Menyerlahkan Kemuliaan Allah – Bahagian Kedua

Oleh Ernie dan Mary Kroeger
(diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dalam 2 bahagian oleh Lazarus Gideon daripada karya asal yang bertajuk “The Glory of God Revealed”)

Kita menemui beberapa deskripsi di dalam Perjanjian Lama yang membayangkan bagaimana keadaan kemuliaan TUHAN itu. Kita temui satu contoh dalam Keluaran 24 apabila kemuliaan TUHAN turun dari Gunung Sinai. Begitu hebatnya petunjukan guruh, kilat, asap dan api yang ‘menerpa masuk’ ke dalam penglihatan umat! Yakin sekali warga Israel bahawa kemuliaan TUHAN itu sesuatu yang sunnguh mengagumkan. Satu lagi contoh sedemikian berlaku apabila tabernakel itu telah siap. Apabila kemuliaan TUHAN turun, ia memenuhi tabernakel itu; sedangkan Musa sendiri tidak dapat memasuki ke dalamnya. Secara simbolik itu memberitahu kita bahawa undang-undang tidak berdaya memasuki (ke dalam) kemuliaan Allah.

Begitu menakjubkan sekali lagi menggerunkan kemuliaan Allah itu hinggakan tiada satu apa pun yang boleh mengurangkannya apabila ia telah dimanifestasikan. Tidak boleh untuk tidak mengendahkannya, atas sebab ia senantiasa menjadi tumpuan perhatian. Ia hadir dalam Yesus semasa Dia masih di dunia, namun ia hanya dimanifestasikan di atas Gunung Penampakan. Begitu jugalah, Kemuliaan-Nya memang hadir pada masa ini juga namun ia terselindung supaya kita tidak nampak (dengan mata kasar kita). Manifestasi yakni penyataan kemuliaan itu hanya menunggu masa yang sesuai dan tepat sahaja. Di dalam Al-Kitab kita lihat bahawa kemuliaan TUHAN hanya ditunjukkan apabila TUHAN memilih untuk menunjukkannya. Memang selama ini Dia melakukannya sendiri dan Dia akan teruskan melakukannya Sendiri.

Nubuat dalam Yesaya 40:4-5 mem beritahu kita keperluan yang wajib dipenuhi untuk penampakan kemuliaan Allah itu. ” Setiap lembah harus ditutup, dan setiap gunung dan bukit diratakan;
tanah yang berbukit-bukit harus menjadi tanah yang rata, dan tanah yang berlekuk-lekuk menjadi dataran; maka kemuliaan TUHAN akan dinyatakan dan seluruh umat manusia akan melihatnya bersama-sama; sungguh, TUHAN sendiri telah mengatakannya.”

Pada hari itu, kita akan melihat kemuliaan Tuhan; kita akan melihat penunaian perkara-perkara yang sebelumnya kita hanya lihat dengan iman. Iman hanya diperlukan bagi hal-hal yang tidak nampak (pada mata kasar kita). Akan tiba masanya apabila semua lutut akan bertelut, dan setiap lidah mengaku bahawa Yesus Kristus itu TUHAN sebab mereka akan melihat realiti tersebut, dan diyakinkan bahawa Yesus Kristus SEMEMANGNYA TUHAN. Itu akan mambawa kemuliaan kepada Allah Bapa. Apabila Saul dari Tarsus dalam perjalanannya ke Damsyik Damascus, dan Yesus Kristus menjelma kepadanya, cahaya itu telah membutakan mata fizikalnya dan membukakan mata spiritualnya supaya dapat dia melihat Yesus Kristus. Pengalaman itu benar-benar meyakinkannya fasal realiti Kristus hinggakan dia tiada pilihan lain kecuali mempercayai-Nya. Begitu jugalah halnya bagi semua orang apabila Kemuliaan-Nya diserlahkan.

Kita belajar dalam Perjanjian Baru bahawa TUHAN memang ada rencana untuk mewahyukan fasal Kemuliaan-Nya, dan dalam Perjanjian Lama kita lihat bagaimana rencana itu dibayangkan dalam tabernakel Musa. Tabernakel itu ditempatkan betul-betul di tengah-tengah suku-suku umat Israel. Di dalam bahagian terkedalam tabernakel itu ialah sebuah tempat yang dinamakan ruang maha kudus tempat berdiamnya Allah iaitu di antara kerub yang menutupi tutup pendamaian. Di situlah diserlahkan Kemuliaan-Nya. Ini membayangkan tempat bermastautinnya Allah dalam diri kita – bait yang bukan dibuat dengan tangan, tetapi oleh Allah sendiri!

