(Asalnya disunting dan diringkaskan oleh Ernie dan Mary Kroeger daripada karya asal A. P. Adams bertajuk “The Atonement”. Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Lazarus Gideon)
Para pencinta kebenaran tidak berpuas hati dengan ajaran oleh para fanatik agama. Mereka mengiktiraf bahawa ajaran mengenai penebusan dosa Kristus melalui imaginasi merupakan gambaran salah fasal Allah dan gambaran salah fasal Kristus – yang merupakan pendedahan sempurna serta gambaran sempurna bagi Allah. Ia mengherotbenyotkan kebenaran, dan ia juga bertentangan dengan prinsip keadilan.
Mustahil kita dapat mengesan kesilapan jika kita tidak mengetahui kebenaran. Kebenaran itulah cahaya yang memperlihatkan ralat dan kesilapan. Jika kita tidak mengetahui bahawa Allah kita ialah cahaya bagi Kristus, kita akan menerima yang ralat sebagai kebenaran kita. Untuk menemukan sifat sebenar penebusan dosa oleh Kristus, terlebih dahulu kita perlu mengenali Allah kita. Kebenaran lakan membawa kepada lebih bsebarangak kebenaran, dan ralat serta kesilapan akan membawa kepada lebih bsebarangak ralat dan kesilapan. Dalam penyelidikan kita, terlebih dahulu wajib kita mengetahui siapakah Allah kita, dan memahami rencana serta rancangan-Nya untuk seluruh zaman , dan juga keberdayaan-nya untuk melaksanakan kehendak-Nya!
Dalam 1 Yohanes 4:8 kita baca bahawa Allah itu kasih. Kasih bukan suatu emosi; ia ditakrifkan untuk kita di dalam 1 Kor. 13:4-7. Atas sebab Allah itu kasih, itu mendefinisikan siapakah Dia dalam inti pati diri-Nya! Atas sebab Dia itu kasih, tentu sahaja kasih merupakan kuasa penggerak bagi segala-galanya yang Dia lakukan. Itu ialah kuasa penggerak rencana hebat-Nya untuk mencipta manusia menurut gambar dan rupa-Nya. Dia jugalah penggerak utama! Sebarang doktrin yang sama ada menyanggah atau mengaburi hakikat ini memang terbenam dalam kesilapan.
Maka ayuhlah kita meneliti doktrin dalam hal Kristus wafat sebagai menggantikan kita menurut pencerahan kebenaran ini. Kita sudah diberitahu bahawa hukuman bagi dosa manusia ialah kematian yang abadi dalam seksaan di dalam neraka. Betulkah kenyataan itu? Allah memberitahu Adam bahawa dia akan mati jika dia memakan buah daripada pohon yang terlarang itu. Seandainya kematian tersebut adalah seksaan buat selama-lama di dalam neraka, tentu sahaja Allah akan berfirman sedemikian. Tetapi Allah TIDAK berfirman sedemikian! Dia berfirman bahawa Adam akan mati. Dalam kasih dan pengetahuan lebih dahulu Allah, bagaimana mungkin Dia menjadikan umat manusia yang sebahagian besar daripada mereka akan menderita dalam keperitan penyeksaan di dalam neraka buat selama-lamanya?! Memang gagasan itu menentang segala logik dan juga berlawanan dengan jatidiri Allah.
Tambahan pula, doktrin penggantian ini mengisytiharkan bahawa Allah ingin menyelamatkan manusia, namun begitu Dia tidak boleh berbuat begitu sehinggalah keadilannya telah disempurnakan. Seseorang perlu menerima hukuman berkenaan terlebih dahulu sebelum Dia boleh mengampunkan si pendosa serta mengembalikannya ke bawah lindungan payung rahmat-Nya. Atas sebab hukuman itu berupa penyeksaan yang tiada hujungnya, si pendosa tidak dapat diampuni. Rasa ingin tahu kita digerakkan dan kita cuba membayangkan bagaimanakah piawaian Allah bagi kewajaran dan keadilan. Atas sebab Allah tidak memberitahu Adam dan Hawa bahawa hukuman bagi keingkaran ialah seksaan yang tidak berhujung, adakah betul bagi-Nya jika Dia mengubah hukuman itu kepada kematian tanpa diberitahu demikian terlebih dahulu? Di manakah kewajaran dan keadilan Allah jika Dia ‘secara curi-curi’ memasukkan hukuman yang sedemikian dahsyat iaitu penyeksaan abadi atas sebab cuma satu sahaja pelanggaran (terhadap rukun-rukun-Nya)?
