Rahmat dan Berkat daripada Pelbagai Ujian (Yakobus 1)

Oleh Mary Kroeger (terjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Lazarus Gideon)

Surat ini ditulis oleh Yakobus, saudara tiri Yesus Kristus. Dia memang mengambil berat terhadap dua belas suku Israil yang tersebar ke luar negara asal mereka akibat penindasan yang mereka deritai kerana mereka beriman dalam Kristus. Segala ujian yang mndatang akibat penganiayaan, penderitaan, ketidakadilan, dll., mudah dikenalpasti namun sukar diatasi.

Semua ujian memerlukan keyakinan dan penyerahan diri kepada kehendak Allah supaya mereka kelak dapat melangkah dalam kemenangan setelah berjaya mengatasi segala ujian yang dihadapi itu.

Di samping ujian-ujian yang agak mudah dikenalpasti, ada satu lagi ujian yang tidak sebegitu mudah untuk dikenalpasti iaitu ujian yang datang bersama-sama dengan keberkatan.

Keberkatan akan membicarakan fasal keselesaan dan kegembiraan, fasal ketenteraman serta penunaian atau pencapaian segala keinginan kita. Ujian dan cubaan di tengah-tengah pelbagai rahmat yang tersebut itu muncul secara licik dalam pemikiran kita mengenai kehidupan.

Maka, biarpun tumpuan kita sepatutnya berfokus pada Kristus serta kebergantungan kita secara berterus-terusan kepada-Nya, kita tergoda untuk memuji diri sendiri sebagai punca bagi segala berkat itu. Minda semula jadi kita yang berorientasi duniawi dan penuh nafsu sememangnya sentiasa mahu menyesatkan kita.

Ia mahu agar fokus kita adalah pada diri sendiri. Mungkin Allah memberkati kita sebab kita sentiasa menjalankan segala hukum dan perintah-nya, lazim ke gereja, setia membaca Al-Kitab, berdoa panjang-panjang, menyokong kerja-kerja misi, dan mengerjakan segala kerja-kerja baik sedrmikian. Set minda yang begitu memang merompak kemuliaan yang semestinya milik Allah dan datang daripada Allah.

Sepatutnya kita mengiktiraf kasih kurnia Allah, tetapi sebaliknya dengan menipu diri sendiri kita terfikir betapa kita sendiri boleh menghasilkan sedikit kewajaran dengan kekuatan kita sendiri. Inilah ruang atau bidang yang kita harus begitu berwaspada dan berjaga-jaga. Segala keberkatan (daripada) Allah memang sumbernya ialah Allah dan bukan diri kita sendiri!

Yakobus bukan memperkatakan fasal ujian jenis ini, tetapi fasal ujian luaran atau ke arah luar yang menjejaskan kesejahteraan jasmani kita, reputasi kita, ketakutan kita terhadap rasa sakit, kelaparan dan kematian, dan hal-hal yang sedemikian.

Dalam suatu wawancara fasal pelbagai masalah kehidupan ini, Rick Warren berkata, “Kehidupan sememangnya satu siri masalah: Sama ada anda kini menghadapi satu masalah, atau sedang dalam proses untuk keluar daripada kancahnya, atau sedang bersedia untuk mengalami satu lagi masalah.

Punca bagi keadaan ini ialah hakikat bahawa Allah lebih berminat fasal watak anda daripada keselesaan anda.

Allah lebih berminat menguduskan kehidupan anda daripada membahagiakan kehidupan anda.

Kita boleh berbahagia secara berpatutan di bumi ini, tetapi itu bukanlah matlamat kehidupan. Matlamatnya ialah untuk bertumbuh dari segi perwatakan kita menurut dan menyerupai watak Kristus.” Demi pertumbuhan kerohanian kita, perlulah kita menghadapi pelbagai ujian serta masalah!

Yakobus mengiktiraf betapa lazimnya ‘tawar hati, beriring-iringan dengan cubaan hidup yang berat-berat. Jadi, ayuh kita lihat bagaimana dia (Yakobus) memberi galakan kepada kalangan umat yang sedang disakiti oleh pelbagai ujian!

Dengan mengambil kira peri pentingnya memberi galakan, Yakobus menulis, ” Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan, kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap imanmu menghasilkan ketabahan. Pastikan bahawa ketabahanmu itu berterusan, sehingga kamu menjadi sempurna tanpa sebarang kekurangan pun.” (Yakobus 1:2-4)

Kita kaget yakni terkejut sebab bukan sahaja Yakobus tidak memberikan simpatinya kepada kalangan umat yang ‘sedang rasa sakit’ itu bahkan Yakobus menyuruh mereka untuk menganggap kepayahan yang dihadapi oleh mereka itu sebagai satu keseronokan.

