebaikan kita! Oleh itu segala rencana Allah untuk kemunculan dosa dan kejahatan dalam dunia ini, yang menyebabkan kerenggangan kita daripada-Nya, dan peruntukan-Nya yang berkelimpahan untuk penyelamatan kita serta kebersatuan kita dengan-Nya itu terbit daripada hati yang penuh kasih. Kita adalah hasil karya Allah, yang diciptakan untuk segala karya yang baik-baik belaka! Oleh sebab Dia merencanakan bahawa dosa akan datang ke dalam dunia ini, Dia juga membuat peruntukan supaya kesemua umat dibawa ke dalam kebersatuan dengan-Nya. Dengan melalui pelbagai peringkat pengembalian serta pemulihan itu kita dibawa kepada pengetahuan yang lebih hebat dan bererti dalam hal siapakah Allah – dan kemewahan kasih kurnia-Nya serta sedalam manakah cinta kasih-Nya!

Segala kebenaran itu menyelamatkan kita daripada dogma palsu fasal seksaan yang abadi. Seksaan yang kekal itu bukan hukuman atas undang-undang yang dilanggar, dan oleh yang demikian umat manusia tidak memerlukan pengganti yang berpura-pura menangung penderitaan berupa kematian untuknya. Lagi pula, atas sebab kejahatan ialah antara para pendidik kita, tahulah kita bahawa kesudahannya semua itu adalah demi kebaikan kita. Allah mendisiplinkan kita demi kebaikan kita juga, supaya kita menjadi mampu untuk mengongsi kekudusan-Nya. (Ibrani 12:10) Sebagaimana Yesus dijadikan sempurna menerusi pendritaan (yang ditimpakan ke atas-Nya), demikian jugalah kita dijadikan sempurna menerusi pelbagai penderitaan. Maka, mengapakah kita harus diselamatkan daripada semua pengalaman itu? Semua itu adalah rahmat yang terselindung daripada Allah.

Lantaran penggantian itu janggal iaitu tiada tempatnya dalam hal urusan Allah dengan kita, bagaimana harus kita menjelaskan ayat-ayat seperti, Dia “mengalami kematian untuk setiap manusia …yang benar (atau yang tidak bersalah) bagi yang tidak benar (atau yang bersalah)…Dia menanggung dosa-dosa kita,” dll.? Ini diperjelaskan apabila kita perhatikan penggunaan kata ‘untuk’, dan bukan ‘instead’. Yesus Kristus wafat demi kita, tetapi Dia bukannya wafat menggantikan tempat kita. Dalam kematian-Nya, Dia telah disatukan dengan umat manusia yang berdosa. Dia bukan pengganti bagi manusia. Dialah jiwa yang dipersalahkan yang membawa pergi dosa umat dunia ini! Kematian Kristus ialah kematian kepada dosa. (Rom. 6:10) Kita akan dijadikan mengikut keadaan kematian-Nya, dan menjadi seperti-Nya dengan (kita) menerima kehidupan-Nya! (1 Yohanes 3:2)

Dalam semua ini tiada penggantian, tetapi kesatuan yang sempurna dan identiti pengalaman! Kita menjadi satu dengan Dia dalam penderitaan-Nya dan kematiaan-Nya kepada dosa, dan satu dengan-Nya dalam kebangkitan-Nya ke dalam kehidupan dan kegembiraan yang amat sangat! Kristus membawa kita bersama-sama-Nya ke dalam kematian-Nya dan kebangkitan semula-Nya supaya kita boleh menjadi satu dengan-Nya dalam kehidupan-Nya. Seandainya Dia sekadar pengganti kita, Dia juga akan menjadi pengganti kita dalam kebangkitan semula-Nya. Rencana Allah meamng jauh lebih baik!

Kebenarannya ialah hakikat bahawa Kristus mati untuk menyelamatkan kita, bukan daripada hukuman atas dosa-dosa kita tetapi daripada dosa itu sendiri; bukan daripada kematian tetapi keluar daripada kematian itu – keluar daripada mati dalam segala pelanggaran serta dosa-dosa kita! Menyelamatkan kita daripada hukuman itu bukanlah kebaikan hati sebab dengan bidang kuasa-Nya, Allah boleh sahaja menghapuskan hukuman itu tanpa perlunya seorang pengganti atau Juruselamat. Namun begitu, itu tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan, sebab seorang banduan boleh dibebaskan daripada hukuman penjara, namun dia masih meninggalkan penjara itu sebagai si pendosa yang tiada mengalami apa-apa perubahan. Umat manusia perlu dibebaskan daripada kekangan dosa. Hendaklah sifat kita berubah daripada seorang pendosa kepada seorang santo. Kita perlu dibebaskan “dari tubuh maut ini”! (Rom 7:24)

Ayat 25 memberikan jawapan kepada kita dalam hal bagaimana kita boleh dibebaskan, iaitu menerusi Yesus Kristus, TUHAN kita! Allah menjadikan kita “ciptaan baru” dalam Kristus! (2 Kor. 5:17) Inilah tujuan penebusan! Kita perlu dibebaskan sepenuhnya daripada dikekang oleh kesosakan akhlak, dan ini hanya boleh tercapai dengan kita diletakkan dalam insan baru itu – TUHAN iaitu Yesus Kristus! Allah di dalam diri Kristus melaksanakan karya ini!

