Mengapa Yesus Menyumpah Pokok Ara
Karya asal “Why Jesus Cursed The Fig Tree” Oleh Mary Kroeger (Terjemahan BM oleh Lazarus Gideon)
Pernahkah anda terfikir mengapakah Yesus menyumpah pokok ara tidak lama sebelum penyaliban-Nya? Jawapan yang ketara ialah atas sebab pokok itu tidak berbuah. Namun begitu, ketika itu belum lagi tiba masanya pokok itu berbuah, jadi mengapakah Yesus mencari-cari buah berkenaan sebelum tiba masanya pokok itu menghasilkan buah? Ia ada banyak daun tetapi tiada tanda-tanda akan berbuah – tiada bunga dan tiada kudup, hanya dedaun sahaja. Adakah sebarang pesanan berbentuk spiritual yang mahu disampaikan Kristus kepada kita dengan tindakan-Nya menyumpah pokok ara itu?
Ayuh kita menelusur ke belakang sejarah apabila buat pertama kalinya daun ara disebut dalam Al-kitab.. Dalam bab ketiga kitab Kejadian kita baca bahawa setelah berdosanya Adam dan Hawa, mereka membuat lapis lindung daripada dedaun ara demi menyembunyikan kemaluan serta rasa malu mereka. Hasil kerja tangan-tangan mereka itu menjadi kewajaran mereka. Maka ‘lahirlah’ usaha kendiri untuk menghasilkan kewajaran kita. Namun begitu segala daya usaha kita untuk mematuhi semua hukum-hakam, usaha kita untuk memperkenalkan konsep moral, usaha untuk menjadi baik, usaha untuk mematikan ‘diri kita yang dahulu’, dll., tidak menepati ukuran menurut piawaian kewajaran Allah. Sebagaimana lapis lindung daun ara Adam dan Hawa tidak melitupi kebogelan mereka, begitu jugalah lapis lindung kita daripada dedaun (hasil usaha tangan kita sendiri) tidak berdaya menutupi kebogelan kita. Kita perlukan jauh lebih banyak lagi; kita perlukan “pakaian kewajaran’ – iaitu kewajaran Yesus Kristus!
Apabila Yesus menyumpah pokok ara yang hanya mengeluarkan daun-daun sahaja, Dia sebenarnya menyumpah segala usaha kendiri, sebab daya usaha sedemikian tidak mampu menghasilkan buah Roh (seperti dalam Galatia 5:22)! Dia menyumpah segala dayausaha sendiri atas sebab usaha sedemikian tidak boleh menghasilkan buah Roh! Pameran luaran dayauasaha kita sendiri memang tampak seperti kehidupan walhal sebenarnya ia bersumberkan alam kematian insan bernama Adam, maka itu tidak akan menghasilkan buah. Buah bertumbuh daripada kehidupan, dan kehidupan yang berbuah adalh bukti kehidupan yang sihat. “Hanya dedauan” ialah bukti bagi pameran luaran yang tandus dalam hal kehidupan yang sejati. Buah Roh hanya mampu bertumbuh pada cabang-cabang dan ranting-ranting yang mentaati kehidupan ‘pokok-pokok yang menjalar’ iaitu Yesus Kristus. Usaha kendiri yang bagus sekalipun, tetap merupakan pemalsuan bagi segala yang baik yang mengalir daripada kewajaran!
Ramai umat yang masih berfikir bahawa yang palsu itu adalah kebenaran. Sewaktu kami bermastautin di Hong Kong kami pelajari betapa setiap ‘wang not besar’ mesti terlebih dahulu diperiksa dengan teliti di bawaha cahaya lampu yang terang sebelum wang itu diterima sebagai wang yang tulen. Demikian juga, hendaklah kita meletakkan segala kepercayaan serta karya-karya kita di bawah terang cahaya Kristus demi menentukan nilai sebenarnya! Kristus itulah satu-satunya kebenaran dan segala sesuatu yang bukan Dia ialah penipuan yang diselubungkan supaya kelihatan seperti kebenaran. Ya, ia mungkin kelihatan seperti realiti, namun begitu, seandainya ia tidak menghasilkan buah Roh ia bukan apa-apa kecuali dedaunan sahaja.
Perhatikan betapa pada masa tersebut belum tiba masa pokok ara itu untuk berbuah. Pada masa itu, karya-karaya penebusan Kristus belum lagi disempurnakan dan Roh Kudus belum lagi ‘dituangkan’.
Memandangkan lapis lindung berupa dedauan ara itu melambangkan dayausaha sendiri umat manusia untuk mencapai kewajarannya sendiri, pokok ara yang tidak berbuah itu melambangkan ketidakmampuan umat manusia untuk menghasilkan buah spiritual – umat manusia tidak berdaya menghasilkan kewajarannya sendiri! Allah sememangnya maha mengetahui hal tersebut, namun begitu, umat manusia sukar mempercayai hakikat tersebut, lantas ia terus mencuba dan mencuba. Kewafatan Kristus dan kebangkitan semula-Nya (dalam usaha-Nya mengidentifikasikan diri-nya dengan umat manusia) berjaya mencapai apa yang manusia tidak mampu usahakan. Di mana usaha kendiri menemui kegagalan, di situlah Kristus mengungguli erti kemenangan!
Al-Masih yakni Kristus dalam kamu, harapan untuk mendapat kemuliaan! Kristus dalam diri kita itulah kewajaran kita, penyucian kita, penebusan kita dankebijaksanaan kita! (1 Kor. 1:30) “Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – bukan kerana usaha amalmu supaya tida seorang pun yang dapat bermegah.” (Efe. 2:8-9)
Kita amat bersyukur kepada Allah sebab Dia ada jalan untuk mengurniakan kewajaran-Nya kepada kita! Sumpahan itu adalah atas semua dayausaha sendiri demi menghasilkan kewajaran kita sendiri. Kini Allah mahu supaya kita memasuki rehat/perhentian-nya supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contoh mereka yang ingkar!