Dalam kita menanggung penderitaan dan penganiayaan sedemikian, bahagian diri kita yang duniawi meyakinkan kita bahawa memang kita ada sebab untuk berasa pilu menerima nasib malang sedemikian. Tetapi, rasional berupa “kasihan diriku ini” BUKAN untuk warga Kristian. Bahagian Duniawi kita senantiasa menentang bahagian Roh kita sebab yang duniawi TIDAK MAMPU memahami realiti yang spiritual. (1 Kor. 2:14) maka tidak hairanlah betapa bahagian Roh kita menentang minda kita yang bersifat duniawi!

Kedua-duanya (yakni yang rohani dan yang duniawi) mustahil boleh bercampur! Yang dilahirkan daripada daging tetap daging, dan yang dilahirkan daripada Roh tetap roh Adalah begitu penting sekali bagi fikiran kita untuk bersumberkan minda dan fikiran Kristus!

Yakobus tidak berkata bahawa ujian merupakan pengalaman yang menyeronokkan, namun kita perlu menganggap bahawa ujian itu suatu kegembiraan!

Mengapa? Sebab segala ujian dan kesukaran itu perlu untuk membenihkan kebaikan ala-Kristus dalam diri kita. Misalnya operasi iaitu pembedahan, bukan perkara yang menyeronokkan, tetapi kita suka untuk menahan rasa sakit – lazimnya kita dibius dan tidak merasa sakitnya – dengan gembira kita rela menahan rasa sakit itu sebab ia akan menghasilkan suatu rasa kebersatuan.

Dalam kembara spiritual kita, pelbagai cubaan, dugaan dan kesukaran memang perlu demi mentransformasikan kita ke dalam arca Kristus! Transformasi ini begitu jauh melewati semua kemampuan pemahaman insaniah, dan untuk menyertainya, kita perlukan situasi-situasi yang tidak mampu diselesaikan oleh minda yakni pemikiran duniawi.

Untuk dapat berjaya mengembara menerusi pelbagai kesukaran itu, satu-satunya pilihan kita adalah untuk menaruh kepercayaan seratus peratus kepada Allah!

Tanpa iman, kita akan jatuh ke dalam kancah kemurungan dengan pasangannya iaitu putus asa. Atas sebab satu-satunya cara pembebasan kita adalah menerusi iman, maka kita tertekan untuk berjalan dalam kepatuhan pada iman! Apabila sumber segala fikiran kita adalah minda Kristus, pastinya perubahan akan terjadi dalam diri kita.

Di tengah-tengah ujian sedemikian, kita perlu melihat pada matlamat Allah bagi kita, dan peranan yang dimainkan oleh segala matlamat itu dalam perjalanan kita menuju matlamat itul! Pelbagai penderitaan dan ujian itu perlu demi menghasilkan ketaatan terhadap faktor iman. DIA mahu agar para warga Kristian melihat nilai yang ada pada penderitaan dan cubaan!

Ramai warga Kristian tidak tahu bahawa minda Kristus memang termasuk dalam kejadian baru kita iaitu diri kita dalam Kristus. Di dalam 1 Korintus 2:16, Paulus menulis bahawa kita mempunyai minda Kristus. Apabila saya terbaca itu, pada hemat saya Allah telah terlepas perhatian pada diri saya. Tetapi setelah saya membaca firman itu berulang-ulang kali, saya merumuskan betapa kesilapan bukan sifat Allah dan Dia memang senantiasa betul, bukankah begitu?

Namun buktinya tidak kelihatan pada saya! Keinginan melihat bukti nyata bukanlah ‘kehidupan dalam iman’. Minda insaniah kita tidak mahu kita mengetahui perkara-perkara yang hakiki, lantas ia menjeritkan dengan lantang: “Tidak adil, tidak adil,” serta juga kata-kata lain yang berunsur kebencian dan berdendam.

Namun begitu pemikaran baru kita dalam Kristus tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh minda. Minda-Nya mengingatkan kita betapa memang menjadi hakikat bahawa cubaan serta ujian memang amat perlu agar kita dapat berubah menjadi arca Kristus! Kristus itu cinta kasih, dan Dia senantiasa mengasihi dan mengampuni kita!

Tanpa latihan dan pengalaman dalam hal mengatasi ujian yang kecil-kecil dalam kehidupan dalam iman kita, mustahil kita menjadi pemenang apabila perjalanan kita menjadi begitu sukar. Kita akan kekurangan daya tahan untuk menjadi umat yang lengkap serta sempurna!

Malahan Kristus sendiri perlu mempelajari unsur-unsur kepatuhan menerusi pelbagai penyiksaan yang terpaksa dilalui dan dideritai oleh-Nya!