Hari ini Dia sedang menyediakan tempat penghunian-Nya dalam diri kita. Secara kolectif, jemaah gereja, iaitu ‘tubuh Kristus’, ialah tempat penghunian Allah, tetapi secara individu, setiap satu daripadanya adalah tempat penghunian itu, sebab difirmankan bahawa tubuh kita adalah bait Allah. Sebagaimana Dia mendiami bahagian paling dalam di dalam tabernakel Musa, begitu jualah Dia mendiami bahagian kita yang terkedalam sekali – yakni dalam rohani kita! Keindahan rencana Allah itu ialah hakikat bahawa Kemuliaan-Nya akan dilipatgandakan serta dibesarkan, sehingga ia kana dimanifestasikan dalam kalangan seluruh kejadian. Ini akan dilaksanakan menerusi tubuh Kristus. Yesus berfirman, ” Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu.” (Yoh. 17:22) Yesus menyerlahkan kemuliaan TUHAN dengan menjadi perlambangan yang betul-betul tepat bagi Bapa. Firman-Nya, ” Barang siapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa.” (Yoh. 14:9)

Menerusi Kristus,kemuliaan Allah disampaikan kepada kita! Allah tidak boleh dan tidak akan mengongsi Kemuliaan-Nya dengan apa pun yang bukan diri-Nya sendiri. Allah mengisytiharkan dalam Yesaya 42: 8, ” Aku ini TUHAN, itulah nama-Ku; Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada yang lain atau kemasyhuran-Ku kepada patung.” Allah tidak akan mengongsi kemuliaan-Nya dengan umat manusia yang lama, sebab umat manusia itu adalah dalam Adam. DIA hanya akan mengongsikannya dengan kalangan umat yang ada dalam Kristus – iaitu umat manusia yang baru!

Allah sedang membawa ramai lagi para putera kepada kemuliaan! Difirmankan dalam Ibrani 2:10, ” Sebab memang sesuai dengan keadaan Allah yang bagi-Nya dan oleh-Nya segala sesuatu dijadikan, iaitu Allah yang membawa banyak orang kepada kemuliaan, juga menyempurnakan Yesus, yang memimpin mereka kepada keselamatan, dengan penderitaan.” Dan dalam Roma 8:18 Paulus menulis, ” Sebab aku yakin, bahwa penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita.” Tiada apa pun yang setara dengan kemuliaan Allah, dan kita telah dipanggil untuk menyerlahkan Kemuliaan-Nya! Kemuliaan ini menempatkan diri dalam diri kita sebab Kristus ada dalam kita, tetapi buat masa ini ia masih berselubung atau tersorok. Pada detik dan ketika yang betul ia akan diserlahkan kepada kita. Ini ialah Rencana dan tujuan Allah bagi kit! Kita telah dipanggil untuk menyertai dalam kemuliaan Allah dan untuk menjadi para penerima Kemuliaan-Nya! Soalannya ialah, berapa hebatkah keinginan kita supay Kemuliaan-Nya diserlahkan dalam diri kita dan menerusi diri kita? Bersediakak kita untuk tahan menanggung segala penderitaan yang diperlukan untuk perkara itu berlaku yakni menjadi kenyataan? Inilah keinginan TUHAN bagi kita, maka ayuhlah kita berdoa supaya kita sekata dengan keinginan TUHAN itu! Kita adalah tempat penghunian-Nya dan sepenuh keinginan-Nya adalah agar Kemuliaan-Nya akan terserlah dalam tempat penghunian-Nya. Ia tidak sepatutnya disembunyikan; hendaklah ia diserlahkan!

” Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara. Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.” (Rom. 8:29-30) Sebagaimana suatu tempat perlu disediakan untuk diisikan dengan kemuliaan Allah di dalam tabernakel Musa, begitu jualah sebuah tempat penghunian bagi kemuliaan Allah sedang disediakan dalam diri kita. Persediaan itu tidak terdiri daripada berusaha untuk mematuhi undang-undang, tetapi adalah dengan menerima apa yang tercapai menerusi penebusan hebat Kristus, dan membiarkan oh Kudus untuk melaksanakan kerja penyucian-Nya dalam diri kita.