Perbuatan memikirkan bahawa Allah sebegitu keras dan tidak boleh didekati hinggakan Dia memerlukan korban manusia untuk menyejukkan kemurkaan-Nya bukan sahaja melindungkan bahkan bertentangan dengan intipati-Nya iaitu cinta kasih. Manusia bertindak seolah-olah keadilan Allah kejam manakala kasih Yesus pula tida terbatas. Itu memang ralat. Apakah yang diajar kepada kita oleh Al-Kitab? “Kerana seluruh ciptaan telah ditundukkan dalam kebuntuan, bukan dengan pilihannya sendiri, tetapi dengan kehendak Dia yang telah menundukkannya, dengan harapan bahawa ciptaan itu sendiri akan dibebaskan daripada belenggu kemusnahan dan dibawa ke dalam kebebasan penuh kemuliaan anak-anak Allah..” (Rom. 8:20-21) Atas sebab Allah mendatangkan kesiasian atas semua, adalah adil bagi-Nya untuk mengeluarkan semua daripada tercemar oleh kesiasiaan itu. Penebusan itu bukan sahaja karya Kristus, tetapi “Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya” (2 Kor. 5:19). Keadilan Allah tidak menemui penyempurnaan dalam penghukuman umat manusia, tetapi dalam peruntukan-Nya yang berkelimpahan bagi penyelamatan manusia. Allah kita “ ialah “Allah yang adil dan Juruselamat.” (Yes. 45:21). Ini yang membezkan Dia daripada setiap yang lain-lain yang kononnya adalah tuhan.
Ayuh kita meneliti satu lagi ralat dalam doktrin insaniah fasal penebusan dosa. Menurut undang-undang, setiap pelanggaran undang-undang memang patut menerima hukuman yang setimpal. Demi mendukung undang-undang, Putera Allah menawarkan diri untuk menderita yakni menerima hukuman itu bagi pihak umat manusia. Bapa Syurgawi kita menerima penggantian ini lalu mencurahkan amarah-Nya atas putera-Nya yang tidak bersalah itu, maka dengan keampunan melalui Yesus Kristus, kita didamikan dengan Allah. Iadakah ajaran ini menurut Al-Kitab? Adakah dengan ketiadaan hukuman (atas si pendosa) mengubah si pendosa dan membawanya ke dalam arca Kristus? Gagasan ini memang tidak masuk akal! Deria keaidilan kita juga mengisytiharkan bahawa perbuatan yang sanggup membuat seseorang yang tidak bersalah menderita atas sebab pelanggaran dan atau dosa seorang yang bersalah itu amat memeranjatkan lagi melampau-lampau. Bagaimanakah perasaan anda seandainya putera yang amat anda sayangi terpaksa memikul beban kesalahan seorang pembunuh agar si pembunuh itu boleh dibebaskan untuk meneruskan segala perbuatannya yang berdosa itu? Tentu sahaja kita akan menjadi berang dengan ketidakadilan itu, bukankah begitu?!
Maka tidak hairanlah betapa ini bukanlah pengajaran yang kita dapati di dalam Al-Kitab! Tiada tempat di mana-mana pun di dalam Al-Kitab yang mengajar bahawa Kristus terpaksa menderita sebagai pengganti bagi umat manusia yang bersalah, atau bahawa kematian-nya adalah untuk memenuhi keperluan keadilan Allah. Memang Kristus wafat dan bangkit semula supaya Dia boleh membawa umat manusia keluar daripada kematian – di mana manusia sedang berada lalu membawa manusia kembali dalam kehidupan!
Di atas kayu salib itu Kristus menyatukan diri-Nya dengan umat manusia yang penuh dosa lalu mengangkatkan segala dosa itu bersama-sama dengan-Nya dalam kematian dan kebangkitan semula-Nya. Sebenarnya, kebersatuan-Nya dengan umat manusia yang penuh dosa itulah kematian-Nya.
DIA melakukan itu agar Dia menjadi satu dengan umat manusia agar dapat Dia membawa umat manusia keluar daripada kematian mereka lalu diangkat-Nya mereka ke dalam kehidupan bersama-samaNya dalam kebangkitan semula-Nya.
Ini membantu kita untuk memahami bahawa Kristus itu seorang warga korporat. Dalam Adam kesemua umat manusia mati dan dalam Kristus kesemuanya dihidupkan. Kristus ialah lelaki yang kedua, dan dalam-Nya, berakhirlah Adam yang lama itu. “Dan Dia adalah kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama.” (Kol. 1:18) Dia ialah permulaan bagi umat manusia yang baru, yang telah dibangkitkan daripada kematian lantas ke dalam kehidupan Kristus!