Sepanjang tempoh pelayanan-Nya, Dia terpaksa menahan apabila mengalami penolakan daripada para umat-Nya! Selama tempoh 30 tahun semasa Dia masih di bawah (kuasa) undang-undang, Dia menjalani kehidupan yang normal. Dai tidak melakukan apa-apa mukjizat dan Dia tidak ditolak oleh para umat. Tetapi setelah dia bertaubat daripada berada di bawah perintah hukum selepas Dia diimadkan yakni dibaptiskan oleh Yohanes, bermulahlah penolakan terhadap-Nya.

Selepas diimadkan yakni dibaptiskan, turunlah Roh Allah seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian, pada Hari Pentakosta, Roh Kudus mendatangi para pengikut-Nya dalam bentuk seperti lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api. Mengapa ada perbezaan sedemikian? Sebabnya ialah Kristus tidak memerlukan api yang menghanguskan daripada Allah untuk menghanguskan sebarang sifat duniawi, atas sebab Dia tidak pernah berdosa.

Selepas pengalaman itu, Dia senantiasa dipimpin oleh Roh Kudus. Itulah detik bermulanya segala kepayahan bagi-Nya, dan kepayahan itu berterusan dan semakin teruk sehingga keadaan itu berakhir dengan kedahsyatan berupa penderitaan, penyiksaan, dan kewafatan-Nya di atas kayu salib!

Dalam sesemua bentuk ujian itu Dia tetap taat kepada kehendak Bapa-nya atas-Nya! Begitu sempurna keyakinan-Nya terhadap kehendak Bapa-Nya bagi diri-Nya! Tumpuan pandangan-Nya adalah atas apa yang kelak dicapai (hasil penyeksaan yang diterima dan dialami-nya itu)!

“Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib.” (Ibrani 12:2) Apakah kebahagiaan itu?

Itu ialah kebahagiaan mengetahui bahawa Dia akan menjadi Juruselamat bagi dunia ini! Dia mengetahui betapa berbaloinya mentaati kehendak Bapa-Nya sebab kehendak Allah senantiasa yang terbaik, dahulu, kini dan selamanya! Kehendak-Nya juga yang terunggul lagi terbaik bagi kita!

Kita juga amat perlu untuk diyakinkan bahawa kehendak Allah adalah yang terbaik dan terunggul bagi kita! Itulah kebijaksanaan!

“Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka..” (ayat 5)

Apakah yang akan meyakinkan kita fasal betapa kita memerlukan kebijaksanaan? Apa bila segala-galanya berjalan dengan baik-baik sahaja, dan kita menepuk-nepuk bahu memberi tahniah kepada diri sendiri, menyimpulkan bahawa itu semua kerana kita begitu baik? Tidak sekali-kali! Tetapi apabila pelbagai ujian dan kesukaran mendatangi kita, dan kita tidak tahu mahu berpaling ke mana dan kepada siapa, barulah kita mengiktiraf bahawa kita memerlukan kebijaksanaan.

Ujian-ujian yang kita lalui juga menguji iman dan keyakinan kita terhadap Allah! Ketika itu, akan terserlah kekuatan serta kelemahan kita, dan akan jelas bagaimanakah kefahaman kita fasal Allah!

Tanpa kebijaksanaan, kita akan terpinga-pinga untuk mengetahui atas sebab dosa apakah atau yang mana satukah yang kita sedang dihukum oleh Allah.

Mungkin kita akan bertanya “Mengapa,”walhal kita sepatutnya percaya betapa Allah senantiasa mahukan yang terbaik bagi kita, dan bahawa Dia ada di dalam kita dan bersama-sama kita untuk memberikan kemenangan kepada kita!

Allah mahu supaya kita penuh yakin mengenai hakikat bahawa DIA ialah kebijaksanaan kita dan bahawa DIA akan menyerlahkan kebijaksanaan-Nya apabila kita memohon hal itu dengan penuh yakin dan dalam iman!

” Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya.” (Ibrani 11:6) Sekiranya kita tiada iman, pasti mustahil kita boleh menjangka akan mendapat jawapan. ” Akan tetapi, apabila dia memohon, dia mesti beriman sepenuhnya. Dia tidak harus ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu itu umpama ombak laut yang terumbang-ambing ditiup angin. Orang seperti itu tidak boleh berharap untuk menerima apa-apa daripada Tuhan; pendiriannya tidak tetap dan dia sentiasa teragak-agak melakukan sesuatu.” (Yakobus 1:6-8)

Di sini kita ada suatu deskripsi fasal seorang yang ragu-ragu yakni tidak yakin, seorang yang ‘dwiminda’ – yang memberi perhatian kepada dua minda – minda duniawi yang tidak percaya, dan minda spiritual Kristus.

Dia mengangguk-angguk “ya” kepada minda Kristus apabila dia membaca Al-kitab atau apabila dia menyertai jemaah gereja, kemudian apabila berhadapan dengan masalah, dia mendengar dan mematuhi minda duniawinya. Gerakan imannya naik-turun dan turun-naik bagaikan ombak yang ditolak oleh angin atau seperti jongkang-jongket, yang berganti-ganti naik ke atas dan turun ke bawah, mempercayai dan menyangsikan.