Sebab dengan sangat rindu seluruh makhluk menantikan saat anak-anak Allah dinyatakan.
Kerana seluruh makhluk telah ditaklukkan kepada kesia-siaan, bukan oleh kehendak-Nya sendiri, tetapi oleh kehendak Dia, yang telah menaklukkannya, tetapi dalam pengharapan, kerana makhluk itu sendiri juga akan dimerdekakan dari perbudakan kebinasaan dan masuk ke dalam kemerdekaan kemuliaan anak-anak Allah. ” (Rom. 8:19-21) Misteri ini yang tersembunyi selama berzaman-zaman akan diserlahkan oleh TUHAN. Pada masa ini kita sekadar melihatnya dalam bayang-bayang sahaja, tetapi apabila TUHAN menjadikannya kenyataan menerusi tubuhnya yang ramai sekali anggotanya, penciptaan ini akan dibebaskan. Dosa membawa belenggu ikatan serta keterhadan, namun begitu, Kemuliaan-Nya akan diserlahkan apabila penciptaan “dibebaskan daripada belenggu perhambaannya oleh kerosakan lalu memasuki kebebasan iaitu kemuliaan para anak Allah.” Kemuliaan ini masih belum diserlahkan lagi.

Perhatikan perkataan, ” kebebasan iaitu kemuliaan para anak Allah “; ia tidak mengatakan “kemuliaan Allah.” Para anak Allah menikmati kebebasan daripada kekangan dosa dan dibebaskan daripada kerosakan. Hal ini mungkin membingungkan kita apabila kita melihat pada tubuh kita yang terus bertambah tua. Atas sebab dalam keadaan diri kita sekarang ini kita tidak mampu menjustifikasikan keabadian kita, dengan segera kita meletakkannya dalam kategori mendatang dan bukan pemilikan masa kini.
Walau bagaimanapun, setiap orang yang baru dilahirkan semula daripada Roh itu adalah penciptaan spiritual, dan penciptaan baru ini tidak tertakluk kepada kerosakan. Tidak ada kerosakan dalam kehidupan Allah, dan kita telah pun menerima kehidupan-Nya. Dalam Kristus kita dibebaskan daripada perhambaan kita oleh dosa, tetapi penyempurnaan pembebasan itu adalah secara beransur-ansur. Perkataan dan aksi kita akan menyerlahkan ukuran iman kita. Kebebasan daripada kekangan dosa membawakan kemuliaan Kristus ke dalam diri kita. Allah telah merencanakan bahawa semua penciptaan akan dibeaskan!

Kita baca dalam Efesus 1:17 bahawa Allah ialah Bapa kemuliaan maka susulan daripada hakikat itu ialah kesemua kemuliaan tentu sahaja dibenihkan daripada Allah, maka ia abadi. Ia tidak termasuk mana-mana ‘kemuliaan’ yang akar-umbinya adalah dalam ‘alam diri kita’, pencapaian kita serta harta benda duniawi kita, kerana kemuliaan seperti itu tidak kekal. Dan seterusnya dalam ayat 18, Paulus berkata bahawa Allah mahu supaya kita tahu iaitu “kekayaan berupa kemuliaan darpada pewarisannya dalam para insan kudus.” Kenyataan itu hebat sekali! Kita tidak terfikir betapa hebat serta mengagumkan penyelamatan yang kita ada dalam Kristus! Hanya dengan iman boleh kita memahami bahawa segala yang merupakan diri kita adalah daripada Allah, dan atas sebab itu semua adalah daripada-Nya, kita melihat segala kekayaan yang berupa Kemuliaan-Nya itu dalam kemampuan-Nya untuk mengubah kita daripada sifat fana kita kepada abadi-Nya! Sememangnya perubahan yang Dia hasilkan dalam diri kita itu menyerlahkan Kemuliaan-Nya!