Keadilan jenis apakah yang terlibat apabila si pengganti sebetulnya tidak menderita hukuman sepenuhnya? Apabila keseliruhan rencana itu gagal memenuhi tujuan yang digarapkan – iaitu penyelamatan seluruh umat manusia? Satu penipuan akan memerlukan lebih banyak lagi penipuan untuk menyokongnya serta membuat ia boleh dipercayai. Biarpun mereka berkata bahawa Bapa Syurgawi menerima penggantian ini, Yesus tidak menderitai yakni menanggung keseluruhan hukuman itu, sebab dia tidak terseksa oleh kematian yang tiada berhujung, sebab kata mereka bahawa penderitaan yang ditanggung-Nya sebagai seorang yang bersifat ketuhanan memenuhi daripada aspek kualiti apa-apa yang kurang daripada aspek kuantiti. Umat manusia mengatakan bahawa Allah menerima penderitaan sebagai setara dengan hukuman atas undang-undang yang telah dilanggar itu. Maka, memang ada penggantian dari segi mangsa dab juga dari segi hukuman! Hakikat bahawa sifat ilahiah Kristus tidak boleh mati, menambahkan satu lagi kerumitan atau komplikasi. Maka kita diberitahu bahawa Dia wafat sebagai seorang manusia. Keilahian-Nya mustahil akan mati, namun begitu ketuhanan-Nya sepatutnya menjadikan kematian-Nya sebagai menyempurnakan sepenuhnya hukuman atas hukum yang telah dilanggari itu.
Teori penggantian ini juga memperkecil-kecilkan kemampuan Allah, dan mendakwa bahawa syaitan boleh menghalang kemampuan seratus peratus Allah untuk menyelamatkan. Ia mendakwa bahawa sungguhpun Kristus dikorbankan, rencana penyelamatan oleh Allah cuma akan diterima oleh kelompok minoriti; manakala peratusan besar umat manusia pasti masih terpaksa menderitai penyeksaan yang abadi. Ini sememangnya mensia-siakan kedaulatan Allah, sebab gagasan ini mendakwa bahawa Allah tidak mampu mencapai matlamat rencana-Nya untuk menyelamatkan seluruh dunia. (Di dalam sebuah buku teks yang diberikan kepada kami semasa kami di negara Cina itu, ada dinyatakan bahawa syaitan yang menang lantaran buat selama-lamanya, dialah yang menang sebab buat seama-lamanya dia akan menggoyang-goyangkan penumbuknya ke muka Allah dan akan mendakwa bahawa kemenangan itu miliknya – para penyunting.) Teori penggantian menjurus kepada kesimpulan ini. Bertindan-tindanlah penipuan atas penipuan!
Al-Kitab sentiasa memfirmankan bahawa Kristus wafat supaya umat manusia berdamai dengan Allah, bukan Allah dengan umat manusia! Luas sekali jarak perbezaan antara dua kenyataan tersebut iaitu seluas jurang di antara pembohongan dengan kebenaran, dan itu meletakkan Allah serta segala cara serta usaha-Nya di bawah sorotan cahaya yang salah. Kenyataan itu memposisikan Yesus dan Allah dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain. Teori ini memperbesarkan Yesus sebagai DIA yang mengasihi umat manusia, manakala Allah digambarkan sebagai sebegitu tidak henti-henti dalam penghukuman-nya hingga dia tidak dapat mengampuni umat manusia tanpa ada seorang mangsa yang tidak bersalah yang ke atasnya (si mangsa) Dia (Allah) boleh curahkan sepenuh kemurkaan-Nya, dan bahawa Dia begitu tidak adil hinggakan Dia sanggup menerima seorang yang tidak bersalah sebagai menggantikan tempat orang yang bersalah.
Kristus ialah Juruselamat kita – tetapi di bawah Allah! Allah ialah Juruselamat yang maha agung! Di dalam 1 Tim. 2:3 kita baca, “Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita.” DIA bukan Allah yang penuh kemurkaan yang mesti diredakan atau ditenangkan melalui pengorbanan seorang Putera yang begitu penuh kasih sayang. Dia tidak perlu ditenangkan atau diredakan dengan darah seorang mangsa seperti tuhan umat jahiliah.
Al-Kitab mengisytiharkan, “Kerana jika semasa kita seteru Tuhan kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Putera-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya!.” (Rom. 5:10) Kita didamaikan kepada Allah! “Juga melalui Dia, Allah mendamaikan segalanya dengan diri-Nya, baik yang di bumi mahupun di syurga, dengan mengadakan perdamaian melalui pencurahan darah-Nya di atas salib. Kamu dahulu tersisih daripada Allah dan merupakan seteru dalam pemikiranmu kerana perbuatanmu yang jahat. Akan tetapi, sekarang Allah telah mendamaikan kamu dengan diri-Nya melalui kematian tubuh-Nya, supaya Dia dapat memperhadapkan kamu sebagai orang suci, yang tidak bercela dan tidak bersalah di hadapan-Nya.” (Kol. 1:20-22) Anda boleh memeriksa petikan-petikan lain fasal pendamaian.