Akhirnya, dilakukanlah olehnya apa yang diarahkan oleh minda semula jadinya.

Mindanya itu memberikannya pelbagai sebab untuk menyangsikan Allah. Mungkin Allah tidak mahukan yang terbaik baginya atau mungkin Allah mahu menghukumnya atas begitu banyak dosa dan kegagalannya, atau mungkin keadaan semasa itu di luar kemampuan Allah untuk menyelesaikannya, atau mungkin dia tidak layak untuk mendapat perhatian Allah.

Dengan sedemikian banyak mungkin itu ini dan kesangsian terhadap Allah itu, pada hematnya adalah lebih selamat baginya untuk membantu Allah untuk menjawab doa-doanya.

Ya, tentu saja Allah akan menghargai sedikit usaha kendiri olehnya. Tentunya Allah akan menghargai kerjasama sebegitu daripadanya. Insan ini berfikir betapa dia boleh mengeluarkan dekri fasal sesuatu dan itu akan berlaku. Imannya adalah dalam usaha ataudengan lain perkataan, pergelutan sendiri dalam menentang iman yakni keyakinan terhadap hanji-janji Allah! Semua kesangsian memang berakar-umbi dalam daya usaha kendiri!

Tiada kestabilan dalam manusia dwiminda, sebab minda duniawi sentaiasa menentang kebenaran, maka atas sebab itulah ia tiada kearifan!

Insan ini akan menerima dan melakukan apa sahaja yang tampak sesuai untuk dilakukannya pada ketika itu.

Tiada ruang bagi kebijaksanaan di dalam dua minda!

Sifat tolol insaniah memikirkan bahawa Allah memerlukan bantuan kita! Pada satu ketika, Ibrahim juga ada pemikiran sebegitu. Lantas lahirlah Ismael ke dalam kewujudan lalu bergandalah masalah.

Kebodohan itu memupuk keingkaran manakala kebijaksanaan menghasilkan kepatuhan! Kita memerlukan kebijaksanaan Kristus berada dalam diri kita supaya kita yakini bahawa Allah pasti melakukan apa yang telah dikatakan oleh-nya bahawa Dia akan lakukan begitu.

Janji sememangnya lebih hebat daripada jawapannya atas sebab janji itulah yang menghasilkan jawapannya!

Tampak bahawa Allah sentiasa menanti untuk memberi jawapan sehingga kita telah kehabisan seluruh tenaga kita dan kita sama ada yakin bahawa kita memerlukan-Nya atau kita berfikir bahawa Dia sudah terlalu terlambat!

Dalam diri manusia yang ragu-ragu, minda duniawi yang sentiasa keraguan dan minda spiritual Kristus memang berpasangan secara tidak sepadan, lalu manusia sedemikian tidak berjaya menghasilkan buah Roh!

Berpasangan secara tak sepadan bukan hanya berkaitan dengan perkahwinan tetapi juga ada kaitan dengan banyak situasi lain. Untuk menjadi pemenang, perlu berlaku persaingan antara dua minda tersebut, dan itu hanya boleh terjadi melalui “kematian terhadap dosa”.

Sebagaimana Kristus telah mati iaitu “mati kepada dosa” (Rom. 6:10), begitu jugalah dalam Kristus kita juga perlu mati kepada dosa. Kristus mahu agar kita terikat berpasangan dengan Dia, sebab Dia berfirman, “Pikullah kuk yang Kupasang padamu.” Kuk yakni beban-Nya terdiri daripada sikap berupa keyakinan seratus peratus terhadap kemampuan-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya, dan pengetahuan bahawa kehendak-Nya adalah yang terbaik bagi kita dan itu bakal membawa ganjaran yang terbaik kepada kita.

Dengan pengetahuan ini bolehlah kita merangkul yakni menerima keinginan serta kehendak Bapa syurgawi kita dan menjadikan semuanya kehendak kita sendiri!

Berdasarkan hakikat bahawa minda Kristus senantiasa mematuhi kehendak Bapa Syurgawi, kita tahu bahawa minda-Nya yang bekerja dalam diri kita akan memastikan kita tidak tercela, dan sentiasa mengerjakan kehendak Bapa Syurgawi!

Sepanjang masa makanan rohani kita ialah pengajaran Kristus dan kita menjadi matang di dalam-Nya, keadaan “tidak tercela, dan sentiasa mengerjakan kehendak Bapa “ itu akan menjadi semakin ketara bagi diri kita. Minda-Nya akan menghalang kita daripada berbuat dosa, lalu kita juga akan menjadi pemenang sebab kita ‘berpasangan’ dengan Dia!

Seterusnya, Yakobus memberi galakan kepada kalangan yang miskin dalam hal harta-benda duniawi, sebab mereka seriang berasa rendah diri kepada golongan yang kaya.