Kita memerlukan tekanan untuk menghasilan perubahan dalam diri kita. Bahkan Yesus sendiri perlu menanggung penderitaan. ” Sebab memang sesuai dengan keadaan Allah yang bagi-Nya dan oleh-Nya segala sesuatu dijadikan–,yaitu Allah yang membawa banyak orang kepada kemuliaan, juga menyempurnakan Yesus, yang memimpin mereka kepada keselamatan, dengan penderitaan..” (Ibr. 2:10) Allah mahu supaya kita sepenuhnya mengongsi Kemuliaan-Nya, maka Dia membenarkan kita mengongsi penderitaan yang dialami oleh Kristus. ” Sebaliknya, bersukacitalah, sesuai dengan bagian yang kamu dapat dalam penderitaan Kristus, supaya kamu juga boleh bergembira dan bersukacita pada waktu Ia menyatakan kemuliaan-Nya. Berbahagialah kamu, jika kamu dinista karena nama Kristus, sebab Roh kemuliaan, yaitu Roh Allah ada padamu.” (1 Petrus 4:13-14) ” Maka kamu, apabila Gembala Agung datang, kamu akan menerima mahkota kemuliaan yang tidak dapat layu…. Dan Allah, sumber segala kasih karunia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus kepada kemuliaan-Nya yang kekal, akan melengkapi, meneguhkan, menguatkan dan mengokohkan kamu, sesudah kamu menderita seketika lamanya.” (1 Petrus 5:4,10)

“Sebab itu kami tidak tawar hati, tetapi meskipun manusia lahiriah kami semakin merosot, namun manusia batiniah kami dibaharui dari sehari ke sehari. Sebab penderitaan ringan yang sekarang ini, mengerjakan bagi kami kemuliaan kekal yang melebihi segala-galanya, jauh lebih besar dari pada penderitaan kami. Sebab kami tidak memperhatikan yang kelihatan, melainkan yang tak kelihatan, karena yang kelihatan adalah sementara, sedangkan yang tak kelihatan adalah kekal.” (2 Kor. 4:16-18)

Di sinilah jawapan bagi keperluan kita untuk mengalami penderitaan. Tanpa penderitaan kita akan terlepas peluang untuk mengalami kemuliaan (yang menyusul penderitaan itu)! Mengatasi penderitaan menghasilkan TIMBANGAN kemuliaan abadi dalam diri kita! Tidakkah anda tahu bahawa kemuliaan itu berat? Apabila umat manusia mendengar kebenaran yang spiritual, sering kali mereka akan berkata, “Itu berat – itu memang berat betul.” Tetapi mengapa pula kemuliaan harus berat? Ia berat sebab ia terdiri daripada takhta dan kuasa serta kewibawaan TUHAN kita! Kuasanya melintangi semua pemikiran, falsafah dan taakulan manusia. Untuk berada di bawah bidang kuasa-Nya perlulah kita dibebaskan daripada alam yang boleh dilihat, dan meletakkan keyakinan dan iman kita dalam alam berupa janji-janji Allah. Apabila kesusahan kita terasa teramat hebat hinggakan kita ‘tergoda’ untuk berputus asa, hendaklah kita melihat jauh melewati yang nampak oleh mata ke arah alam yang tidak kelihatan iaitu kemampuan Allah! Usaha kita mempelajari cara untuk bergantung pada kemampuan Allah memerlukan kita melalui serta menanggung banyak penderitaan. Sebagaimana tiang-tiang bagi sebuah struktur yang besar disediakan dan diuji keupayaannya memikul beban berat-berat, demikianlah kita perlu untuk amat bersedia untuk memikul kemuliaan tersebut.

Di dalam kitab Yehezkiel ada wahyu fasal kemuliaan Allah. Dalam bab satu, syurga dibuka untuk Yehezkiel, dan dia menerima wahyu mengenai kemuliaan TUHAN. Itu suatu penglihatan yang aneh di mana ada empat makhluk yang hidup dan kerub yang bersayap serta bermuka empat, dan roda-roda di mana Roh TUHAN meninap. Dan di atas mereka ada cakerawala atau kawasan yang terbentang yang terisi dengan kemuliaan TUHAN. Apabila dia melihat kemuliaan itu serta penglihatan berupa TUHAN Yesus, dia tiada perkataan untuk memerihalkannya, maka dia hanya mampu untuk membandingkannya dengan sesuatau yang biasa baginya.

