Menyerlahkan Kemuliaan Allah – Bahagian Pertama

Oleh Ernie dan Mary Kroeger
(diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dalam 2 bahagian oleh Lazarus Gideon daripada karya asal yang bertajuk “The Glory of God Revealed”)

TUHAN mahu kita melihat Kemuliaan-Nya! Telah diciptakan-Nya sebuah alam semesta yang berkembang dengan amat mengagumkan serta dengan keindahannya yang cukup menakjubkan demi mengisytiharkan Kemuliaan-Nya dan sifat-Nya yang Maha Berkuasa! Dia telah mengurniakan kepada kita Yesus Kristus untukmenyerlahkan diri-Nya sendiri kepada kita. Dia tidak menarik Diri-Nya, menyelubungi Diri-Nya dan menyembunyikan diri-Nya sendiri. Dia membawa sebuah wahyu mengenai Kemuliaan-Nya kepada seluruh penciptaan-Nya, dan Dia akan kelihatan di seluruh bumi ini. Inilah keindahan pesanan Al-Kitab!

Apakah kemuliaan Allah itu? Agak sukar untuk memerihalkan Kemuliaan-Nya. Musa pernah meminta Allah untuk menunjukkan Kemuliaan-Nya, dan Allah berfirman bahawa KEMULIAAN-Nya ialah KEBAIKAN-NYA. (LIHAT Kel. 33:17-19) Menurut Kamus ekspositori Vine, “Dalam Bahasa Yunani kata “glory” (sebagai kata nama) berasal daripada “doxa”, yang pada asasnya menunjukkan suatu pendapat, anggaran atau penilaian, yakni penghormatan berpunca daripada pendapat yang baik. Kadangkala kata itu diterjemahkan sebagai kehormatan, pujian, penyembahan. Kata itu menunjukkan kesempurnaan perwatakan Allah yang dimanifestasikan – keindahan dan kehebatan-Nya, terang-Nya, keindahan-Nya yang mengagumkan, kecemerlangan-Nya, maruah dan martabat-Nya,kasih kurnia-Nya dan keagungan-Nya. Itu ialah keadaan yang paling gemilang dan yang ditinggikan. Itu ialah penyerlahan serta manifestasi kesemua sifat wujud-Nya. Nota: Kata “doxa” adalah daripada kata “dokeo” yang bererti `untuk memikirkan’.” (Kamus Ekspositori Vine)

Al-Kitab mengisytiharkan bahawa bumi ini dipenuhi oleh kemuliaan Allah. “Bumi penuh kemuliaan-Nya!”.” (Yesaya 6:3) Saat ini kita tidak mnyedarinya tetapi ia bakal dimanifestasikan di seluruh bumi ini. “Hanya, demi Aku yang hidup dan kemuliaan TUHAN memenuhi seluruh bumi.” (Bilangan 14:21) “Dan terpujilah kiranya nama-Nya yang mulia selama-lamanya, dan kiranya kemuliaan-Nya memenuhi seluruh bumi. Amin, ya amin..” (Maz. 72:19) “Sebab bumi akan penuh dengan pengetahuan tentang kemuliaan TUHAN, seperti air yang menutupi dasar laut.” (Habakkuk. 2:14)

Di sini kita betapa umat manusia memerlukan cahaya atau pencerahan, sebab umat tidak memahami kemuliaan Allah. Minda insaniah tidak mengerti cara-cara Allah. Mata manusia belum lagi terbuka untuk melihat kemuliaan itu, maka kekallah manusia dalam kegelapan serta kejahilan mengenai Allah yang sebenarnya. Penyerlahan dalam hal Allah dan Kemuliaan-Nya hanya datang kepada kalangan umat yang matanya telah dibukakan untuk melihat segala realiti spiritual!

Lantaran umat manusia tidak mampu memahami Allah, Dia perlu menunjukkan diri-Nya sendiri kepada kita. Kecuali kita menerima pendedahan-Nya dalam hal diri-Nya itu, gambaran-Nya yang kita ada hanyalah gambaran yang palsu mengenai-Nya. Sekiranya gambaran kita dalam hal-Nya termasuk sesuatu yang lain daripada bagaimana Dia mengisytiharkan diri-Nya, ertinya ada sesuatu yang, pada asasnya, salah dengan pemikiran kita itu.