Sering juga kalangan yang kaya tidak melayani yang miskin dengan hormat. Kalangan saudara-saudara mereka yang ‘berminda kemakmuran’ mungkin memberitahu mereka betapa para warga miskin itu miskin papa kerana ‘kurang iman’. Kalangan miskIn yang menghadapi pelbagai penghinaan serta rasa malu, akan diberi galakan untuk “bermegah dengan kedudukannya yang tinggi ” (Yakobus 1:9) dan biarpun kekurangan dari segi harta-benda, itu tidak menjejaskan kedudukannya dengan Allah!

Juga ada warga kaya yang sering ‘condong’ pada sikap puas dengan diri sendiri. Hendaklah warga kaya ” bermegah dengan kedudukannya yang rendah, kerana dia boleh lenyap laksana bunga rumput, segala kekayaannya akan lenyap. Sewaktu matahari meninggi, sinarnya yang panas menyebabkan bunga itu layu dan gugur lalu musnah keindahannya. Begitulah halnya dengan orang kaya yang akan lenyap ketika mengurus perniagaannya.” (Yakobus 1:10-11)

Perlulah para warga kaya menyedari betapa segala kekayaan mereka sekadar sementara sahaja. Hakikat itu memalukan bagi mereka lantaran mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh bergantung pada harta kekayaan.

Apabila mereka menyedari bahawa perlu sekali kebetgantungan mereka adalah pada Kristus, dalam diri mereka akan terjadi satu perubahan, dan mereka akan bermegah dalam penghinaan (atas) mereka. Itu akan memerdekakan mereka daripada sifat tamak haloba dan daripada rasa berat untuk melepaskan apa-apa daripada kekayaan mereka. Akan muncul kemurahan hati dan kedermawanan dalam diri mereka.

Namun begitu, biarpun mereka kaya dan ada amalan baik, mereka juga perlu bergantung sepenuhnya kepada Kristus demi kesalihan dan kekuatan mereka. Apabila mereka sedar betapa harta kekayaan mereka itu bukanlah keselamatan bagi mereka, mereka akan mampu memodalkan apa yang mereka ada dengan menggunakan wang ringgit mereka untuk membantu pihak-pihak lain.

Sebaliknya dengan menyimpan segala-galanya untuk diri sendiri sahaja, mereka akan semakin lenyap dalam kesibukan mereka mengejar segala kebendaan itu. Sekiranya mereka memberikannya dengan membantu orang lain, mereka memang menyimpan khazanah kekayaan di syurga untuk diri mereka iaitu di tempat segala harta-benda itu mempunyai nilai yang berkekalan! ” Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.” (ayat 12)

 

Rahmat ini tidak bergantung atas taraf atau kedudukan sosial kita, atas pekerjaan atau jawatan kita atau atas asal usul bangsa kita. Rahmat ini adalah untuk SEMUA UMAT            yang tahan menghadapi pelbagai dugaan! Ketabahan kita apabila menghadapi pelbagai ujian menyerlahkan kasih kita kepada Allah serta keyakinan kita terhadap-Nya! Itulah bukti bahawa kita yakin dengan segala janji-janji yang telah dibuat-Nya!

 

Mahkota kehidupan itu bukan sebuah mahkota lahiriah yang dipakai di atas kepala. Kristus ialah kepala bagi tubuh-Nya, dan kehidupan-Nya mengalir ke dalam tubuh-Nya. Mahkota kehidupan itu melambangkan kehidupan yang menjadi milik kita dalam Kristus, kepaka yakni ketua kita! Dialah kehidupan kita! Kehidupan-nya tulen sepenuhnya dan tanpa dosa, dan itulah kehidupan yang Dia berikan kepada kita! Kehidupan fizikal kita akan musnah dan berakhir, tetapi dalam kehidupan yang Dia berikan kepada kita tiada apa-apa unsur yang boleh musnah, maka itu adalah untuk selama-lamanya!

 

Ramai warga Kristian yang mempunyai fahaman yang silap fasal siapakah Allah kita ini, lalu mereka menyalahkan-Nya apabila apa-apa sahaja tidak berjalan seperti yang sepatutnya! Sesudah Adam berdosa, bermulalah umat menyalahkan Allah! Adam menyalahkan Allah sebab memberikan seorang isteri buatnya dan dia menyalahkan isterinya atas sebab kegagalannya [kegagalan Adam]. Insan sejagat masih suka sangat menyalahkan pihak lain atas sebab sifat kemanusiaan dirinya sendiri serta pelbagai masalah yang wujud dalam diri umat manusia. Malah ia turut menyalahkan Allah sebab mengikutnya sepatutnya Allah hanya memberikan benda-benda yang menyukacitakan mereka sahaja.