Kata Yohanes Pembaptis, “Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia..” (Yohanes 1:29) Dia tidak menyebut “dosa dunia” itu sebagai merujuk kepada dosa-dosa tertentu. Dosa dunia itu merujuk kepada kelompok dosa iaitu sifat kita yang berdosa. Ini disimbolkan dalam undang-undang oleh ‘orang yang dipersalahkan’ yang memikul beban dosa seluruh negara Israel. Memang karya Kristus jauh lebih hebat lagi sebab Dia mengambil dan membawa pergi dosa seluruh dunia – bukan hanya dosa sebuah negara bangsa!

Kristus datang untuk mencari serta menyelamatkan umat yang sesat. Mereka bukan dalam keadaan bahaya akan tersesat – mereka memang sudah sesat! Kristus mati untuk memberikan kehidupan kepada kalangan umat yang sudah pun mati dalam kancah dosa-dosa mereka. Datang-Nya adalah untuk membawa kehidupan yang berkelimpahan! Ini jelas menunjukkan bagaimana penebusan dosa itu sepenuhnya adalah daripada Allah! Mustahil seorang yang telah mati dapat membawa dirinya kembali ke dalam kehidupan. Malahan dia tidak mampu untuk membantu dirinya sendiri dalam apa pun cara.

Dalam 2 Kor. 5:18-21 Rasul Paulus menulis, “Dan semuanya ini dari Allah, yang dengan perantaraan Kristus telah mendamaikan kita dengan diri-Nya dan yang telah mempercayakan pelayanan pendamaian itu kepada kami. Sebab Allah mendamaikan dunia dengan diri-Nya oleh Kristus dengan tidak memperhitungkan pelanggaran mereka. Ia telah mempercayakan berita pendamaian itu kepada kami. Jadi kami ini adalah utusan-utusan Kristus, seakan-akan Allah menasihati kamu dengan perantaraan kami; dalam nama Kristus kami meminta kepadamu: berilah dirimu didamaikan dengan Allah. Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuat-Nya menjadi dosa karena kita, supaya dalam Dia kita dibenarkan oleh Allah.”

Sila ambil perhatian bahawa karya sempurna yang mendamaikan kita dengan Allah ialah asas bagi merayu agar si pendosa didamaikan dengan Allah – biarpun pandangan yang popular adalah bertentangan dengan hakikat itu, iaitu bertaubatlah wahai para pendosa, kemudian kamu akan didamaikan dengan Allah! Tetapi Rasul Paulus berkata bahawa pendamaian itu sudahpun berlaku; oleh itu berdamailah!

Apabila kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah, bolehlah kita menikmati suatu pertalian atau hubungan dengan-Nya! Ini selaras dengan pesanan daripada TUHAN kepada Yesaya, “Aku telah menghapus segala dosa pemberontakanmu seperti kabut diterbangkan angin dan segala dosamu seperti awan yang tertiup. Kembalilah kepada-Ku, sebab Aku telah menebus engkau.” ( 44:22) Mereka itu boleh kembali sebab mereka sudah pun tertebus! Ini berita dan sebab yang cemerlang lagi gemilang untuk kita bersorak-sorai! (ayat 23)

Mereka yang meletakkan penyebab sebagai kesan , dan kesan sebagai penyebab, meletakkan asas pertaubatan sebagai hasil daripada pertaubatan. Dan itu meletakkan pelaksanaan atau penyempurnaan karya Allah bergantung pada umat manusia yang miskin lagi lemah yang telah mati akibat kesalahan dan dosa, dan mengatakan seolah-olah janji itu tidak lebih baik daripada hukum waad. Pastinya ada perbezaan yang tanpa batasan antara firman Allah, “ Aku telah laksanakannya,” dengan “Aku akan melaksanakannya SEKIRANYA kamu sanggup berbuat begini dan begitu.”

