Kedaulatan Allah lawan Kehendak Bebas Manusia
Diterjemahkan oleh Gidon Lajalu daripada karya asal bertajuk “God’s Sovereignty versus Man’s Freewill” oleh Mary Kroeger
Sebagai warga Kristian kita seronok untuk mencanangkan fasal kedaulatan Allah, namun kemudiannya, secara bawah sedar, kita menafikan pula hakikat itu.
Pernahkah anda terfikir kedaulatan Allah itu terdiri daripada apa? Ia terdiri daripada kemampuannya menepati segala janji-janji-Nya serta keupayaan-Nya untuk melakukan apa sahaja. kehendak-Nya. Seandainya syaitan atau umat manusia atau mana-mana makhluk lain atau apa-apa kuasa lain sekalipun yang berdaya menghalang Allah daripada menunaikan janji-janji-nya atau menghalang-Nya daripada menyempurnakan segala kehendak-Nya, itu bererti bahawa Allah sudah tidak berdaulat dan berkuasa lagi.
Ada kalangan bukan penganut yang sering mengemukakan soalan yang bodoh, “Jika Allah itu amat berdaulat lagi berkuasa, mampukan Dia mencipta sebuah batu yang sebegitu besar hinggakan Allah sendiri tidak terdaya mengangkat batu itu?” Umat yang mengenali Allah mereka memang tahu betapa Allah tidak melibatkan diri-Nya dalam kebodohan seperti itu. Dia hanya melakukan apa yang benar dan betul sahaja!
Maka, ayuhlah kita lihat beberapa perkara yang Allah telah serlahkan berkaitan dengan kehendak-Nya bagi umat manusia.
Sebelum Allah membentuk Adam daripada debu tanah, Dia berfirman, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita.” Allah itu roh jadi tentunya gambar-Nya ialah suatu gambaran spiritual atau rohaniah. Adam bukan imej atau gambaran rohaniah Allah; dia cuma imej daripada tanah yang menurut gambar Allah sebab dia dibentuk daripada debu tanah. Penunaian “manusia menurut gambar dan rupa Kita” itu disempurnakan dalam Yesus Kristus!
Adakah Allah berfirman bahawa dalam proses membuat imej itu akan berlaku banyak kegagalan dan segala kegagalan itu akan dijadikan sekerap dan dibuang hidup-hidup ke dalam apai yang abadi di mana sekerap-sekerap itu akan terbakar buat selama-lamanyar? Patutkah Allah memberi amaran kepada Adam dan memaklumkan kepadanya bahawa akibat keingkarannya itu ialah kewujudan yang abadi dalam api neraka? Jika sepatutnya begitu, perlukah Allah menjelaskan hal itu kepada Adam? Memang Allah ada memberi amaran sedemikian kepada Adam dan memberitahunya bahawa keingkarannya (Adam) pasti membawa akibat iaitu kematian.
Apakah ada kegagalan pada Allah?? Jika Dia ada mengalami kegagalan ertinya Dia bukan Allah yang berdaulat! Seandainya sayitan berdaya menghalang Allah daripada mengotakan semua janji-janji-Nya dan daripada melakukan kehendak-nya, itu bererti bahawa sayaitan lebih kuat daripada Allah. Kita amat sedih mengenangkan betapa begitu ramai umat manusia yang terfikir bahawa syaitan memang lebih kuat atau lebih berkuasa daripada Allah!
Allah berfirman kepada Adam, “jika kamu makan buah daripada pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat, pastilah engkau mati.” DIA tidak memfirmankan bahawa Adam akan dihumban ke dalam api abadi sekiranya dia mengingkari Allah. Pasti Allah berkata sedemikian jika demikianlah yang akan terjadi sekiranya Adam ingkar. Allah berfirman bahawa Adam akan mati jika dia makan buah terlarang itu. Memang hal itu berlaku sebagaimana Allah firmankan insiden itu akan berlaku! Pada hari dia memakan buah itu, matilah Adam secara spiritual walaupun secara fizikal atau lahiriah, Adam hidup sejumlah sembilan ratus tiga puluh tahun.
Kematian spiritual Adam terdiri daripada pemisahannya daripada kehidupan Allah. Keadaan “pemisahan daripada kehidupan” itu dipanggil kematian. Semasa Adam masih belum berdosa, terjalin perhubungan yang baik antaranya dengan Allah. Keingkarannya membawa dia ke dalam alam kematian. Namun atas sebab dalam Allah tidak ada kematian, maka perlulah berlaku pemisahan. Allah masih terus mengasihi Adam fan menjaganya, namun begitu, fahaman Adam mengenai Allah berubah hinggakan dia sudah menganggap bahawa Allah itu musuhnya lalu dia menyembunyikan dirinya daripada Allah. Maka lenyaplah kemuliaan Allah yang mengelilinginya sebelum itu, lantas secara tiba-tiba dia menyedari bahawa dirinya sedang dalam keadaan bogel. Lalu dicubanya untuk menutupi aibnya itu dengan hasil usaha tangannya sendiri (iaitu usaha kendiri demi kewajarannya), dan muncullah apa yang bernama agama. Apakah Allah yang gagal? Tidak, sebab ini bukan penghujung kisah ini!