 

Allah berkemampuan melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, jadi wajarkah mereka menetapkan kehendak mereka kepada-Nya, dan menjangka bahawa Dia akan menurut sahaja segala kehendak mereka? Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu, atau apabila keadaan tidak seperti yang sepatutnya (menurut kemahuan mereka), Allah yang dipersalahkan. Apabila mereka tunduk kepada segala nafsu syahwat mereka, tetap Allah juga yang dipersalahkan! Mereka tidak menyedari bahawa Allah telah mengurniakan Kristus kepada kita, dan bahawa Dia (Kristus) ialah jawapan bagi semua yang kita perlukan!

 

Seandainya ada sesiapa yang memikirkan bahawa Allah patut dipersalahkan atas timbulnya masalah-masalahnya sendiri, Yakobus memberitahu kita bahawa Allah bukanlah sumber bagi segala godaan yang kita hadapi. Dia menulis, ” Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata,`Godaan ini datang daripada Allah.’ Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa. Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri. Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian. ” (1:13-15)

 

Ayat-ayat ini memberitahu kita apakah sumber segala godaan dan cubaan yang kita hadapi! Rasul Yohanes mengembangkan lagi penjelasan itu dan menulis bahawa godaan itu ialah keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup – bukanlah daripada Allah Bapa tetapi daripada dunia. (1 Yohanes 2:16) Keadaannya seperti (perempuan yang) mengandung. Sebelum kelahiran bayi boleh berlaku, hendaklah terlebih dahulu berlaku kebersatuan antara ovum dan sperma. Dalam hal dosa, nafsu syahwat perlu bersatu dengan ketidakpercayaan kita terhadap Allah untuk membekalkan sesuatu yang terbaik bagi kita!

 

Untuk mengisi kekosongan itu, berlakulah ‘iman berupa keyakinan dalam daya usaha sendiri’. Sesudah berlaku ‘penghamilan’ itu, kian berkembanglah keghairahan terhadap minda duniawi sehingga itu sedia untuk dilahirkan. Kemudian, apabila dosa itu sudah dilakukan, seterusnya berlakulah kematian itu! Dosa mustahil melahirkan kepatuhan. Minda duniawi kita ialah minda kematian. (Rom. 8:6 “Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan. “) Memang dosa itu sentiasa menentang kehidupan di dalam Roh! Maka ini menunjukkan bahawa segala fikiran kita hendaklah sumbernya dalam minda Kristus!

 

” Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terpedaya..” (Yakobus 1:16) Ya, memang amat mudah untuk tertipu oleh benda-benda yang palsu atau lancung yang tampak bagus, dan minda duniawi memang begitu mahir dalam hal menghasilkan benda-benda sedemikian! Kita memerlukan terang cahaya iaitu Kristus, dan bimbingan Roh Kudus untuk membezakan antara apa yang disebut sebagai “agama” (iaitu usaha untuk menjadi orang yang bersifat salih atu muhsin menerusi karya atau daya usaha kita sendiri) dan agama Kristian (yakni dengan Kristus menjadi kewajaran kita).

 

Cubaan akan membuka pintu kepada godaan untuk mengikut hawa nafsu yang bersifat ‘daging’, atas sebab nafsu kita seolah-olah memperagakan nafsu keinginan itu sebagai cara hidup bahagia yang bebas tanpa kerunsingan. Hanya Kristus, iaitu kebenaran, yang boleh memerdekakan kita daripada dikekang oleh dambaan kita yang bernafsu terhadap kehormatan, martabat, kekayaan dan segala kenikmatan duniawi. Kebenaran menyerlahkan segala yang dusta, mengenal pastinya dan menghakimi nya!

 

Kebenaran ialah satu-satunya benda/perkara yang wujud dan yang paling kuat! Ia menghapuskan pembohongan dan pemalsuan! Sekiranya kita tidak ada yakni tidak tahu apakah yang benar, kita akan menerima dan merangkul apa yang palsu, dan kita kan mendakwa bahawa itu ialah kebenaran bagi diri kita! Ayuh, janganlah kita ditipu oleh keghairahan kita, serta tradisi dan nafsu kita yang berakar-umbi dalam diri sendiri dan bagai serigala yang memakai pakaian biri-biri. Kristus ialah hakikat dan yang nyata lagi hakiki!