“Dalam al-Masih, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkannya kepada kami.” (2 Kor. 5:19) Sila ambil perhatian bahawa Allah berusaha mendamaikan dunia dengan diri-Nya sendiri, dan bahawa Dialah penggerak utama dalam hal penebusan dosa! Sungguhpun Kristus wafat demi kita, dan Dialah penyemahan kita dan penyokong yang membela kita di hadapan Bapa Syurgawi kita, namun bukan Kristus yang memulakan did not initiate penebusan itu. “Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal.” (Yohanes 3:16) Allah ialah yang utama dan Yesus Kristus ialah Puteranya yang mentaati-Nya. Begitu sempurna persetujuan antara mereka! Allah ialah Juruselamat kita dan penebus kita.
“tetapi sekarang Dia menyuruh manusia di seluruh dunia ini bertaubat; kerana Dia telah menetapkan bahawa pada suatu hari seisi dunia ini akan dihakimkan dengan adil oleh seorang yang ditentukan-Nya. Allah bersaksi akan hal ini kepada semua manusia dengan membangkitkan-Nya daripada kematian.” (Kis. 17:30b-31) Penghakiman Allah adalah didasarkan atas kebenaran, atas sebab kebenaran menyerlahkan pembohongan. Datangnya Kristus adalah untuk melaksanakan kehendak Bapa Syurgawi, maka Bapalah penggerak utama dalam seluruh rencana pendamaian! Allah tidak berkarya menerusi para pengganti! Bapa sendiri mengasihimu! (Yohanes 16:27)
Perlunya penebusan dosa membawa implikasi bahawa ada dua pihak yang saling tidak sependapat sesama mereka maka perlulah mereka dibawa ke dalam harmoni dan kesatuan. Inilah pengertian dan tujuan penebusan dosa. Dalam hal manusia dengan Allah, kerenggangan ini memang kesemuanya adalah di sebelah pihak manusia. Maka yang perlu diubah ialah manusia! Adalah kufur mengatakan bahawa Allah yang perlu didamaikan dengan manusia sebab itu bererti bahawa Allah yang terpaksa berubah – dan Dia ialah Allah yang langsung tidak pernah dan tidak akan berubah!
“Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Putera-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal.” (1 Yohanes 4:9) Maka kerana kerenggangan itu kesilapan manusia sendiri, kita perlukan pengantara atau untuk menunjukkan kejahilan diri kita kepada kita! Kita memerlukan Kristus untuk menyerlahkan kasih Bapa kepada kita! Kristus itu ialah wajah nyata bagi Allah yang limunan yakni tidak dapat dilihat! Dia ialah pendedahan diri Bapa Syurgawi kepada kita! “tiada yang mengenal Bapa kecuali Putera dan orang yang diberitahu oleh Putera tentang Bapa…” (Matius 11:27) Kita mengasihi-Nya sebab Dia terlebih mengasihi kita! Tetapi, terlebih dahulu, kita perlu belajar dan mengerti bahawa Dia memang mengasihi kita. Dunia tidak mengenali-Nya dan tidak dapat mengenali-Nya kecuali ia menerima pendedahan diri-Nya melalui Kristus.
“ … Dan jika sesiapa berbuat dosa, kita mempunyai seorang Pembela ke hadirat Allah Bapa, iaitu Isa al-Masih Yang Benar itu.” (1 Yohanes 2:1) Istilah “Pembela ke hadirat Allah Bapa” terasa agak ganjil kepada kita. Bukankah Allah itu Bapa Syurgawi kita, jadi mengapa pula kita perlikan pembela ke hadirat-Nya? Adakah seorang anak perlukan khidmat seorang pembela untuk merayukan kesnya kepada bapanya sendiri? Sekiranya si anak renggang daripada si bapa, dia mungkin menyangkakan yang dia memrlukan seorang pembela. Dunia warga Kristian mungkin berasa bahawa seorang pembela diperlukan sebab ia tidak tahu fasal kasih Bapa. Ia tidak tahu bahawa Bapa mengasihi mereka, namun Bapa memang tidak memerlukan pembela sebab Dia tidak pernah tidak berdamai! Walau bagaimanapun, para anak-Nya perlukan pembela supaya mereka diberitahu fasal kasih Bapa kepada mereka. Susulan bagi hakikat bahawa Allah itu kasih ialah hakikat bahawa rencana-Nya bagi kita adalah untuk kebaikan kita! Oleh itu segala rencana Allah untuk kemunculan dosa dan kejahatan dalam dunia ini, yang menyebabkan kerenggangan kita daripada-Nya, dan peruntukan-Nya yang berkelimpahan untuk penyelamatan kita serta kebersatuan kita dengan-Nya itu terbit daripada hati yang penuh kasih. Kita adalah hasil karya Allah, yang diciptakan untuk segala karya yang baik-baik belaka! Oleh sebab Dia merencanakan bahawa dosa akan datang ke dalam dunia ini, Dia juga membuat peruntukan supaya kesemua umat dibawa ke dalam kebersatuan dengan-Nya. Dengan melalui pelbagai peringkat pengembalian serta pemulihan itu kita dibawa kepada pengetahuan yang lebih hebat dan bererti dalam hal siapakah Allah – dan kemewahan kasih kurnia-Nya serta sedalam manakah cinta kasih-Nya!