Demi mengenalkan diri-Nya kepada kita, dikurniakan-Nya Yesus Kristus kepad kita – iaitu Kristus yang merupakan gambaran yang tepat bagi Allah yang ‘halimunan’ yakni yang tidak dapat dilihat! Dalam Kristus, Dia memanifestasikan kemuliaan Allah dengan suatu cara yang membuat hal itu ketara kepada segala deria kita; yang kita tidak nampak datang kepada kita dalam bentuk yang boleh dilihat! Yesus Kristus adalah penyataan yang terhebat bagi kemuliaan Allah! Dalam Kristus, kita menerima minda-Nya – dan minda-nya ialah kemuliaan Allah! Menerusi umat Allah, minda Kristus akan dimanifestasikan yakni dinyatakan di seluruh bumi ini. Inilah seruan agung yang kita terima dalam Yesus Kristus. Apabila minda-Nya dimanifestasikan dalam diri kita, kemuliaan Allah akan dinyatakan kepada dunia menerusi kehidupan kita dan perkataan kita! Inti pati Allah yang tidak dapat dilihat itu adalah untuk dinyatakan melalui kita (para umat-Nya) kepada seluruh bumi ini!

Pendedahan Kemuliaan-Nya ada dibayangkan di dalam Perjanjian Lama yakni dalam tabernakel yang dibina oleh Musa. Apabila TUHAN mendatangi umat-Nya, Israel, Dia mendiami tempat yang maha kudus. Kemuliaan-Nya dan kehadiran-Nya tidak terdapat di dalam laman luar; Dia memirau yakni melangkau laman luar serta tempat yang kudus, dan terus ke tempat yang maha kudus. Ini melambangkan cara bagaimana Dia datang kepada kita. Apabila Dia datang ke dalam kita (tabernakel-Nya), Dia terus sahaja ke ‘tempat yang maha kudus’ (atau roh) kita, dan mengurniakan kepada kita kehidupan-Nya dan minda-Nya. Sebelum itu berlaku, kita sekadar seperti sebuah tabernakel yang tidak ada hadirat TUHAN. Kita yang tanpa kehidupan dan tanpa kehidupan sebegitu, cuma segala yang tidak teratur, bersepahan serta busuk!

Tabernakel Musa itu ada kemuliaan selagi hadirat TUHAN mendiami tempat yang maha kudus, namun apabila hadirat-Nya sudah tiada lagi di situ, tempat itu sekadar sebuah struktur sahaja. Apabila tabut hadirat-Nya telah dicuri, ia kehilangan kemuliaannya, namun para pendeta meneruskan kerja mempersembahkan korban mereka seperti biasa. Kita tidak tahu bagaimana mereka menguruskan keadaan pada Hari Pendamaian apabila mereka membawa darah korban ke dalam tempat yang maha kudus, dan tidak ada tabut dan tiada tutup pendamaian untuk ditenjiskan darah ke atasnya, dan tiada hadirat dan terang TUHAN. Mungkin ada cara baru yang direka oleh mereka, dan kemudiannya itu menjadi suatu tradisi. Namun begitu, apa-apa pun yang sumbernya bukan dalam TUHAN memang tidak bermakna!

Tujuan Allah dalam hal tabernakel itu adalah supaya Dia boleh bermastautin dalam kalangan para umat-Nya, berbicara kepada mereka, menunjukkan diri-Nya kepada mereka, dan untuk memimpin serta membimbing mereka. Tanpa hadirat-Nya, tabernakel itu gagal memenuhi tujuannya.

Ini menggambarkan hakikat bahawa tanpa hadirat Allah dalam diei kita, kita tidak berdaya untuk memenuhi tujuan atau matlamat Allah untuk kita, sebab kita berkeadaan seperti cangkerang yang kosong. Di mana sepatutnya ada kehidupan, yang ada cuma kematian sahaja. Apabila kita menerima Yesus Kristus, batu besar yang melindungi pintu makam minda duniawi kita akan digolekkan lalu kita akan menerima kehidupan dalam hati kecil (bahagian diri kita yang paling jauh ke dalam) kita. Tanpa hadirat TUHAN tidak ada kemuliaan, sebab hanya kehidupan spiritual yang mengandungi kemuliaan TUHAN. Wilayah TUHAN di dalam diri kita memenuhi ruang paling kudus kita dengan Kemuliaan-Nya!

Amat penting bagi kita untuk memahami rencana Allah bagi kita. Memang Dia telah memperlihatkannya, tetapi dalam diri semula jadinya tidak memahami hal itu sebab dia tidak mampu menerima kenyataan yang berbentuk spiritual. ‘Kehidupan’ Allah di dalam diri kita menjadikan kita para makhluk spiritual dan mengurniakan kepada kita pemahaman spiritual yang wajib ada adar kita dapat menerima pengajaran oleh Roh Kudus. Ini menjelaskan fasal betapa kita perlukan ‘untuk dilahirkan semula’. Kita perlu dibangkitkan keluar daripada kematian minda duniawi kita lantas menerima kehidupan serta minda Kristus.