Roh itu berada dalam roda-roda itu, dan roda-roda itu penuh dengan mata. Ada satu roda bagi setiap satu daripada empat makhluk yang hidup itu, dan mereka bergerak bersama-sama, dan mereka tidak bergerak kecuali Roh itu bergerak, maka mereka bergerak bersama-sama secara harmonis dengannya, dan wujud keharmonian yang lengkap – mutlak, harmoni yang sempurna betul dalam kalangan empat makhluk hidup itu dan dalam kalangan kerub, serta sebagai kesatuan juga dengan Roh Allah. Roh of Allah yang melihat. Dia tahu jalannya, dan yang lain itu bergerak bersama-sama dengan-Nya, dan sayap-sayap kerub itu saling bersentuhan.

Muka mereka memandang tegak ke hadapan, dan kesemua mereka pergi ke arah yang sama, dan kawasan luas terbentang di atas mereka bergerak bersama-sama mereka! Di atas kawasan luas terbentang itu ialah takhta serta wahyu Kristus dan juga kemuliaan Allah. Tampak seolah-olah makhluk yang hidup itu dan roda-roda serta kerub itu mengangkat dan membawa kemuliaan itu! Adakah anda nampak keperluan segala benda itu bergerak dengan penuh harmonis lagi sempurna? Andainya semuanya pergi ke arah yang berlainan, tidak akan ada apa-apa yang mengangkat takhta itu. Ini menunjukkan harmoni yang lengkap lagi sempurna pada takhta Allah serta Kemuliaan-Nya dengan diri-Nya sendiri serta dengan mereka yang menjadi pilihan-Nya. Pergerakan hanya berlaku mengikut arahan Roh itu.

Sebelum kedatangan Yesus, tiada seorang manusia pun yang berdaya memikul kemuliaan yang kekal, maka TUHAN terpaksa menanggungnya Sendiri. Undang-undang datang dengan kemuliaan yang kian pudar, tetapi kemuliaan Allah itu ialah kemuliaan abadi yang tidak akan pudar selamanya! Atas sebab ketaatan Kristus serta kemenangan yakni kejayaan-Nya mengungguli setiap cubaan berbentuk ujian, penolakan dan seksaan jauh melebihi keupayaan insaniah untuk menanggungnya, Allah memberi kepada-Nya nama yang mengatasi segalam nama serta kemuliaan yang abadi! Dala Kristus, jemaah gereja (tubuh Kristus) kini sedang dipersediakan untuk bersama-sama kalangan umat yang kini disyurga iaitu para umat yang telah pun dipersediakan untuk mampu menanggung kemuliaan yang kekal itu dan untuk menyerlahkannya kepada dunia!

Pada masa ini, TUHAN sedang menyediakan sekumpulan makhluk spiritual yang kelak akan memikul Kemuliaan-Nya, dan bukan setakat memikulnya sahaja bahkan akan bersama-sama dengan-Nya berada di atas takhta itu. Mereka sedang mempelajari apa yang kerub itu sudah ketahui sejak berzaman-zaman lagi. Mereka sedang belajar untuk berfungsi sebagai satu badan yakni sebagaimana kerub serta empat makhluk hidup itu berfungsi dalam hal memikul takhta Allah dan menjunjung Kemuliaan-Nya.

Di dalam Yohanes 17, Yesus berdoa agar kita bersatu sebagaimana Dia serta Bapa adalah satu. Dunia akan menjadi kagum apabila kita disempurnakan dalam kebersatuan. Di dalam kitab Wahyu kita lihat pemprosesan yang diperlukan untuk ini menjadi kenyataan dalam diri kita. Dalam kita menumpukan perhatian kepada TUHAN kita juga akan berkata, ” KUDUS, KUDUS, KUDUSLAH TUHAN ALLAH YANG MAHAKUASA!” (Wah. 4:8) TUHAN sedang mengajar kita untuk berfungsi mengikut gaya syurgawi, supaya fokus kita tertumpu pada DIA, dan membiarkan Roh Kudus memulakan aksi serta menjadi penglihatan kita! Apabila Dia bergerak, kita pun bergerak; apabila Dia berdiri diam-diam, kita pun berdiri diam-diam.