Segala kebenaran itu menyelamatkan kita daripada dogma palsu fasal seksaan yang abadi. Seksaan yang kekal itu bukan hukuman atas undang-undang yang dilanggar, dan oleh yang demikian umat manusia tidak memerlukan pengganti yang berpura-pura menangung penderitaan berupa kematian untuknya. Lagi pula, atas sebab kejahatan ialah antara para pendidik kita, tahulah kita bahawa kesudahannya semua itu adalah demi kebaikan kita. Allah mendisiplinkan kita demi kebaikan kita juga, supaya kita menjadi mampu untuk mengongsi kekudusan-Nya. (Ibrani 12:10) Sebagaimana Yesus dijadikan sempurna menerusi pendritaan (yang ditimpakan ke atas-Nya), demikian jugalah kita dijadikan sempurna menerusi pelbagai penderitaan. Maka, mengapakah kita harus diselamatkan daripada semua pengalaman itu? Semua itu adalah rahmat yang terselindung daripada Allah.
Lantaran penggantian itu janggal iaitu tiada tempatnya dalam hal urusan Allah dengan kita, bagaimana harus kita menjelaskan ayat-ayat seperti, Dia “mengalami kematian untuk setiap manusia …yang benar (atau yang tidak bersalah) bagi yang tidak benar (atau yang bersalah)…Dia menanggung dosa-dosa kita,” dll.? Ini diperjelaskan apabila kita perhatikan penggunaan kata ‘untuk’, dan bukan ‘instead’. Yesus Kristus wafat demi kita, tetapi Dia bukannya wafat menggantikan tempat kita. Dalam kematian-Nya, Dia telah disatukan dengan umat manusia yang berdosa. Dia bukan pengganti bagi manusia. Dialah jiwa yang dipersalahkan yang membawa pergi dosa umat dunia ini! Kematian Kristus ialah kematian kepada dosa. (Rom. 6:10) Kita akan dijadikan mengikut keadaan kematian-Nya, dan menjadi seperti-Nya dengan (kita) menerima kehidupan-Nya! (1 Yohanes 3:2)
Dalam semua ini tiada penggantian, tetapi kesatuan yang sempurna dan identiti pengalaman! Kita menjadi satu dengan Dia dalam penderitaan-Nya dan kematiaan-Nya kepada dosa, dan satu dengan-Nya dalam kebangkitan-Nya ke dalam kehidupan dan kegembiraan yang amat sangat! Kristus membawa kita bersama-sama-Nya ke dalam kematian-Nya dan kebangkitan semula-Nya supaya kita boleh menjadi satu dengan-Nya dalam kehidupan-Nya. Seandainya Dia sekadar pengganti kita, Dia juga akan menjadi pengganti kita dalam kebangkitan semula-Nya. Rencana Allah meamng jauh lebih baik!
Kebenarannya ialah hakikat bahawa Kristus mati untuk menyelamatkan kita, bukan daripada hukuman atas dosa-dosa kita tetapi daripada dosa itu sendiri; bukan daripada kematian tetapi keluar daripada kematian itu – keluar daripada mati dalam segala pelanggaran serta dosa-dosa kita! Menyelamatkan kita daripada hukuman itu bukanlah kebaikan hati sebab dengan bidang kuasa-Nya, Allah boleh sahaja menghapuskan hukuman itu tanpa perlunya seorang pengganti atau Juruselamat. Namun begitu, itu tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan, sebab seorang banduan boleh dibebaskan daripada hukuman penjara, namun dia masih meninggalkan penjara itu sebagai si pendosa yang tiada mengalami apa-apa perubahan. Umat manusia perlu dibebaskan daripada kekangan dosa. Hendaklah sifat kita berubah daripada seorang pendosa kepada seorang santo. Kita perlu dibebaskan “dari tubuh maut ini”! (Rom 7:24)
Ayat 25 memberikan jawapan kepada kita dalam hal bagaimana kita boleh dibebaskan, iaitu menerusi Yesus Kristus, TUHAN kita! Allah menjadikan kita “ciptaan baru” dalam Kristus! (2 Kor. 5:17) Inilah tujuan penebusan! Kita perlu dibebaskan sepenuhnya daripada dikekang oleh kesosakan akhlak, dan ini hanya boleh tercapai dengan kita diletakkan dalam insan baru itu – TUHAN iaitu Yesus Kristus! Allah di dalam diri Kristus melaksanakan karya ini!