Yesaya menyebut “celaka” atas umat “yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan menjadi terang dan terang menjadi kegelapan, yang mengubah pahit menjadi manis, dan manis menjadi pahit! Celakalah mereka yang memandang dirinya bijaksana, yang menganggap dirinya pintar!” (5:20-21)

Karya Allah in Kristus enables us to become partakers of His divine nature!   “Dengan jalan itu Ia telah menganugerahkan kepada kita janji-janji yang berharga dan yang sangat besar, supaya olehnya kamu boleh mengambil bagian dalam kodrat ilahi, dan luput dari hawa nafsu duniawi yang membinasakan dunia..” (2 Petrus 1:4)

Ayuh kita melihat satu lagi ralat dalam teologi popular dalam hal penebusan dosa. Dalamnya Allah digambarkan sebagai murka dan begitu meradang terhadap umat manusia yang telah melanggar hukum-hukum-Nya. Kemudian Kristus masuk campur dan berjaya memujuk sang Bapa dengan dia (Kristus) mengorbankan dirinya sendiri. Itu berjaya menenteramkan Allah, kemurkaan-nya dihalakan ke lain, dan mulalah Dia mengasihi umat manusia.   Dengan cara itu penebusan dosa dijadikan PENYEBAB bagi cinta kasih Allah, dan kasih Allah itu dinyatakan sebagai HASIL yang mengalir keluar daripada karya pendamaian Kristus. Bahasa bagi fahaman ini membawa implikasi itu. Malahan majoriti pandangan Kristian mengangkat penebusan dosa sebagai PENYEBAB bagi kasih Allah, walhal realitinya ialah penebusan dosa ialah kesan daripada kasih-Nya

Kebenarannya ialah bahawa kasih Allah membawa KEPADA penebusan dosa; ia TIDAK mengalir DARIPADA-nya. Al-Kitab menyokong hujah itu. “Allah begitu mengasihi umat manusia….” – itulah sebabnya Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal! Penebusan dosa membawa ke dalam pandangan kita kasih yang sedia ada namun tidak diketahui, daripada Bapa.   “Dengan demikian kita tahu bagaimana cara mengasihi seseorang: Isa al-Masih telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan nyawa kita untuk para saudara kita. … Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Putera-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal.” (1Yohanes 3:16;4:9) Setelah menemui dan mengetaui bahawa Dialah yang terlebih dahulu mengasihi kita, terbukalah mata kita lantas mulalah kita hidup dalam DIA.

Mungkin anda pernah dengar kisah seorang ibu yang berkata kepada kepada anak lelakinya yang masih kecil, “Ya, Johnny, jika kamu baik dan mendengar kata, Mama akan mengasihi kamu, tetapi jikalau kamu nakal Aku tidak dapat megasihimu.” To this un-motherly speech the child sorrowfully replied, “Sesiapapun akan menyayangiiku pada waktu aku budak yang baik, tidak bolehkah kamu menyayangiku pada masa aku tidak baik?” Kasih Allah itu begitu hebat hinggakan Dia tidak pernah serik untuk mengasihi kita! “Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, al-Masih telah mati untuk kita.” (Rom. 5:8) maka jelas sekali bahawa kasih Allah sememangnya PENYEBAB, dan bukan hasil daripada penebusan dosa. Maka janganlah kita menterbalikkan hakitkat yang diberkati ini, lantas menggantikan kegelapan dengan cahaya dan bukan l menggantikan cahaya dengan kegelapan.

Ada sedikit berita yang baik iaitu penebusan dosa tidak merupakan kejayaan separa tetapi kejayaan sepenuhnya dan mutlak pula! Karya Allah di dalam Kristus tidak akan berkesudahan dengan tidak terkira ramainya umat yang ‘terkorban’ buat selama-lamanya. Ia pasti akan mencapai SEPENUHNYA tujuan bagi kematian-Nya iaitu untuk mendamaikan DUNIA dengan Allah dan untuk “memusnahkan segala pekerjaan syaitan.” Pasti ia mencapai sepenuhnya tujuan karya-Nya seperti yang tersebut itu!

Bagaimana mungkin karya bersama-sama Bapa serta si Anak akan tidak berjaya mencapai kejayaan yang hakiki lagi sempurna? Hakikatnya ialah bahawa usaha itu akan Lebih hebat daripada sekadar mencukupi sahaja!   Sila baca Roma 5 dan lihat bagimana kecemerlangan kebenaran ini ditekankan. Sebutan Rasul Paulus’s “SEMAKIN BERTAMBAHLAH” menghilangkan kesangsian fasal “kelimpahan yang berlebih-lebihan” peruntukan Allah bagi penebusan insan sejagat buat selama-lamanya!