 

” Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya. Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.” (1:17-18)

 

Di sini kita melihat suatu hakikat yang mengagumkan! Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya.; ia tidak datang dari bumi. Ia tidak bersumberkan kegelapan nafsu syahwat, tetapi dalam Bapa segala terang! Sekali lagi kta diingatkan mengenai hakikat bahawa sumber segala pemikiran kita memang teramat penting! Sebelum ini saya biasa berfikir bahawa saya yang membuat keputusan untuk mengikut Kristus, tetapi di sini kita diberitahu bahawa itu ialah, ” Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.” Sungguh seronok mengetahui bahawa Allah memang ada tujuan apabila Dia membawa kita keluar daripada kegelapan! Dia mengkehendaki kita menjadi “buah sulung’! Buah sulung yang menyerlahkan bagaimana kelak ‘wajah’ atau rupa buah hasil tuaian nanti. Kristus ialah gambaran tepat sekali untuk mewakili Allah yang tidak dapat dilihat. Dalam kita mempelajari siapakah Kristus, kita belajar untuk mengenal siapakah Allah. Begitu jugalah, kita, iaitu buah sulung-nya, berperanan untuk menunjukkan kepada dunia bagaimanakah sifat Kristus. Dalam masa mereka mencerap diri kita, mereka belajar untuk mengenali! Inilah seruan maha tinggi bagi kita dalam Kristus!

 

“Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah. Orang yang marah tidak dapat melakukan perbuatan yang benar dan diredai Allah. Oleh itu, kikislah segala tabiat buruk dan kelakuan jahat. Kemudian terimalah firman yang disemaikan-Nya ke dalam hatimu dengan rendah hati, kerana firman itu dapat menyelamatkanmu.” (1:19-21)

 

Sentiasa ingat bahawa kita adalah para wakil Kristus serta anggota tubuh-Nya, maka tidak hairanlah jika Yakobus menggesa kita untuk berhati-hati mengeluarkan perkataan kita! Yesus hanya melakukan apa yang ditunjukkan oleh Bapa Syurgawi kepada-Nya supaya Dia lakukan! Maka demikian jugalah hendaklah kita hanya melakukan dan memperkatakan perkara-perkara yang Roh Kudus tunjukkan kepada kita! Yesus sekali-kali tidak menurut perasaan-Nya! Dia senantiasa patuh mendengar Bapa-Nya! Apabila telinga kita terlatih untuk mendengar suara Roh, kata-kata hikmat-Nya serta kasih-Nya akan tercurah keluar daripada mulut-mulut kita semua!

 

” Namun, jangan tipu dirimu dengan hanya mendengar firman; lakukanlah firman itu. Seseorang yang mendengar firman tetapi tidak melakukannya adalah ibarat orang yang berdiri di hadapan cermin, meneliti dirinya, kemudian pergi dari situ dan terus lupa akan rupanya.” (1: 22-24)

 

Di sini tampak seorang lelaki yang melihat ke dalam cermin. Mengapa? Tentunya untuk melihat dirinya sendiri! Dia mahu memastikan yang dia kelihatan dalam wajah terbaiknya pada orang lain.

 

Sedarkah anda bahawa anda melihat diri anda secara kebalikan atau songsang (atau “inversi dalam bahasa Indinesia) apabila anda melihat ke dalam cermin? Tangan kanan berada di sebelah kiri dan begitulah juga sebaliknya. Sangka kita kita melihat diri kita seadanya, tetapi sebenarnya tidak begitu. Daripada aspek spiritualnya, cermin orang ini ialah hukum-hukum atau undang-undang, iaitu perundangan berupa rukun-rukun.

 

Lelaki ini mahu melihat betapa dia menepati ukuran atau tidak. Jika berbanding orang lain, pada hematnya dia tampak agak bagus, tetapi pastinya dia tidak nampak dirinya sebagaimana dia seadanya.

 

Dia lihat beberapa cacat-cela, tetapi secara keseluruhannya, diri luarannya yang tampak kepada orang lain kelihatan agak bagus. Dia mematuhi hukum hari Sabat, membayar zakat, membaca doa yang panjang-panjang, menjadi ahli jawatankuasa, dan dari segi spritual, tanggapan orang terhadapnya baik-baik sahaja!

 

Dia menyenangi diri sendirinya. Dengan semakin berkembangnya rasa senang tentang diri sendiri itu, dia melupai fasal cacat celanya.. Rasa puas hatinya menolak keperluannya terhadap keindahan dalaman dirinya. Seolah-olah dia jahil mengenai hakikat bahawa “menilai diri sendiri dan membandingkan diri sama sendiri, mereka tidaklah bertindak dengan bijaksana!” (2 Kor.10:12)

 

Rukun-rukun yang diketengahkan oleh Musa belum berjaya mengajarnya betapa kewajaran rukun dan undang-undang mustahil akan mampu menepati piawaian kewajaran Allah! Dia belum lagi belajar bahawa menerusi rukun dan undang-undang itulah kita mendapat pengetahuan fasal dosa. Manusia memang melihat daripada aspek luaran walhal Allah melihat jauh ke dalam hati dan jiwa kita!