Di dalam Al-Kitab, sayap adalah simbol bagi pergerakan di dalam alam syurgawi. Sayap-sayap yang bersentuhan melambangkan keakraban bersilaturahim. Inilah kehendak TUHAN bagi kita. Kita baca di dalam Yesaya 40:31 iaitu, ” tetapi orang-orang yang menanti-nantikan TUHAN mendapat kekuatan baru: mereka seumpama rajawali yang naik terbang dengan kekuatan sayapnya; mereka berlari dan tidak menjadi lesu, mereka berjalan dan tidak menjadi lelah..” Ini menggambarkan kenaikan kita memasuki alam spiritual.

Di tempat yang maha kudus, di atas tutup pendamaian, ada dua kerub yang bersetentang dan melihat ke arah tutup pendamaian. Sayap-sayap mereka mengembang arah ke atas, dan menutupi tutup pendamaian itu. Para kerub itu melambangkan para makhluk spiritual syurgawi yang sedang duduk bersama-sama Kristus di alam syurgawi, yakni bersama-sama mereka yang setia dalam Kristus Yesus. Hakikat bahawa mereka saling bersetentangan memberitahu kita bahawa mereka tidak bertopeng dan berpura-pura menjadi selain daripada diri mereka yang sebenar; mereka bebas daripada pengutukan, sebab semua mata mereka tertuju pada tutup pendamaian kasih kurnia Allah yang melitupi undang-undang Rukun-Nya. Undang-undang sentiasa membawa pengutukan, maka hubungan yang dasarnya adalah undang-undang tidak pernah langsung tiada pengutukan. Cuma hubungan yang penuh dengan belas ihsan serta kasih kurnia yang boleh membawa kesatuan dan keterbukaan.

Kemuliaan TUHAN diami tempat di tengah-tengah yakni di antara dua kerub itu. Ini memberitahu kita bahawa kemuliaan TUHAN diam di mana ada kesatuan dalam Roh, dan keintiman bersilaturahim. Hebat sekali premium yang Allah letak atas kesatuan yang terhasil daripada ketaatan terhadap Roh!

Inilah kebenaran yang ditekankan di dalam Kitab Yehezkiel bab 1 – di dalam keempat-empat makhluk hidup itu dan kerub itu ketika mereka bergerak secara serentak dan dengan penuh ketaatan kepada Roh itu. Mereka bersatu dalam Roh dan mentaati segala arahan Roh. Sambil kita bergerak dalam alam spiritual, kita juga akan bersatu serta mentaati segala arahan Roh. Segala dinding atau tembok dan pembahagian hanya wujud dalam alam duniawi di mana terdapat ultrakeundangan, kebebasan, pilihan dan ‘konsep agama ciptaan manusia sendiri’. Dalam kita bergerak dalam roh, kita akan mampu melihat sesama umat dengan penuh kasih sayang dan ketelusan.

Di dalam bait Sulaiman, kerub itu menunjukkan satu lagi aspek silaturahim. Kerub besar di tempat yang maha kudus memiliki sayap-sayap yang saling bersentuhan di tengah-tengah, sambil mereka menutupi serta mengepak-ngepak di atas tutup pendamaian itu. Menarik sekali! Mereka saling sentuh-menyentuhi dengan sayap mereka – bukan dengan muka atau mana-mana bahagian tubuh mereka. Ini menyatakan kepada kita bahawa mereka saling bersentuhan dalam alam spiritual. Mereka bukanlah mencari kesatuan dan kebersamaan dalam doctrin, pelbagai programs, dasar, dll. Kesatuan kita dengan para saudara seiman kita adalam dalam alam spiritual atas sebab kita adalah para makhluk spiritual.

Tambahan pula, kita menyedari bahaw sayap-sayap mereka bersentuhan di tengah-tengah. Dengan cara itu terbentuklah satu bulatan – suatu bulatan silaturahim dalam kesatuan spiritual dengan tutup pendamaian di tengah-tengah – dan Allah diam di atas tutup pendamaian itu. Kesemua mata tertumpu pada Dia; Dia menerima seluruh perhatian, dan silaturahim kita mengelilingi-Nya dan bersama-sama dengan-Nya, dan Dia memulakan, memimpin, membimbing dan mengarahkan segala aktiviti. Keadaan harmonis dalam para anak Allah ini membawa suatu pededahan kemuliaan Allah! “Kepada-Nyalah segala kemuliaan dalam jemaah gereja dan dalam Kristus Yesus.” Hanya kuasa-Nya sahaja yang mempu mencapai kesemua kehebatan ini!