Hanya ada satu sahaja kehidupan yang sejati, dan itu ialah kehidupan Allah. Kehidupan lama kita telah mati dalam pelbagai pelanggaran serta dosa-dosa, dan roh kita telah mati atas sebab ketidakwajaran kita. Kelahiran baru kita menerusi Roh Kudus memberi kita kehidupan spiritual life, dan kehidupan baru kita memang betul-betul terpisah daripada kehidupan kita yang lama; ia menjadikan kita para makhluk spiritual dan roh kita hidup sebab kita telah menerima kewajaran Yesus Kristus. Atas sebab kita telah dijadikan hidup, bolehlah kita bersilaturrahim dengan Alah. Kita cuma boleh ada kehidupan melalui kesatuan dengan Dia; aapa-apa sahaja yang terpisah daripada Allah memanng berada dalam kematian. Kehidupan ialah jatidiri Allah, dan Dia hanya bermastautin dalam kehidupan. Tempat tinggal kita dalam Dia adalah dalam kehidupan, dan ‘tempat tinggal’-Nya di dalam diri kita itu adalah dalam kehidupan itu.

Kristus Yesus ialah batu penjuru tempat penghunian kita – sebuah bait suci dalam TUHAN. “Di dalam Dia tumbuh seluruh bangunan, rapi tersusun, menjadi bait Allah yang kudus, di dalam Tuhan. Di dalam Dia kamu juga turut dibangunkan menjadi tempat kediaman Allah, di dalam Roh..” (Efe. 2:21-22) Allah itu roh, Firman-Nya ialah roh, tempat kita bermastautin dalam Allah ialah roh, dan kita adalah para makhluk spiritual – bukan makhluk daripada daging. Lantaran kita tidak boleh melihat roh, mungkin agak sukar untuk memahami kesemua ramifikasi yakni kesan yang merumitkan daripada pesanan yang menyeronokkan ini! Berita baiknya ialah hakikat bahawa Allah dan bukan manusia, yang sedang membina bait ini. Ini sebuah bait spiritual, dan kita adalah bongkah binaannya. Allah sedang melekapkan kita para umatnya dan meletakkan kita ke dalam relung di mana kita diperlukan. Untuk membantu kita memahami perkara ini, elok juga jika kita membayangkan fasal pertumbuhan tubuh fizikal. Pemakanan yang baik, senaman serta kasih sayang membina tubuh yang sihat. Pertumbuhan yang sihat melekapkan kesemua sel ke dalam tempat-tempat yang betul. Maka bait ini memerlukan ‘makanan rohani’ (kebenaran), senaman (ketaatan), dan kasih sayang (inti pati atau jatidiri Allah yang merupakan keterikatan kita sebagai umat-nya) untuk bertumbuh dan menjadi matang dalam pemastautinan Allah dalam Roh.

Allah telah merencanakan supaya kita semua boleh berkembang dalam kematangan Kristus, sebab di dalam kitab Kejadian 1:26 Dia berfirman, ” Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita.” Kita tahu betapa Allah ialah roh, maka kita mengetahui bahawa bahawa gambar ini ialah ‘wajah’ spiritual Allah. Atas sebab pada kita, ini tampak seperti mustahil, pencapaian matlamat-Nya memuliakan kebaikan serta kebolehan-Nya. DIA hanya ada satu seruan dan satu sahaja pelan untuk kita. Hanya menerusi ketaatan kita terhadap arahan-Nya dan penyerahan diri kita kepada kesemua urusan-Nya dalam kehidupan kita, boleh kita menjadi selaras dengan gambaran Kristus! Dia telah mengurniakan kepada kita segala-gala yang diperlukan ” sampai kita semua telah mencapai kesatuan iman dan pengetahuan yang benar tentang Anak Allah, kedewasaan penuh, dan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus.” (Efe. 4:13)

Manusia secara keseluruhannya tidak faham pengertian ungkapan “berminda syurgawi”. Sangka manusia itu akan sepenuhnya menghalang kita daripada menjadi baik secara duniawi. Sebenarnya punca ‘tidak menjadi baik secara duniawi’ ialah kita begitu kuat berminda duniawi. Apabila kita sudah betul-betul berminda syurgawi, kita akan hebat dalam hal kebaikan duniawi, sebab pada masa itu kehendak Allah akan terlaksana di bumi sebagaimana di syurga. Ini hanya boleh berlaku apabila kita mematuhi segala arahan Allah! Emua itu adalah untuk masa SEKARANG! Pemikiran iaitu segala arahan serta janji-janji hanya boleh dilaksanakan pada masa hadapan – setelah kita mati dan telah masuk syurga – tidak bersumber daripada TUHAN, jadi tahulah kita di manakah asal-usul pemikiran sedemikian. Allah dalam proses menjadikan kita makhluk syurgawi walaupun kita masih dalam tubuh ‘daging’ kita ini. Inilah pesan sejati Al-Kitab.