Kata Yohanes Pembaptis, “Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia..” (Yohanes 1:29) Dia tidak menyebut “dosa dunia” itu sebagai merujuk kepada dosa-dosa tertentu. Dosa dunia itu merujuk kepada kelompok dosa iaitu sifat kita yang berdosa. Ini disimbolkan dalam undang-undang oleh ‘orang yang dipersalahkan’ yang memikul beban dosa seluruh negara Israel. Memang karya Kristus jauh lebih hebat lagi sebab Dia mengambil dan membawa pergi dosa seluruh dunia – bukan hanya dosa sebuah negara bangsa!
Kristus datang untuk mencari serta menyelamatkan umat yang sesat. Mereka bukan dalam keadaan bahaya akan tersesat – mereka memang sudah sesat! Kristus mati untuk memberikan kehidupan kepada kalangan umat yang sudah pun mati dalam kancah dosa-dosa mereka. Datang-Nya adalah untuk membawa kehidupan yang berkelimpahan! Ini jelas menunjukkan bagaimana penebusan dosa itu sepenuhnya adalah daripada Allah! Mustahil seorang yang telah mati dapat membawa dirinya kembali ke dalam kehidupan. Malahan dia tidak mampu untuk membantu dirinya sendiri dalam apa pun cara.
Dalam 2 Kor. 5:18-21 Rasul Paulus menulis, “Dan semuanya ini dari Allah, yang dengan perantaraan Kristus telah mendamaikan kita dengan diri-Nya dan yang telah mempercayakan pelayanan pendamaian itu kepada kami. Sebab Allah mendamaikan dunia dengan diri-Nya oleh Kristus dengan tidak memperhitungkan pelanggaran mereka. Ia telah mempercayakan berita pendamaian itu kepada kami. Jadi kami ini adalah utusan-utusan Kristus, seakan-akan Allah menasihati kamu dengan perantaraan kami; dalam nama Kristus kami meminta kepadamu: berilah dirimu didamaikan dengan Allah. Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuat-Nya menjadi dosa karena kita, supaya dalam Dia kita dibenarkan oleh Allah.”
Sila ambil perhatian bahawa karya sempurna yang mendamaikan kita dengan Allah ialah asas bagi merayu agar si pendosa didamaikan dengan Allah – biarpun pandangan yang popular adalah bertentangan dengan hakikat itu, iaitu bertaubatlah wahai para pendosa, kemudian kamu akan didamaikan dengan Allah! Tetapi Rasul Paulus berkata bahawa pendamaian itu sudahpun berlaku; oleh itu berdamailah!
Apabila kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah, bolehlah kita menikmati suatu pertalian atau hubungan dengan-Nya! Ini selaras dengan pesanan daripada TUHAN kepada Yesaya, “Aku telah menghapus segala dosa pemberontakanmu seperti kabut diterbangkan angin dan segala dosamu seperti awan yang tertiup. Kembalilah kepada-Ku, sebab Aku telah menebus engkau.” ( 44:22) Mereka itu boleh kembali sebab mereka sudah pun tertebus! Ini berita dan sebab yang cemerlang lagi gemilang untuk kita bersorak-sorai! (ayat 23)
Mereka yang meletakkan penyebab sebagai kesan , dan kesan sebagai penyebab, meletakkan asas pertaubatan sebagai hasil daripada pertaubatan. Dan itu meletakkan pelaksanaan atau penyempurnaan karya Allah bergantung pada umat manusia yang miskin lagi lemah yang telah mati akibat kesalahan dan dosa, dan mengatakan seolah-olah janji itu tidak lebih baik daripada hukum waad. Pastinya ada perbezaan yang tanpa batasan antara firman Allah, “ Aku telah laksanakannya,” dengan “Aku akan melaksanakannya SEKIRANYA kamu sanggup berbuat begini dan begitu.”