Apakah yang menyebabkan kita terfikir bahawa Allah kita yang maha berkuasa tidak dapat mencapai tujuan Dia mengutuskan Kristus, iaitu pembaikan hubungan antara DUNIA dengan diri-Nya sendiri? DIA telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat DUNIA! (1 Yohanes 4:14) Bagaimana mungkin terbantut rencana serta tujuanAllah? Bagaimana mungkin sebahagian besar dunia ini tersesat buat selama-lamanya dalam penyiksaan yang tiada bernokhtah, walhal Bapa telah mengutus si Anak untuk menjadi Juruselamat dunia? Bagimana itu boleh menjadi testimoni atau kesaksian bagi cinta kasih Allah? Allah berfirman, “demikianlah firman-Ku yang keluar dari mulut-Ku: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, tetapi ia akan melaksanakan apa yang Kukehendaki, dan akan berhasil dalam apa yang Kusuruhkan kepadanya.” (Yes. 55:11) Kristus ialah Firman Allah. DIA pasti melaksanakan tujuan Dia diutuskan ke dunia iaitu untuk menyempurnakan karya yang Ditugaskan atas bahu-Nya!

Biarlah kalangan mereka yang ingin membatasi Yang Maha Suci Allah Tuhan Israel, dan tidak ingat akan kuasa-Nya, berbuat sedemikian. (Maz.78:41-42) Namun kita percaya bahawa Allah akan melaksanakan sepenuhnya segala-gala yang telah dijanjikan-Nya sebab “Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita,.” (Efe. 3:20) Biarpun ini seperti terlalu baik maka mungkin tidak benar, hakikatnya ialah mustahil sesuatu itu terlalu bagus hingga sukar mempercayai ia memang benar. Mungkin secara jujur kita katakan iaitu sesuatu itu tersangat BURUK maka ia mungkin tidak benar, sebagai contoh, doktrin penyiksaan yang tak berhujung, tetapi tiada umat manusia yang terdaya berfikir atau membayangkan sesuatu yang terlalu bagus lantas ia mungkin tidak sebagus seperti yang disebutkan itu – itu sepadan dengan perbuatan memikirkan ada sesuatu yang lebih baik daripada Allah. Memahami kasih Allah jauh mengatasi ilmu pengetahuan! Namun begitu, pemahaman itu wajib demi kita ada ruang yang boleh dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. (Efe. 3:19)

Di sini diberikan ringkasan singkat fasal apa yang telah kita perkatakan:

Penebusan itu bukan dikurniakan atas tujuan untuk memenuhi keperluan keadilan Allah tetapi untuk menyerlahkan kasih-Nya.

Keadilan Allah bukan ditujukan ke atas si pendosa, yakni untuk pengutukannya tetapi adalah untuk memastikan penyelamatannya.

Allah tidaklah bertindak berlawanan dengan Kristus mahupun menentang Kristus dalam hal penebusan dosa, tetapi tindakan-Nya berharmonis serta penuh kemuafakatan dengan Kristus.

Pendamaian alam dunia dengan Allah itu bukan karya eksklusif Kristus, tetapi itu ialah karya “Allah di dalam Kristus”.

Kristus tidak perlu untuk merayu kepada Allah untuk membuat-Nya bersedia untuk mengampuni si pendosa. Allah sudah pun mengampuni si pendosa dalam Kristus. Inilah pesanan yang perlu para anak-Nya membawa kepada si pendosa untuk membuat si pendosa rela untuk didamaikan dengan Allah. “Kami adalah para duta al-Masih. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu demi al-Masih, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah!” (2 Kor. 5:20)

Tujuan penebusan dosa adalah untuk berusaha supaya cinta kasih Allah yang sememangnya sudah sedia ada itu diberitahu kepada manusia serta membuat manusia menyenangi segala karya Allah – bukan untuk mendapatkan semula muhibah-Nya.

Kristus tidak mati sebagi gantian bagi kita tetapi sebagai kita dan untuk kita.

Kristus tidak mati demi menyelamatkan kita daripada hukuman atas dosa-dosa kita, tetapi demi menyelamatkan kita daripada dosa itu sendiri.

Kristus tidak mati supaya kita tidak mati tetapi demi menyelamatkan kita daripada kematian yang kita memang sudah terlibat dalamnya.

Penebusan bukan penyebab bagi kasih Allah kepada umat manusia, yang mencetuskan kasih itu tetapi adalah hasil yang mengalir keluar daripada kasih-Nya.

Si pendosa tidak tertebus atas sebab dia bertaubat, tetapi dia diseru untuk bertaubat sebab dia sudah pun ditebus.

Hasil muktamad rencana penebusan bukan kejayaan yang separa tetapi satu kemenangan yang sempurna, mutlak dan universal yakni bersifat ejagat!

Dalam hal ini teologi yang popular adalah bertentangan dengan kebenaran. Biarpun sesetengah daripada ralat itu tidak disenaraikan secara formal, bahasanya menuju kepada ralat-ralat itu serta mengesahkannya. Ralat-ralat ini bukannya kecil dan tidak penting, dan hanya berbeza sedikit daripada kebenaran – tetapi ralat-ralat itu adalah lawan bagi kebenaran! Semua ralat itu membuahkan kecelaruan (Babel).