Kita baca di dalam Perjanjian Baru bahawa kematian ialah musuh terakhir yang akan dihapuskan. Soalannya, jiika tiada lagi kematian, bolehkah kematian terus wujud dalam sesuatu bentuk? Dalam segala pelanggaran dan dosa kita masing-masing kita semua memasuki dunia kematian itu maka kematian memang wujud dalam semua umat manusia. Satu-satunya cara untuk kita keluar daripada kematian adalah dengan menerima kehidupan Kristus. Kebangkitan seseorang daripada kematian ke dalam kehidupan dipanggil kebangkitan semula. Yesus ialah kebangkitan semula dan kehidupan! Kelahiran baru kita menerusi Roh Kudus Allah membawa kita ke dalam kehidupan dan kebangkitan semula. Lantaran kematian wujud dalam kalangan umat yang bukan penganut (“keinginan daging” atau fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa adalah kematian – Roma. 8:6), mungkinkah masih ada para bukan penganut di dalam lautan api (alam maut dihumbankan ke dalam lautan api) atau di dalam alam semesta apabila kematian dihapuskan, dan kematian tidak lagi wujud?
Dengan perkataan lain, bolehkah kematian (iaitu minda duniawi), masih wujud di mana-mana tempat dalam alam ini, di bawah bumi atau di dalam syurga, walhal Allah memfirmankan bahawa kesemuanya akan dimusnahkan? Bolehkah lautan api (Api spiritual Allah yang menghanguskan semua) menghapuskan semua hawa nafsu kalangan bukan penganut?
Al-Kitab mengisytiharkan bahawa Yesus wafat demi segala dosa umat seluruh dunia! Adakah kuasa Allah cukup hebat untuk memenuhi kehendak-Nya untuk menghasilkan taubat dalam setiap umat dan menyelamatkan setiap umat? Mampukah Kristus menanggung segala perkara atas diri-Nya sendiri dan seterusnya menyampaikannya kepada Bapa Syurgawi sebagaimana yang kita baca dalam 1 Kor. 15? Apakah Dia mampu melakukan apa yang Dia isytiharkan akan dilakukan-nya? Atau adakah keingkaran Adam jauh lebih hebat dan besar daripada ketaatan Kristus? Dalam Kitab Roma bab 5, kita baca bahawa ketaatan Kristus sememangnya jauh lebih hebat!
Namun begitu pihak gereja yang teratur mengajar bahawa keingkaran Adam itu lebih hebat, dan hanya tidak berapa ramai umat manusia akan diselamatkan dan “masuk syurga selepas kematian mereka.”
Jawapan apakah yang diberikan oleh pihak gereja yang teratur? Kata mereka bahawa Allah memang cukup kuat, walau bagaimanapun Dia telah memberikan ‘ikhtiari’ yakni kehendak bebas kepada manusia, dan atas sebab Dia memang ‘gentleman’ yang beradab tertib, Dia tidak akan menolak kehendak bebas manusia. Maka kehendak bebas insaniah akan menolak kedaulatan Allah serta menghalang-Nya daripada menyelamatkan setiap umat! Ini meletakkan kehendak bebas insaniah sebegitu tinggi hinggakan ia mampu menghalang kemampuan Allah untuk menjalankan kehendak-Nya. Jika keadaan sebenar memang begitu ertinya Allah tidak lagi berdaulat.
Adakah pada fikiran anda Allah sebegitu tolol hingga dia berikan umat manusia kuasa yang berdaya menghalang kuasa-Nya? Tidak masuk akal! Kita ada Allah yang maha bijaksana! Maka kita bertanya, “Adakah Allah memberikan kehendak bebas kepada manusia?” Adakah mana-mana ayat Al-Kitab yang menyokong serta mengesahkan hal ini? Memang kita baca iaitu warga Israel dikehendaki mempersembahkan persembahan sukarela (Imamat 22:18), tetapi tiada langsung tersebut bahawa Adam dikurniakan kehendak bebas.
Apakah yang terkandung atau tersirat dalam ungkapan kehendak bebas? Kehendak bebas ialah suatu kehendak yang tidak boleh dipengaruhi. Ia be as untuk melakukan apa sahaja yang mahu dilakukannya. Tiada apa pun yang mampu mempengaruhinya untuk membuat kejahatan atau membuat kebaikan. Dalam Rom. 7 Paul mengisytiharkan bahawa dia tidak boleh melakukan apa yang mahu dilakukannya. Kita tahu benar betapa ‘ibu-bapa’ pertama kita iaitu Adam dan Hawa, telah dipengaruhi oleh si ular durjana ketika mereka masih menghuni taman syurgawi itu. Mereka tidak dikurniai kehendak bebas, maka bagaimana boleh kita memikirkan bahawa kita sepatutnya dikurniai kehendak bebas?