Rasul Paulus tahu betapa dia adalah makhluk spiritua, dan betapa tempat tinggalnya yang sebenar ialah dalam TUHAN yakni tubuh yang menjadi penginapannya itu hanyalah tempat bermastautin sementara sahaja. Sungguhpun tubuh duniawinya sedang menjadi reput, diri dalamannya sedang diperbarui setiap hari – dibaharui menjadi arca syurgawinya. ” Sama seperti kita telah memakai rupa dari yang alamiah, demikian pula kita akan memakai rupa dari yang sorgawi..” (1 Kor.15:49) Sewaktu diri luaran manusia sedang nazak, yakni dalam proses untuk mati, ia sedang ditaburkan sebagai benih untuk membawa kita ke dalam kehidupan spiritual. Wajah roh baru yang Tuhan letakkan dalam diri kita itu ialah gambaran warga syurgawi, dan tubuh kita sedang ditebus untuk berfungsi menurut kehendak Allah. Inilah transformasi yang sedang berlaku dalam diri kita pada detik ini..

TUHAN sedang mengajar kita mengenai realiti alam spiritual yakni alam roh, dan menyerlahkan peri sifat sementara, sifat berubah-ubah, kerosakan dan kesia-siaan alam yang bersifat kebendaan. Dalam Roma 8:20, Roh Kudus berfirman bahawa seluruh makhluk telah ditaklukkan kepada kesia-siaan, tetapi akan datang masanya apabila kejadian itu sendiri akan dibebaskan daripada perhambaan dan kerosakannya.

Dalam Kristus kita adalah penciptaan baru; kita tidak lagi daripada penciptaan lama dan alam semula jadi; kita cuma mendiami alam ini buat masa ini. Kita ada Roh Kudus dalam diri kita, dan Dia menghasilan buah-Nya dalam kita. Maka kita boleh lihat imbasan-imbasan realiti alam spiritual realm dalam diri kita sendiri dan dalam umat sesama kita. “Kita juga mengeluh dalam hati kita sambil menantikan pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan tubuh kita.” (Rom. 8:23) Rintihan itu datang daripada TUHAN. Ia hanya menemui penunaian apabila Allah menunaikan rencana-Nya dalam diri kita. Rintihan itu tidak akan berhenti sehinga rencana Allah tertunai sepenuhnya dalam diri kita.

Seluruh kejadian merintih bersama-sama dengan kita. Apabila kita melihat pada dunia ini lalu nampak ketegangan dan When we look at the world dan see the tension dan unrest pergolakan serta kekacauan di dalamnya, mulalah kita memahami erti rintihannya. Semakin kuatlah rintihan itu apabila ia sampai lalu masuk ke dalam saluran peranakan. Dalam usaha dunia ini untuk mencapai kebahagiaan, ia mencari jalan untuk memuaskan dambaan dalamannya, lalu menggenggam benda-benda luaran seperti kecantikan, harta kekayaan, kereta-kereta mewah, rumah-rumah agam yang indah-indah, kedudukan yang terhormat, dll. Tidak lama selepas itu akan tersan kepada mereka kekosongan segala permukaan gaya hidup eksotik itu, maka sedarlah mereka bahawa dambaan mereka tidak terpuaskan. Maka berterus-terusanlah rintahan mereka.

Walau bagaimanapun, rintihan dalam kejafian ini hanya akan menemui penunaian apabila kemuliaan Allah terserlah dalam para anak-Nya. Kita menantikan manifestasi hadirat Allah dalam para anak-Nya. Hanya manifestasi kemuliaan satu-satunya sahaja perkara yanga mampu memuaskan rintihan hati kejadian, atas sebab dambaan untuk menyaksikan kemuliaan Allah ditempatkan di situ oleh TUHAN. Dia mahu Kemuliaan-Nya itu bercahaya-cahaya daripada para anak-Nya – dan itu termasuklah anda dan diri saya! Kita hanya boleh berasa puas apabila kemuliaan hadirat-Nya dimanifestasikan dalam diri kita.