Ayuhlah kita berasa girang bahawa Allah kita mengotakan segala kata serta janji-Nya, dan bahawa segala kurnia serta peruntukan-Nya adalah lebih hebat dan lebih besar daripada apa yang kita perlukan!

Dilahirkan Kembali

By Ernie dan Mary Kroeger (diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Lazarus Gideon)

Dalam perbualan Yesus Kristus dengan Nikodemus, seorang pemimpin Yahudi yang alim daripada golongan Farisi, Dia menunjukkan fakta bahawa adalah mustahil untuk melihat Kerajaan Allah tanpa terlebih dahulu dilahirkan semula. “Sesungguhnya-Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah. Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah.” (Yohanes 3:3,5)

Dilahirkan dari air dan Roh itu wajib untuk seseorang umat boleh melihat dan memasuki kerajaan Allah! Oleh itu, pengetahuan mengenai Allah dan Al-Kitab tidak mampu membawa kita ke dalam kerajaan Allah; begitu. jugalah karya-karya baik mahupun usaha sendiri tidak berupaya membawa kita ke dalam kerajaan Allah. Kelahiran yang baru yakni kelahiran semula ialah asas untuk memasuki kerajaan Allah.

Bagaimanakah kita dilahirkan daripada air? Memang hal ini sukar untuk kita fahami sebagaimana Nikodemus juga sukar memahaminya.

Kita perlu faham bahawa air melambangkan penghakiman.

Yesus berkata bahawa sebelum kita boleh dilahirkan daripada Roh, hendaklah berlaku suatu penghakiman terlebih dahulu, iaitu penghakiman terhadap anak Adam yang dahulu – yang disimbolkan oleh pembaptisan (atau juga disebut sebagai “pengimadan”). Konsep ini tergambar dalam ‘air penghakiman’ pada zaman Nuh, serta dalam zaman Musa apabila Firaun dihakimi menerusi air (Laut Merah). Penghakiman ini membawa kita ke sebuah dimensi baru. Pada zaman Nuh, air menurunkan penghakiman atas kalangan umat kafir (iaitu para umat yang tidak percaya kepada Allah) ke dalam satu dimensi baru.

Pada zaman Musa air Laut Merah menimpakan penghakiman atas Firaun dan juga atas bala tenteranya, serta membawa umat Israil ke dalam suatu dimensi baru – pembebasan berkekalan daripada kekangan perhambaan di bawah para warga Mesir. Mereka dibebaskan daripada kezaliman para tukang kerah dan ke dalam kebebasan untuk menyembah Allah.

Pada zaman kita sekarang, air pembaptisan/pengimadan membawa penghakiman atas anak Adam dan menanamkannya. Persetujuan kita untuk menerima penghakiman ini merupakan simbol pertaubatan, dan kita dibebaskan daripada kezaliman undang-undang berserta segala ritual dan kutukannya, lalu kita diangkat bersama-sama dengan Kristus ke dalam kehidupan. Ini membawa kita ke dalam dimensi baru iaitu kehidupan dalam Roh. Kerajaan Allah ialah alam yang tidak kelihatan, ia sebuah kerajaan spritual dan ia mustahil dimasuki oleh manusia semula jadi atau manusia fizikal.

Nikodemus seorang yang taat beragama dan memang amat tahu fasal isi kandungan Al-Kitab. Dia banyak tahu MENGENAI Allah, tetapi dia tidak MENGENALI Allah. Banyak yang dia tahu berkenaan berkarya DEMI Allah, tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan karya ALLAH.

Dia boleh berbicara mngenai Al-Kitab dan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai Al-Kitab, tetapi dia tidak ada sesuatu hubungan dengan Allah. Ramai orang yang mendapati diri mereka dalam keadaan susah yang sama. Mereka begitu mecintai perbincangan mereka mengenai Allah dan memang sibuk melaksanakan karya-karya baik mereka, namun, sayang sekali, mereka tidak tahu pengertian “dilahirkan kembali”. Ramai yang menyamakan kelahiran baru itu dengan menyertaai jemaah sebuah gereja. Pada hemat mereka, persetujuan mental mereka dengan segala doktrin sesebuah gereja itu bererti bahawa mereka sudah pun menjadi warga Kristian. Pada hemat mereka dengan menyetujui doktrin gereja berserta karya-karya baik sudah memadai untuk kemasukan mereka ke dalam Kerajaan Allah.