Kita mengiktiraf bahawa kita memang memiliki suatu kehendak – kemahuan sendiri yang begitu kuat yang (membuat kita) mahu melakukan segala-galanya menurut kemahuan kita sendiri! Namun ia tidak bebas. Ia tunduk pada pelbagai tarikan yang berjanji akan memuaskan segala nafsu syahwat atau ‘nafsu daging’, nafsu mata dan kebongkakan kehidupan! Syarikat-syarikat perniagaan memang menyedari hal ini lantas mereka bersedia untuk membelanjakan banyak wang serta tenaga mereka dalam bidang pengiklanan – demi mempengaruhi nafsu kita dan memujuk kita untuk mendapatkan benda/barang yang mereka peragakan.
Adakah Allah mempengaruhi kita?
Apabila Kristus menjelmakan diri-Nya kepada Saul (Paulus) yang dalam perjalanan ke Damsyik, adakah Paulus dipengaruhi oleh Kristus? Tentu saja, sebab dia menjadi seorang lelaki yang telah banyak berubah! Bagaimana pula dengan anda dan saya? Bukankah kita telah diubah apabila kasih kurnua Allah menjelma kepada kita lalu kita menjadi kejadian baru dalam Kristus? Kita bukannya diselamatkan melalui usaha kita sendiri, sebab jika demikianlah keadaannya, tentu kita ada sesuatu yang boleh kita megah-megahkan! Kita diselamatkan oleh kasih kurnia Allah! Hanya melalui inisiatif Allah maka kita dapat menerima kasih kurnia-Nya! Sila baca Kitab Efesus bab 2 dan renungkan isinya lantas izinkan kebenaran itu merahmati anda!
Allah yang mengambil inisiatif untuk membawa kita dekat kepada-Nya melalui Kristus! Di dalam Yohanes 6:44 Yesus berfirman, “Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada-Ku, jikalau ia tidak ditarik oleh Bapa…” Yohanes. 6:65 memfirmankan,”… tiada seorang pun dapat datang kepada-Ku kecuali dengan keredaan Allah.” Kita boleh mempercayai sepenuhnya iaitu Roh Kudus akan memimpin dan memandu kita ke dalam ketaatan iman dalam Kristus!
Satu kesilapan akan menjerumuskan kita kepada lebih banyak lagi kesilapan. Sikap yang yakin bahawa atas sebab kita memiliki kehendak bebas, kita mempu membuat keputusan yang tepat untuk mengikut (kepimpinan) Yesus tanpa daya uasaha daripada Roh Kudus, akan membawa kita kepada sikap suka menganggap diri sendiri yang betul, yang menjuruskan fahaman yang salah mengenai siapakah sebenarnya Juruselamat kita yang begitu mengagumkan iaitu Allah. Sebaliknya, kita suka mengatakan bahawa Allah mengasihi kita tanpa bersyarat, dan sebalik itu pula, kita berkata bahawa seandainya kita tidak percaya kepada-Nya, apabila kita menarik nafas kita yang terakhir, cinta kasih-Nya akan menjadi ‘bersyarat’. Cinta kasih-Nya berubah menjadi amarah, dan Dia menjadi ‘raksasa’ yang perlu menghukum serta menyeksa para umat yang kafir yakni tidak mempercayai-Nya. Dengan berpegang pada hakikat bahawa Allah sekali-kali tidak berubah-ubah, datangnya pemikiran sedemikian bukanlah daripada Allah. Itu memang pembohongan yang datang terus daripada mulut si syaitan durjana!
Perlu kita ingat bahawa segala pendisiplinan Allah senantiasa bersifat ‘penebusan untuk menyelamatkan’! Kita telah menerima pesanan fasal seksaan dalam neraka yang abadi atas sebab penterjemahan yang banyak ralatnya, dan juga kerana umat suka menginterpretasikan isi Al-Kitab menurut minda duniawi mereka – dan sememangnya minda semula jadi kita TIDAK MAMPU menerima apa-apa pun daripada Roh Allah! (1 Kor. 2:14). Perlu sekali pertumbuhan kita adalah berpandukan pengetahuan yang berunsurkan pendedahan mengenai Allah dan Juruselamat kita, Kristus Yesus! Apabila kita mula mengizinkan Roh Kudus untuk mengajar kita, akan kita mula melihat bagaimana Allah melaksanakan rencana-Nya bagi pewujudan suatu kemanusiaan baru dalam Kristus! Umat manusia yang baru ini memiliki kehidupan Allah – sebuah kehidupan yang lahir daripada benih yang tidak dapat dirosakkan, lantas bukan sahaja tiada unsur kerosakan di dalamnya malah ia tidak mampu untuk menerima apa sahaja bentuk kerosakan sekalipun!
Itu ialah kehidupan yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti yang Allah miliki. Sebenarnya ia dilahirkan daripada intisari cinta kasih-Nya sendiri dan kewajaran-Nya sendiri! Inilah insan baru, si insan korporat yang seperti insan yang merupakan diri Kristus Yesus sendiri! Dialah wajah spiritual Allah, dan kita telah diletakkan di dalam Dia dan Dia adalah di dalam diri kita! Sememangnya Allah maha berdaulat, dan Dia senantiasa mampu untuk melakukan apa yang Dia kata akan dilakukan-Nya!