Yesaya menyebut “celaka” atas umat “yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan menjadi terang dan terang menjadi kegelapan, yang mengubah pahit menjadi manis, dan manis menjadi pahit! Celakalah mereka yang memandang dirinya bijaksana, yang menganggap dirinya pintar!” (5:20-21)
Karya Allah in Kristus enables us to become partakers of His divine nature! “Dengan jalan itu Ia telah menganugerahkan kepada kita janji-janji yang berharga dan yang sangat besar, supaya olehnya kamu boleh mengambil bagian dalam kodrat ilahi, dan luput dari hawa nafsu duniawi yang membinasakan dunia..” (2 Petrus 1:4)
Ayuh kita melihat satu lagi ralat dalam teologi popular dalam hal penebusan dosa. Dalamnya Allah digambarkan sebagai murka dan begitu meradang terhadap umat manusia yang telah melanggar hukum-hukum-Nya. Kemudian Kristus masuk campur dan berjaya memujuk sang Bapa dengan dia (Kristus) mengorbankan dirinya sendiri. Itu berjaya menenteramkan Allah, kemurkaan-nya dihalakan ke lain, dan mulalah Dia mengasihi umat manusia. Dengan cara itu penebusan dosa dijadikan PENYEBAB bagi cinta kasih Allah, dan kasih Allah itu dinyatakan sebagai HASIL yang mengalir keluar daripada karya pendamaian Kristus. Bahasa bagi fahaman ini membawa implikasi itu. Malahan majoriti pandangan Kristian mengangkat penebusan dosa sebagai PENYEBAB bagi kasih Allah, walhal realitinya ialah penebusan dosa ialah kesan daripada kasih-Nya
Kebenarannya ialah bahawa kasih Allah membawa KEPADA penebusan dosa; ia TIDAK mengalir DARIPADA-nya. Al-Kitab menyokong hujah itu. “Allah begitu mengasihi umat manusia….” – itulah sebabnya Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal! Penebusan dosa membawa ke dalam pandangan kita kasih yang sedia ada namun tidak diketahui, daripada Bapa. “Dengan demikian kita tahu bagaimana cara mengasihi seseorang: Isa al-Masih telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan nyawa kita untuk para saudara kita. … Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Putera-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal.” (1Yohanes 3:16;4:9) Setelah menemui dan mengetaui bahawa Dialah yang terlebih dahulu mengasihi kita, terbukalah mata kita lantas mulalah kita hidup dalam DIA.
Mungkin anda pernah dengar kisah seorang ibu yang berkata kepada kepada anak lelakinya yang masih kecil, “Ya, Johnny, jika kamu baik dan mendengar kata, Mama akan mengasihi kamu, tetapi jikalau kamu nakal Aku tidak dapat megasihimu.” To this un-motherly speech the child sorrowfully replied, “Sesiapapun akan menyayangiiku pada waktu aku budak yang baik, tidak bolehkah kamu menyayangiku pada masa aku tidak baik?” Kasih Allah itu begitu hebat hinggakan Dia tidak pernah serik untuk mengasihi kita! “Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, al-Masih telah mati untuk kita.” (Rom. 5:8) maka jelas sekali bahawa kasih Allah sememangnya PENYEBAB, dan bukan hasil daripada penebusan dosa. Maka janganlah kita menterbalikkan hakitkat yang diberkati ini, lantas menggantikan kegelapan dengan cahaya dan bukan l menggantikan cahaya dengan kegelapan.
Ada sedikit berita yang baik iaitu penebusan dosa tidak merupakan kejayaan separa tetapi kejayaan sepenuhnya dan mutlak pula! Karya Allah di dalam Kristus tidak akan berkesudahan dengan tidak terkira ramainya umat yang ‘terkorban’ buat selama-lamanya. Ia pasti akan mencapai SEPENUHNYA tujuan bagi kematian-Nya iaitu untuk mendamaikan DUNIA dengan Allah dan untuk “memusnahkan segala pekerjaan syaitan.” Pasti ia mencapai sepenuhnya tujuan karya-Nya seperti yang tersebut itu!
Bagaimana mungkin karya bersama-sama Bapa serta si Anak akan tidak berjaya mencapai kejayaan yang hakiki lagi sempurna? Hakikatnya ialah bahawa usaha itu akan Lebih hebat daripada sekadar mencukupi sahaja! Sila baca Roma 5 dan lihat bagimana kecemerlangan kebenaran ini ditekankan. Sebutan Rasul Paulus’s “SEMAKIN BERTAMBAHLAH” menghilangkan kesangsian fasal “kelimpahan yang berlebih-lebihan” peruntukan Allah bagi penebusan insan sejagat buat selama-lamanya!
Apakah yang menyebabkan kita terfikir bahawa Allah kita yang maha berkuasa tidak dapat mencapai tujuan Dia mengutuskan Kristus, iaitu pembaikan hubungan antara DUNIA dengan diri-Nya sendiri? DIA telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat DUNIA! (1 Yohanes 4:14) Bagaimana mungkin terbantut rencana serta tujuanAllah? Bagaimana mungkin sebahagian besar dunia ini tersesat buat selama-lamanya dalam penyiksaan yang tiada bernokhtah, walhal Bapa telah mengutus si Anak untuk menjadi Juruselamat dunia? Bagimana itu boleh menjadi testimoni atau kesaksian bagi cinta kasih Allah? Allah berfirman, “demikianlah firman-Ku yang keluar dari mulut-Ku: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, tetapi ia akan melaksanakan apa yang Kukehendaki, dan akan berhasil dalam apa yang Kusuruhkan kepadanya.” (Yes. 55:11) Kristus ialah Firman Allah. DIA pasti melaksanakan tujuan Dia diutuskan ke dunia iaitu untuk menyempurnakan karya yang Ditugaskan atas bahu-Nya!