Yang lain-lainnya mendakwa sudah dilahirkan kembali atas sebab mereka telah mempelajari dan hafaz dengan peristilahan yang betul. Namun begitu, Kristus tidak peduli dengan peristilahan kita; Dia mahu supaya kita mengalami pengalaman sebenar dilahirkan daripada atas – dilahirkan daripada Roh! Memang Yesus Kristus yang menetapkan piawaian (iaitu standard) bagi kemasukan ke dalam kerajaan-Nya, dan sememangnya Dia berfirman bahawa kita perlu dilahirkan kembali!

Mengapakah kelahiran baru itu amat genting dan penting sekali dalam hal kemasukan ke dalam Kerajaan Allah? Mengapakah ilmu pengetauan serta usaha kita sendiri tidak memadai? Sebabnya ialah gimnastik mental sekadar mampu secara terhad sahaja untuk mengubah perangai kita, tetapi ia tidak berdaya mengubah kita! Pengetahuan yang muncul daripada minda semula jadi kita tidak mampu untuk membebaskan kita daripada kekangan diri sendiri dan daripada segala dusta yang kita anggap sebagai kebenaran. Kesemua yang pada permulaaan atau asalnya ialah daripada minda itu memang bertentangan dengan sumber daripada Roh. Kita memerlukan lebih daripada pengetahuan mengenai yang baik dan yang jahat! Kita memerlukan Yesus Kristus! Kita memerlukan suatu pertemuan baru dengan-nya yang merubah kehidupan kita, seperti yang dialami oleh Saul daripada Tarsus (Rasul Paulus) ketika dia dalam perjalanan ke Damsyik untuk menganiaya para warga Kristian.

Kelahiran kita secara fizikal membawa kita muncul dalam kehidupan yang dirosakkan oleh diri kita.

Kita semua dilahirkan dalam kematian; kita semua datang ke dalam dunia ini dalam keadaan sudah mati dalam dosa-dosa serta pelbagai pelanggaran kita. Dalam Adam kesemua kita mati! Adalah mustahil untuk keluar daripada kematian kita dalam Adam tanpa dilahirkan daripada sumber yang dasarnya ialah KEHIDUPAN. Kerajaan Allah itu ialah kewajaran, aman damai dan kegembiraan dalam Roh Kudus! Kehidupan ialah Roh itu! Kelahiran baru kita tidak ada kena-mengena dengan kehendak manusia. Di dalam Yohanes 1:13 kita baca, ” Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak tabii manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.” Sebagaimana kita tiada apa kena mengena dengan kelahiran fizikal kita, begitu jugalah kita tiada apa kena mengena dengan kelahiran spiritual kita. Kelahiran baru kita berlaku menerusi kehendak Allah, sebab Dia jugalah yang membawa kita keluar darpada kematian dalam Adam dan meletakkan kita ke dalam kehidupan yang merupakan kehidupan Kristus!

Amat sedih mengenangkan bahawa kita banyak diajar hal-hal yang tidak berdasarkan Al-kitab. Kita diberitahu bahawa terpulang kepada kita sendiri sama ada untuk mengikut Kristus atau tidak. Namun begitu Yesus berfirman, ” Bukan kamu yang memilih-Ku tetapi Aku yang memilihmu.” (Yohanes. 15:16a) Dia juga berfirman, ” Tiada seorang pun yang dapat datang kepada-Ku kecuali didorongkan oleh Bapa yang mengutus-Ku” (Yoh. 6:44). Biarpun kita berkata bahawa kita diselamatkan melalui kasih kurnia (Bapa di syurga), kita juga diajar bahawa kasih kurnia-Nya itu memang tertakluk kepada kehendak bebas kita, dan jika kita tidak membuat pilihan yang tepat maka kita ditakdirkan untuk selama-lamanya menghadapi nasib malang. Maka, iman kita, doa kita pengakuan dosa kita dan lain lain, memang ada kena-mengena dengan nasib kita itu dan syurga ialah ganjaran kita atas sebab kita telah membuat pilihan yang tepat.

Pemikiran sebegini membenihkan kekasaran yang sanggup berkata “memang patut kalangan miskin serta pendosa yang jahil masuk neraka buat selama-lamanya sebab dia tidak membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya kematian, dan bukan neraka, yang merupakan hukuman bagi keingkaran, sebab Allah memberitahu Adam bahawa hukuman bagi memakan buah terlarang daripada pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat akan mengakibatkan kematian. Kita gagal menyedari bahawa penyelamatan kita bukanlah terhasil daripada karya-karya kita, tetapi daripada kasih kurrnia Allah. Memang Allah yang meyakinkan kita mengenai bagaimana kita memerlukan Dia! Ayuh kita ingat bahawa “tiada seoranpun yang dapat datang kepada-Ku (Yesus) kecuali didorong oleh Bapa yang mengutus Aku.” (Yohanes 6:44)

Di dalamn Matius 19:24 Yesus berfirman,”lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki Kerajaan Allah .” Sebaik sahaja mendengar itu para pengikutnya bertanya, ” Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan??” Yesus menjawab, ” Hal itu mustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satu pun yang mustahil” (ayat 25-26). Itu di luar jangkauan manusia; itu hanya boleh berlaku dengan Allah.