 

Minda semula jadi mustahil mampu membuahkan kefahaman spiritual. Misalnya, Rasul Petrus telah menerima wahyu daripada Allah apabila, demi menjawab soalan Kristus Petrus berkata, ” Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup..” (Matius16:16) Pada masa itu Roh Kudus belum lagi dituangkan keluar, maka Petrus hanya menerima wahyu itu dalam minda aslinya. Maka wahyu itu tidak mengubahnya ataupun terus mengawalnya pada masa datang dugaanl. Pada pembicaraan Kristus, apabila dia ditanya sama ada dia mengenali Kristus, dia menafikan bahawa dia mengenal-Nya malah juga bersumpah bahawa dia tidak mengenal-Nya. Beberapa lama kemudian, selepas dia dipenuhi dengan Roh, dia menjadi seorang lelaki yang begitu berubah sekali dan dia sanggup serta bersedia untuk mati demi-Nya!

 

Kecuali kita mendengar firman Kristus secara spiritual, kita jua kana sekadar menjadi para pendengar perkataan Al-Kitab dan kita akan berpuas hati dengan memiliki reputasi yang baik dan dengan karya-karya yang bersumberkan dayausaha sendiri, dan yang sekadar berusaha untuk menyempurnakan Rukun-rukunMusa.

 

Dalam ayat seterusnya kita melihat seorang lelaki yang begitu berbeza. ” Namun, orang yang meneliti hukum yang sempurna, iaitu hukum yang dapat membebaskan manusia, dan melakukannya, akan diberkati dalam segala tindakannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya. ” (1:25)

 

Ayat ini memperihalkan seorang lelaki yang tidak melihatnya menurut ukuran Rukun-rukun Musa. Sebaliknya dia melihat kepada undang-undang kebebasan yang begitu sempurna. Undang-undang ini tidak seperti rukun-rukun Musa, iaitu undang-undang pengutukan. Kebebasan ialah undang-undang roh kehidupan dalam Yesus Kristus! Undang-undang ini membebaskan kita daripada kekangan undangan dalam hal dosa dan kematian serta daripada kita diperhambakan oleh dosa! Ia juga membebaskan kita daripada pergantungan pada prestasi sendiri, dan membawa kita ke dalam keadaan beriman dalam apa yang Kristus telah laksanakan untuk kita! Kini Dialah kewajaran kita, penyucian kita, penebusan kita dan kebijaksanaan kita! Apalagi yang boleh kita pohon (daripada-Nya)!!!

 

“Jika seseorang menganggap dirinya taat beribadat tetapi tidak mengekang lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu diri sendiri.. (ayat 26)

 

Ada begitu banyak agama di dunia ini! Ada satu perbezaan yang begitu besar antara berada dalam sesebuah agama (sebagai seorang penganut) dengan berada dalam Kristus. Berada dalam atu menganuti suatu agama hanya bererti bahawa kita berpegang pada serta mematuhi segala doktrin organisasi agam itu. Tetapi berada dalam Kristus amat berbeza. Kristus bukan sebuah organisasi; Kristus ada badan dan kita adalah anggota badan-Nya. Ini membawa kita ke dalam sebuah hubungan kehidupan bersama-sama dengan Kristus, yang merupakan kepala badan itu. Kesatuan itu membawa kita ke dalam penjajaran dengan pemikiran-Nya, supaya Dia boleh melaksanakan kerja-Nya menerusi kita! Berada dalam Kristus mengubah diri kita dari dalam. Ini terbukti dalam perkataan yang kita tuturkan dan dalam perkara-perkara yang kita lakukan! Sekiranya hilang atau tiada bukti tersebut, kita cuma berada dalam suatu agama yang tidak bernilai.

 

Dalam ayat berikutnya kita ada ciri-ciri agama yang benar. ” Allah Bapa berfirman bahawa ibadat yang murni dan tulen ialah: menolong anak yatim piatu dan balu yang menanggung kesusahan, serta menjaga diri daripada dicemari kejahatan dunia..” (ayat 27)

 

Perlulah iman kita menyetujui perspektif yakni sudut pandangan Allah dalam hal apakah yang suci dan tidak bernoda. Selagi tumpuan kita adalah pada diri sendiri, selagi itulah kita tidak bebas atau mampu untuk memfokuskan kepada orang lain. Ini membawa kita ke dalam sebuah dilema iaitu keadaan serba salah, sebab kita mendapati yang kita tidak berdaya membebaskan diri kita daripada kekangan dosa terhadap diri kita. Ketidakmampuan kita untuk membebaskan diri sendiri menunjukkan betapa kita begitu memerlukan kasih kurnia dan kebenaran-Nya! Dalam Kristus kita dibebaskan daripada tumpuan atas diri sendiri, pada pencapaian kendiri, kehormatan, kekayaan, tamak haloba dan sifat suka dipuji. Kini kita boleh memberi tumpuan kepada orang lain dan apa-apa keperluan mereka. Yang menjadi prioriti ialah memberi bantuan kepada para janda, balu dan anak-anak yatim! Beginilah agama yang suci dan tidak tercemar yang menjadi milik kita dalam Kristus!