Biarlah kalangan mereka yang ingin membatasi Yang Maha Suci Allah Tuhan Israel, dan tidak ingat akan kuasa-Nya, berbuat sedemikian. (Maz.78:41-42) Namun kita percaya bahawa Allah akan melaksanakan sepenuhnya segala-gala yang telah dijanjikan-Nya sebab “Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita,.” (Efe. 3:20) Biarpun ini seperti terlalu baik maka mungkin tidak benar, hakikatnya ialah mustahil sesuatu itu terlalu bagus hingga sukar mempercayai ia memang benar. Mungkin secara jujur kita katakan iaitu sesuatu itu tersangat BURUK maka ia mungkin tidak benar, sebagai contoh, doktrin penyiksaan yang tak berhujung, tetapi tiada umat manusia yang terdaya berfikir atau membayangkan sesuatu yang terlalu bagus lantas ia mungkin tidak sebagus seperti yang disebutkan itu – itu sepadan dengan perbuatan memikirkan ada sesuatu yang lebih baik daripada Allah. Memahami kasih Allah jauh mengatasi ilmu pengetahuan! Namun begitu, pemahaman itu wajib demi kita ada ruang yang boleh dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. (Efe. 3:19)
Di sini diberikan ringkasan singkat fasal apa yang telah kita perkatakan:
Penebusan itu bukan dikurniakan atas tujuan untuk memenuhi keperluan keadilan Allah tetapi untuk menyerlahkan kasih-Nya.
Keadilan Allah bukan ditujukan ke atas si pendosa, yakni untuk pengutukannya tetapi adalah untuk memastikan penyelamatannya.
Allah tidaklah bertindak berlawanan dengan Kristus mahupun menentang Kristus dalam hal penebusan dosa, tetapi tindakan-Nya berharmonis serta penuh kemuafakatan dengan Kristus.
Pendamaian alam dunia dengan Allah itu bukan karya eksklusif Kristus, tetapi itu ialah karya “Allah di dalam Kristus”.
Kristus tidak perlu untuk merayu kepada Allah untuk membuat-Nya bersedia untuk mengampuni si pendosa. Allah sudah pun mengampuni si pendosa dalam Kristus. Inilah pesanan yang perlu para anak-Nya membawa kepada si pendosa untuk membuat si pendosa rela untuk didamaikan dengan Allah. “Kami adalah para duta al-Masih. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu demi al-Masih, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah!” (2 Kor. 5:20)
Tujuan penebusan dosa adalah untuk berusaha supaya cinta kasih Allah yang sememangnya sudah sedia ada itu diberitahu kepada manusia serta membuat manusia menyenangi segala karya Allah – bukan untuk mendapatkan semula muhibah-Nya.
Kristus tidak mati sebagi gantian bagi kita tetapi sebagai kita dan untuk kita.
Kristus tidak mati demi menyelamatkan kita daripada hukuman atas dosa-dosa kita, tetapi demi menyelamatkan kita daripada dosa itu sendiri.
Kristus tidak mati supaya kita tidak mati tetapi demi menyelamatkan kita daripada kematian yang kita memang sudah terlibat dalamnya.
Penebusan bukan penyebab bagi kasih Allah kepada umat manusia, yang mencetuskan kasih itu tetapi adalah hasil yang mengalir keluar daripada kasih-Nya.
Si pendosa tidak tertebus atas sebab dia bertaubat, tetapi dia diseru untuk bertaubat sebab dia sudah pun ditebus.
Hasil muktamad rencana penebusan bukan kejayaan yang separa tetapi satu kemenangan yang sempurna, mutlak dan universal yakni bersifat ejagat!
Dalam hal ini teologi yang popular adalah bertentangan dengan kebenaran. Biarpun sesetengah daripada ralat itu tidak disenaraikan secara formal, bahasanya menuju kepada ralat-ralat itu serta mengesahkannya. Ralat-ralat ini bukannya kecil dan tidak penting, dan hanya berbeza sedikit daripada kebenaran – tetapi ralat-ralat itu adalah lawan bagi kebenaran! Semua ralat itu membuahkan kecelaruan (Babel).
Ayuhlah kita berasa girang bahawa Allah kita mengotakan segala kata serta janji-Nya, dan bahawa segala kurnia serta peruntukan-Nya adalah lebih hebat dan lebih besar daripada apa yang kita perlukan!