Pertukaran agama Paulus berlaku sebab Yesus mendatanginya! Paulus tidak mendatangi Yesus -Yesus yang datang kepadanya. Dia (Yesus) juga perlu mendatangi kita! Kelahiran baru kita menjadikan kita sebuah penciptaan baru! Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru. (2 Kor. 5:17) Penciptaan baru ini ialah suatu penciptaan spiritual atas sebab kita telah dilahirkan dari atas! Ciptaan ini tidak mengandungi unsur duniawi. Ia berkualiti lebih tinggi berbanding Adam yakni sebelum Adam jatuh ke dalam jebak dosa. Adam adalah campuran debu dan Roh, maka dia ditumpaskan oleh nafsu syahwat (daging) duniawi, dan kemungkaran itu menyebabkan kematian. Kristus mengeluarkan kita daripada campuran debu dan Roh itu lalu membawa kita ke dalam kehidupan yang tiada kematian di dalamnya! Tiada kematian dalam kehidupan-Nya kecuali kematian terhadap dosa!

Kerajaan Allah terdiri dari kalangan umat manusia yang di bawah perintah kehidupan-Nya. Maka untuk memasuki kerajaan-nya, pertama-tamanya, kita perlu menerima kehidupan. vKematian tidak boleh masuk ke dalam! Ini menunjukkan betapa perlu sekali dilahirkan kembali. Kelahiran baru kita mengubah kita dari dalam; hanya terhad sahaja kemampuan ilmu pengetahuan untuk mengubah perilaku kita. Kelahiran baru kita mengeluarkan kita daripada kategori pendosa dan meletakkan kita dalam kategori insan kudus; ia mengeluarkan kita daripada alam duniawi dan meletakkan kita ke dalam alam syurgawi atau alam kehidupan!

Petrus mewartakan, ” kerana kamu telah dilahirkan semula, bukan daripada benih yang dapat dibinasakan tetapi daripada yang tidak mungkin dimusnahkan, melalui firman Allah .” (1 Petrus 1:23) Kita telah dilahirkan daripada benih yang tidak mengandungi pencemaran, dan ia juga tidak boleh dicemarkan! Segala-galanya adalah dalam ketidakcemaran, dan ini termasuk buahnya! Sifat baru kehidupan kita tidak boleh melakukan dosa! Ayat ini begitu sempurna harmonisnya dengan firman dalam 1 Yohanes 3:9 di mana tercatat, ” Sesiapa yang menjadi anak Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada di dalam dirinya. Oleh sebab Allah itu Bapanya, dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan . ” Apa yang dilahirkan daripada Allah mustahil melakukan dosa!

Soalan yang serta-merta mendatangi kita ialah, “Jadi mengapakah kita masih melakukan dosa sesudah kita dilahirkan kembali?” Atas sebab saya masih melakukan dosa, apakah saya sebenarnya dilahirkan kembali? Adakah saya kekal dalam kategori pendosa sekalipun saya sudah dilahirkan kembali? Seolah-olah ada konflik antara pengishtiharan Allah mengenai siapakah diri saya, dan apa yang sedang saya alami. Bagimana boleh saya menjadi orang salih yang sempurna walhal saya masih hidup dalam dunia ini? Atau, adakah itu kesempurnaan yang dikhaskan untuk ketika saya mati dan masuk ke syurga kelak? Di manakah boleh saya memperoleh jawapan bagi apa yang tampak seperti kontradiksi antara pengistiharan Allah dengan pengalaman saya?

Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik dalam hal ini, ayuh kita melawat situs/tapak kerja seorang pelebur emas. Memang kita tahu bahawa emas melambangkan sifat kesempurnaan Allah. Di situs pelabur emas itu kita lihat batu-batu yang tidak menarik yang mengandungi emas; kita lihat api yang terlalu panas yang diperlukan untuk mengasingkan emas daripada pelbagai bendasing dan unsur ketidaktulenan yang bersama-sama emas itu; kita lihat bendasing iaitu kekotoran naik ke atas di mana ia boleh dikaup dan dikeluarkan. Kemudian kita lihat barangan siapnya – emas yang berkilau-kilauan! Pada suatu hari, TUHAN berkata kepada saya, “Adakah anda lihat bagaimana bendasing dan unsur ketidaktulenan itu tidak dimiliki oleh emas itu? Namun begitu, perlu haba yang begitu banyak dan berdarjah tinggi untuk memisahkan kedua-duanya.” Segala ketidaksempurnaan kita tidak dimiliki oleh kejadian baru berupa diri kita dalam Kristus, tetapi ia perlukan api yang tidak menghanguskan iaitu Allah, untuk mengasingkan segala-gala itu daripada kita. Api-Nya terdiri daripada pelbagai tekanan, kesukaran, cabaran dan musuh-musuh! Kita perlukan semua itu agar emas itu (sifat baru kita) diasingkan daripada segala ketidaktulenan yang dimiiki oleh sifat dan sikap lama kita yang masih bergayut pada kita. Itu ialah api Roh Kudus yang menyebabkan pengasingan (emas daripada bendasing dan ketidaktulenan) tersebut! Sebenarnya memang Allah itu api yang menghanguskan, dan api-Nya menghanguskan bendasing serta ketidaktulenan yang bukan milik kita! Apinya tidak menghanguskan kita tetapi sekadar menghanguskan apa yang bukan merupakan milik kita!

Jadi, ayuhlah kita meneliti apakah ‘bendasing’ yang (sepatutnya) bukan milik kita. Keingkaran Adam membawanya serta anak-cucunya ke dalam alam kematian. Jadi kita tahu betapa keingkaran bukanlah milik kehidupan. Di dalam 1 Petrus 1:22 difirmankan, ” Oleh sebab kamu telah menyucikan rohmu dalam mematuhi kebenaran supaya mempunyai kasih yang ikhlas kepada saudara-saudara seimanmu, maka kasihilah satu sama lain dengan sepenuh perasaan dan suci hati .” Hebatnya kenyataan itu! Kepatuhan kepada kebenaran menulenkan roh-roh kita (perspektif kita). Keingkaran terhadap firman Allah membawa kepada kematian, dan ketaatan kepada kebenaran (Yesus Kristus) membawa kita ke dalam kehidupan! Penulenan kita tidak berlaku dengan usaha kita menghapuskan ketidaktulenan daripada diri kita, tetapi adalah menerusi ketaatan kita terhadap kebenaran!

Ayuh kita melihat satu contoh. Apabila kita dilukakan dengan amat dalam oleh seorang warga Kristian, baik lelaki mahupun perempuan, rasa sakit itu membawa kepada suatu pemisahan dalam perhubungan kita itu. Kita cuba untuk memaafkan dia, namun segala daya usaha kita tidak mencapai hasil yang diingini. Hakikatnya kesemua kita ada bersalah dalam sesuatu perkara; kita semua memerlukan kemaafan, tetapi kita melupakan keperluan kita terhadap kemaafan apabila kita kesakitan atau disakiti. Daya usaha kendiri tidak ada kuasa untuk memaafkan; kuasa itu hanya ada dan tersedia kepada kita dalam Kristus. Dia telah mengurniakan cinta kasih-Nya kepada kita dalam diri Roh Kudus, dan cinta kasihnya senantiasa memberi maaf! Sebagaimana kita menerima dan meyakini kebenaran itu, kuasa Kristus akan membolehkan kita untuk memaafkan dan kita akan dibersihkan daripada ketidakmaafan kita.

Kepatuhan memerlukan kita untuk mengetepikan kehendak kita sendiri dan sebarang keinginan yang berlawanan dengan zat atau inti pati Allah! Sebaik sahaja kita berhenti daripada melihat pada pelbagai rintangan iaitu undang-undang, ketidakadilan dan ‘luka di hati’ – lalu menumpukan mata kita terhadap kemampuan Kristus di dalam diri kita, bolehlah kita melangkahkan kaki dalam kepatuhan kepada kebenaran. Selagi mata kita tertumpu pada masalah dan ketidakmampuan kita untuk mengatasinya, kita tidak akan menjadi pemenang. Dalam Ibrani 12:2 kita diberitahu untuk meneladani Yesus, yang mewujudkan dan menyempurnakan iman kita. Dengan menetapkan mata kita pada Yesus, kita pasti berkemampuan untuk memaafkan, sebagaimana Kristus memberikan kemaafan. Inilah hakikat dan kebenarannya. Dalam kepatuhan kepada kebenaran itulah kita memperoleh kemenangan!

Perlu kita ingat bahawa Yesus ialah jalan, kebenaran dan hidup! Oleh itu Yesus Kristus sekali-kali tidak akan menyesatkan kita; Dia tidak akan menipu kita; Dia tidak akan membawa kita jauh-jauh meninggalkan Allah! Kepatuhan pada perintahnya akan menyucikan kita daripada semua kejahatan. Ketaatan atau kepatuhan ialah penawar bagi keingkaran! Kepatuhan mengubah kita menjadi sebagaimana citra Kristus!