Hebat sekali pelajaran yang Allah sedang mengajar kita! Diajar-Nya kita untuk bergerak dalam alam syurgawi di mana tidak ada kehidupan diri! Hari ini setakat tertentu, kita melihat kemuliaan TUHAN dalam diri sesetengah warga Kristian, tetapi itu seumpama ‘bayaran mukanya’ sahaja. Apabila sepenuh kemuliaan itu diperlihatkan kita akan tertanya-tanya mengapa kita pernah bersungut-sungut fasal pelbagai ujian dan kesukaran yang kita tempuhi dalam perjalanan kit ini.

Sebaik sahaja kita melihat betapa hebatnya kemuliaan penebusan (oleh) Allah, cinta kasih-Nya serta belas kasihan-nya yang tiada bernokhtah itu, kita akan menjadi amat terharu dan tenggelam dalam luapan kasih sayang-Nya, dan segala-gala kemuliaan itu adalah milik Bapa. Dengan rendah diri dan penuh kesyukuran kita berasa amat girang dalam karya penebusan Allah dalam diri kita! Bagi kita pada masa itu segala kemuliaan dunia ini sudah tidak mempesonakan kita lagi, sebab semua itu tidak mampu untuk dibandingkan dengan kemuliaan dalam Kristus yang diserlahkan kepada kita! Dan kita juga diseru untuk mengongsikan dan menunjukkan dengan jelas Kemuliaan-Nya!

Kemuliaan-Nya memulakan penyembahan yang tulen dalam diri kita, sebab kita sudah melihat betapa Dia memang layak menerima segala penghormatan, puji-pujian dan penyembahan. Kita mengiktiraf bahawa kebenaran hanya Dia sahaja! Maka dengan demikian kita memang boleh meyakini-Nya dalam semua situasi yang mendatangi kita. Dalam penyembahan, kita tunduk dan menyerahkan segala-gala yang merupakan diri kita dan yang kita miliki kepada TUHAN kita dan Juruselamat kita, sambil kita berdiri dalam kekaguman terhadap kuasa-Nya dan kasih sayang-Nya dan menunggu Dia mengubah diri kita menjadi makhluk syurgawi yang memiliki kehidupan-Nya dan sifat-Nya!

Kemampuan Allah untuk mengubah kita menjadi para umat yang mendukung nama-Nya dan sifat-nya itu merupakan kemuliaan yang terhebat bagi-Nya! Sungguhpun kita mengagumi alam semesta yang senantiasa berkembang serta kemuliaan sistem suria, dan juga dalam kemuliaan benda-benda yang terkecil sekalipun, kita lihat betapa semua itu tidak mampu untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang menjadi milik kita dalam Kristus! Kristus ialah penyerlahan terhebat bagi kemuliaan Allah kepada kita, dan Kristus dalam diri kita ialah penyerlahan kemuliaan Allah kepada dunia!

Kristus ialah putera sulung daripada ramai saudara! Sukar untuk kita bayangkan betapakah kemuliaan yang akan terserlah apabila para saudara-Nya yang begitu ramai diserlahkan, yang bercahaya-cahaya dengan gemilangnya dalam kepenuhan sifat Kristus, menunjukkan sifat rendah diri-Nya dan ketaatan-Nya kepada segala kehendak Bapa, cinta kasih-Nya, serta kasih kurnia, belas kasihan, kemaafan terhadap dunia yang sakit atas dosa-dosanya! Kemuliaan Allah akan dibesar-besarkan dan dilipat gandakan apabila Dia membawa para putera-Nya yang ramai itu untuk memanifestasikan Kemuliaan-Nya! Anda dan saya akan sama ada menjadi penonton atau penunjuk cara bagi Kemuliaan-Nya. Segala penderitaan kita pada masa kini akan terasa sebagai bukan apa-apa apabila dibandingkan dengan kemuliaan yang akan direlahkan! Maka ayuhkah kita menyertai bala tentera syurgawi dalam menyembah Domba yang memang layak disembah dan diberi puji-pujian!